PPBU bertujuan untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dengan memberikan peluang kepada pelajar yang layak namun tidak berkemampuan untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan.
Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat
Buat mereka yang ada masalah kewangan untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, memang disyorkan untuk memohon pembiayaan pendidikan ini. Menurut beberapa rakan blogger yang ada menulis mengenai PPBU ini, pembiayaan ini dianggap lebih baik daripada pembiayanan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Syarat Umum
Syarat umum untuk membuat permohonan PPBU adalah seperti berikut:- Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.
- Berkelayakan untuk melanjutkan pelajara secara sepenuh masa di IPT, IPTS dan Institut Latihan Awam/Swasta (ILA/ILS) di dalam Malaysia yang diiktiraf.
- Umur kelayakan adalah 18 tahun ke atas.
Jumlah Pembiayaan Serta Tempoh Pembiayaan
- Sijil Kemahiran - RM14,760 (Tahap 1/Tahap 2)
- Diploma Kemahiran - Sehingga RM30,000 (3 Tahun)
- Diploma UiTM - RM15,000 (3 Tahun)
- Diploma Bukan UiTM - RM22,500 (3 Tahun)
- Ijazah Sarjana Muda UiTM - RM28,000 (4 Tahun)
- Ijazah Sarjana Muda Selain UiTM - RM38,000 (4 Tahun)
- Sijil Profesional - RM28,500 (3 Tahun)
- Ijazah Sarjana - RM24,000 (2 Tahun)
- Ijazah Kedoktoran - Sehingga RM55,800 (3+1 Tahun)
Kelebihan PPBU
Mengapa saya syorkan untuk memohon pembiayaan atau pinjaman pendidikan disediakan oleh pihak Yayasan Bank Rakyat ini? Berikut antara kelebihan yang ada pada PPBU Bank Rakyat ini ...- Jumlah pembiayaan yang diberikan termasuk untuk yuran pengajian dan juga elaun sara diri.
- Biasiswa penuh diberikan kepada graduan yang peroleh keputusan akhir dengan cemerlang (CGPA 3.50 ke atas).
- Tiada sebarang kadar keuntungan atau faedah dikenakan pada jumlah pembayaran balik PPBU ini.
- Pembiayaan ini ditawarkan kepada kedua-dua bidang pendidikan iaitu akademik dan kemahran.
Aha .. anda nampak kenapa ada rakan blogger saya kata PPBU ini lebih baik dari PTPTN tu tak? Lihat poin ke-3 tu. Dengan kata lain, jika PPBU berikan pembiayaan RM14,000 maka RM14,000 lah yang perlu dibayar balik.
Konsep utama PPBU adalah berdasarkan "Qardhul Hassan". Melalui konsep ini, pembiayaan pendidikan tidak akan dikenakan sebarang faedah atau bayaran tambahan sepanjang tempoh pembayaran balik.
Berkaitan pembayaran balik ...
Diskaun Pembayaran Balik PPBU
Katakan tak berjaya dapat CGPA 3.50 ke atas untuk tukar pembiayaan ini menjadi biasiswa, mereka yang dapat keputusan akhir yang bagus juga akan diberikan insentif atau potongan pembayaran balik PPBU seperti tertera di bawah ini:CGPA | Diskaun | Peratus Pembayaran Balik Dikenakan |
---|---|---|
3.50-4.00 | 100% | 0% |
3.00-3.49 | 70% | 30% |
2.75-2.99 | 50% | 50% |
2.50-2.74 | 30% | 70% |
<2.50 | 0% | 100% |
Jadi, bagaimana cara nak memohon PPBU ini?
Permohonan PPBU hanya boleh dilakukan secara online menerusi pautan berikut - https://yayasanbankrakyat.com.my atau https://application.yayasanbankrakyat.com.my
Sila baca dahulu beberapa info penting yang disediakan pada setiap pautan tersebut. Pendaftaran online secara percuma perlu dibuat oleh pemohon sebelum membuat proses permohonan PPBU ini.
Cara-Cara Membuat Permohonan PPBU
Oh ya, sebelum membuat permohonan PPBU secara online ini, pastikan surat tawaran melanjutkan pengajian telah diterima dari institusi berkenaan. Secara amnya, proses permohonan untuk PPBU adalah seperti tertera di bawah ini.Mereka yang dipilih dan permohonan PPBU berjaya lulus, satu pemberitahuan akan dihantar samada menerusi SMS atau Email, termasuk surat tawaran rasmi yang akan dihantar menerusi pos. Senarai permohonan yang layak juga akan dipaparkan di website Yayasan Bank Rakyat.
Kongsikan Kepada Mereka Yang Memerlukan
Saya harap perkongsian ini dapat membantu mereka yang sedang mencari pembiayaan yang berbaloi untuk tujuan meneruskan pengajian dan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Syabas dan tahniah atas keputusan yang melayakkan anda untuk membuat permohonan PPBU ini.Ambil peluang ini dan buat permohonan secara online untuk Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat ini. Realisasikan impian.
Semoga berjaya.
Untuk info lanjut, boleh hubungi:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur,
Malaysia
Telefon: +603 2612 9600
Faks: +603 2260 1050
Email: yayasan@bankrakyat.com
oo boleh ya
BalasPadamdeadline ppbu sampai bila ya?
BalasPadamSaya tak rasa ada deadline. Tapi kalau nak jelas, boleh pergi ke mana2 cawangan Bank Rakyat.
Padamsalam,
BalasPadamclosing date ppbu bank rakyat ni memang tak ada ke? means that boleh apply bila2 masa sepanjang tahun ni? kalau betul kenapa ye?
Closing date tu ada, tapi ia dipaparkan dalam permohonan online tu. Kena daftar dahulu tak silap saya.
PadamNak tnya kita kne maintain berapa pointer untuk setiap sem supaya pinjaman kita x terbatal
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.