Buat bisnes di Shopee memang best. Jika anda seorang peniaga dan usahawan, saya sangat syorkan anda untuk beralih berniaga di platform Shopee ini. Shopee menyediakan platform untuk berjual-beli yang mudah, selain mempunyai jutaan pelanggan tersedia untuk anda.

Sebelum ini, saya ada tunjukkan cara-cara mudah untuk membuat sebuah kedai online di Shopee. Memang tak susah mana, dalam masa beberapa minit sahaja .. in Sha Allah, anda sudah boleh mempunyai sebuah kedai online anda sendiri di Shopee.

Anda Nak Belajar Cara Buat Dropship di Shopee?

Belajar Buat Dropship di Shopee
Selain berniaga produk dan barangan jenama anda sendiri, anda boleh juga berniaga secara dropship di Shopee ni. Memang ada caranya. Malah, banyak je peniaga di Shopee tu yang membuka peluang untuk orang lain memasarkan produk mereka di Shopee secara dropship.

Sebaik sahaja anda sudah memiliki kedai online anda sendiri di Shopee, anda boleh mula mencari pengedar di dalam kedai Shopee tu sendiri yang menawarkan peluang untuk membuat bisnes secara dropship.


Perlu Modal Permulaan

Cumanya ialah, anda perlu tahu ... apabila anda mahu menjadi agen dropship di Shopee, paling tidak anda memerlukan modal permulaan ... busuk-busuk pun dalam RM500. Ini adalah kerana sistem Shopee itu sendiri yang memerlukan anda mempunyai modal.

Nak buat dropship di Shopee, anda perlu faham sistem jual-beli serta sistem pengeposan barang. Anda perlu berhubung rapat dengan dropshipper untuk pastikan stok sentiasa ada sebelum memasarkan kepada orang lain.

[Dah Baca?] 8 Sebab Pilih Shopee Untuk Berniaga Online

Pilih Niche dan Produk Yang Tepat


Belajar Cara Buat Dropship di Shopee

Soal harga juga penting untuk anda fikirkan. Jangan nanti, dek kerana mengejar keuntungan yang tinggi, anda letak harga yang jauh berbeza dengan pembekal dalam Shopee tu. Akibatnya nanti, anda tak dapat jual sesen pun, malah membazirkan masa dan tenaga anda mempromosikan produk orang lain tanpa dapat sebarang keuntungan.

Pilih niche yang mendapat permintaan yang tinggi. Ramai yang nak buat dropship di Shopee yang gagal kenalpasti produk yang senang nak dijual. Kalau nak buat dropship ni, kena pilih produk yang dah ada permintaan yang tinggi, barulah tak rasa kecewa sangat.

[Dah Tengok?] RM12K Sebulan Hanya Dengan Jual Produk Dropship di Shopee

Listing barangan pula kena dibuat dengan teliti dan tidak semborono. Bukan apa, nanti wujud saingan dengan pembekal yang semestinya boleh tawarkan harga jauh lebih rendah daripada anda yang menjual secara dropship ini.


Gunakan Tools Pemasaran Disediakan Pihak Shopee

Satu rahsia untuk anda berjaya menerusi teknik dropship di Shopee ini ialah cara anda melakukan pemasaran serta pengiklanan.

Shopee ada banyak tools yang membolehkan anda mempromosikan produk-produk yang anda jual. Kena faham segala kemudahan percuma ini supaya dapat dimanfaatkan sebaiknya. Ini satu-satunya jalan agar anda dapat bersaing dengan peniaga yang lain selain memastikan produk anda terjual lebih baik daripada pembekal anda.

Okeh?

Nak tahu cara dan tips menjual produk di Shopee ni tak?


Andai anda berminat nak tahu, boleh dapatkan info lanjut menerusi pautan disediakan di bawah ini. Klik sahaja dan anda akan dibawa ke satu laman web yang memberikan perincian mengenai pakej pembelajaran ini.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Setakat ni kita jual online kat shoppee, main redah je Tuan...alhamdulilah masyukk gak...

    BalasPadam
  2. skrg ni sedang mencuba jgk menjual dlm shoope

    BalasPadam
  3. skrg ni sedang mencuba jgk menjual dlm shoope

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement