Penyakit Bunion adalah benjolan yang terhasil secara perlahan di tepi tulang ibu jari kaki. Masalah ini berlaku apabila tulang ibu kaki bergesel dengan tulang jari telunjuk. Kalau anda tak pasti penyakit ini macamana, boleh refer pada gambar di bawah ini.
Kaki Boleh Terkena Bunion Jika Salah Memilih Kasut Yang Sesuai
Saya dah pernah tengok seseorang yang terkena penyakit ini. Sekali pandang bentuk kaki dia, memang nampak macam ada kecacatan pada kaki, walhal secara amnya penyakit ini disebabkan oleh memakai kasut yang tidak sesuai dalam tempoh agak lama.Kalau lelaki ada bentuk kaki yang nampak macam ni .. mungkin tak nampak 'eeiiii' sangat. Tapi kalau wanita? Tentu wanita tersebut akan rasa rendah diri dek kerana bentuk kaki yang tak berapa cantik ini.
Ada yang sampai kata ... kaki jadi macam tu sebab kena sihir!
[Dah Baca?] 4 Perkara Mengenai Sihir Patut Anda Tahu
Itu kata orang bersandarkan apa yang mereka nampak. Yelah, nampak pelik kan bila jari kaki nampak macam senget dan ada bonjolan.
Semuanya Sebab Salah Pakai Kasut
Kasut nampak cantik menarik tak semestinya sesuai dengan kaki kita. Kena pilih saiz yang betul, jenis bentuk yang betul selain dipakai dengan cara yang betul.Penyakit Bunion ini tidak mengira usia dan jantina. Ia boleh terkena pada sesiapa sahaja.
Semuanya gara-gara kerana silap memilih kasut yang tidak sesuai dan dipakai tidak betul. Andai tak peka, kaki boleh terkena sindrom bunion ini. Ia boleh jadi lebih teruk dan dalam kes tertentu perlu dilakukan pembedahan untuk memperbetulkannya.
Faktor Genetik?
Namun begitu, ada kes yang menunjukkan Bunion ini juga mungkin disebabkan oleh faktor genetik! Hampir seluruh keluarga mempunyai bentuk kaki seperti ini - terdapat benjolan.
Andai kaki anda ada tanda-tanda atau nampak seperti Bunion ini (daripada gambar), maka cuba dapatkan nasihat daripada doktor. Dapatkan kepastian samada ianya dari punca faktor genetik atau kerana anda salah memakai kasut.
[Pernah Baca?] Sahabat Saya Kongsi Keadaan Ketika Berada dalam Koma
Penyakit ini tidak akan mengubah struktur tulang kaki tapi boleh membuatkan kaki tidak selesa, cramp dan menjadikan kaki selalu kelihatan lebam.
Benjolan yang terkeluar ini juga akan mengakibatkan anda susah nak pakai kasut. Nak mencari kasut yang sesuai dengan kaki pun agak payah dan sukar.
Punca bunion
Berikut adalah antara Bunion ini boleh berlaku ...- Berdiri lama sangat
- Pakai kasut yang ketat sehinggakan jari korang terhimpit
- Pakai heels yang terlampau tinggi sampaikan terlalu banyak tekanan pada ibu jari
- Mengalami rheumatoid arthritis
Rawatan
- Makan ubat tahan sakit
- Letakkan kiub ais di bahagian ibu jari kaki (bantu kurangkan kesan lebam)
- Gunakan bandage untuk betulkan balik rangka tulang kaki
Untuk mengelakkan kaki anda terkena Bunion, pilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki dan cari bahan serta bentuk kasit yang tidak memberikan tekanan pada telapak kaki.
Sumber: Erke Malaysia
Kalau kaki besar dan susah dapat saiz kasut yang sesuai pun boleh jadi bunion jugak ye.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.