Selain kisah penceraian yang banyak dikongsikan di media sosial oleh sebilangan orang dikenali ramai, ada juga kisah putus tunang yang menjadi viral dan bualan antaranya kisah putus tunang di kalangan selebriti Malaysia.

Malah, ada juga pengguna media sosial yang meluahkan rasa kekecewaan akibat putus tunang dan gagal mencapai niat untuk berkahwin. Ianya sesuatu yang menyedihkan walhal perkara untuk mendirikan rumahtangga adalah satu tanggungjawab yang mulia dan sangat dituntut dalam agama.

8 Sebab Menjadi Punca Putus Tunang

Punca dan sebab putus tunang
Jadi? Apa silapnya sehingga berlakunya putus tunang? Waktu bertunang adalah proses mengenali hati budi pasangan yang ingin dikahwini, dan ianya satu proses yang hukumnya harus dalam memastikan rumahtangga dibina kelak kekal bahagia hingga ke akhirnya.


Daripada pengalaman, saya dapati lapan sebab berikut menjadi penyumbang sehingga terjadinya kes putus tunang terutama di kalangan generasi belia sekarang. Malah ada di antaranya menjadi sebab saya putus tunang satu ketika dahulu ... huhu... :)

Jom sama-sama lihat perkara dan punca putus tunang ini.

1. Hantaran Perkahwinan Yang Tinggi

Punca dan sebab putus tunang
Tidak dinafikan, antara punca putus tunang yang berlaku adalah akibat nilai hantaran yang terlalu tinggi diletakkan oleh pihak perempuan. Biasa berlaku, nilai hantaran yang dibincangkan antara pasangan adalah berlainan dengan tetapan keluarga.

Dah elok-elok seia-sekata nilai hantaran perkahwinan adalah dalam kadar kemampuan, tiba-tiba keluarga masuk campur sehingga meletakkan nilai hantaran yang di luar kemampuan pihak lelaki ... seolah mahu menjual anak.

Kata mereka .. nak melihat kemampuan bakal pengantin lelaki menjaga anak perempuan mereka bila dah berkahwin kelak.

Benda yang patutnya dipermudahkan jadi sukar dan payah, lalu ... terbantutlah niat untuk bernikah awal. Paling sedih, ia mengakibatkan putus tunang di tengah jalan kerana dalam tempoh pertunangan tersebut gagal menyediakan wang hantaran yang mencukupi.


2. Sudah Kurang Beri Perhatian Dalam Tempoh Pertunangan

Punca dan sebab putus tunang
Sebelum mengikat tali pertunangan, pasangan masing-masing ada banyak masa untuk bersama. Tetapi setelah bertunang, mulalah masing-masing sibuk. Dah tak ada masa nak bertemu dalam proses untuk kenali hati budi .. akibatnya, masing-masing tunjukkan perangai.

Kurang perhatian, dirasakan tidak lagi dipedulikan .. maka ambil jalan untuk putus pertunangan. Alasannya .. sudah tidak lagi serasi... walhal ia disebabkan tidak ambil serius soal jodoh semasa dalam pertunangan.

Sibuk sana sini. Aduhai.

Jumpa Bekas Kekasih

Ada yang dah bertunang dalam tempoh yang agak lama .. sekali pergi reunion atau perjumpaan bekas pelajar sekolah menengah .. terjumpa marka atau awek lama. Sekali kasih bertaut kembali. Naya.

Jika anda ada bunga-bunga cinta terhadap bekas kekasih lama, lupakan niat nak pergi reunion. Jaga hubungan pertunangan yang dah diikat.

Tiada Chemistry

Punca dan sebab putus tunang
Alasan yang biasa diberikan oleh mereka yang ingin putus tunang. Tak pasti apakah chemistry yang dicari sehingga akhirnya buat keputusan untuk putus tunang. Ia biasa terjadi pada sebelah pihak sahaja terutama apabila perkenalan itu berlaku singkat lalu terus untuk bertunang.

[Dah Baca?] Jodoh Tidak Serasi Kerana Pilihan Keluarga

Tempoh Pertunangan Agak Panjang

Bila dah terlalu lama bertunang, maka banyaklah perkara-perkara buruk yang berlaku. Oleh sebab itu, tempoh pertunangan tidak digalakkan mengambil masa yang lama. Paling-paling setahun atau enam bulan saja.

Kena ingat, akan muncul pelbagai dugaan semasa bertunang. Jadi, kalau nak elak 'diperdaya' dan terjerumus dengan cabaran yang tak dapat dihadapi, pendekkan masa bertunang dan nikah cepat-cepat.

[Dah Baca?] Kisah Bertunang Sesaat Yang Menjadi Viral dan Sensasi di Malaysia

Terlalu Dengar Cakap-Cakap Orang


Punca dan sebab putus tunang


Tak semua orang menyukai kesenangan orang lain. Apabila kita gembira dalam fasa bertunang, mungkin ada yang ingin memutuskannya atas alasan cemburu, benci atau balas dendam. Ada juga orang di sekeliling yang niatnya ingin memberi nasihat tetapi ‘terselekoh’ pula sehinggakan kawannya tadi terfikir untuk putus tunang kerana gusar.

Bila sudah terlalu mendengar cakap orang lain dan bukannya cakap pasangan sendiri, susahlah..

Kadang ia datang dari kenalan serta keluarga terdekat. Jadi, fikir panjang sebelum buat keputusan putus tunang.

Kurang Matang

Punca dan sebab putus tunang
Waktu pertunangan juga adalah waktu persiapan pasangan sebelum melangkah ke jinjang pelamin. Di sinilah anda akan melihat sama ada pasangan matang atau tidak dalam membuat keputusan serta berusaha dalam mendirikan rumah tangga.

Tempoh pertunangan ini akan muncul beberapa masalah serta cabaran. Jadi, akan berlaku dilemma dalam membuat keputusan yang betul. Cara menyelesaikan masalah ini yang akan memberitahu samada pasangan tersebut sudah cukup matang untuk menjadi pasangan hidup selamanya.


Perbuatan Sihir

Punca dan sebab putus tunang
Memang ada kes di mana pasangan putus tunang akibat hasad dengki orang lain. Mereka yang dengki dan tak mahu nampak pasangan bertunang hidup bernikah akan gunakan apa jua cara bagi memastikan pasangan tersebut putus di tengah jalan.

Jangan fikir di zaman moden ini tiada lagi unsur sihir. Sihir bukan perkara baharu, malah ia pernah berlaku di zaman Nabi lagi. Dalam Al-Quran pun ada beritahu mengenai sihir ini.

[Dah Baca?] Ingat Mudah Ke Nak Nikah Lebih daripada Seorang?

Okeh.

Betul ke tidak semua perkara di atas yang menjadi penyebab putus tunang? Orang yang ada pengalaman mesti tahu .. mungkin juga dapat tambah lagi beberapa perkara. Jikalau anda ada pengalaman, boleh sahaja kongsikan menerusi ruangan komen.


Dan biasanya ayat paling power dan kerap diucapkan bila putus tunang ini ialah ...

"Awak terlalu baik untuk saya ..."

Betul tak?

Sumber asal: Majalah Remaja


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dugaan bertunnag mmg kuat. Jd kte n pasangan lg kene kuat utk hadap

    ReplyDelete
  2. pengalaman SA sendiri, tangkap ex tunang dengan ppuan lain kat rumah sewa dia...kisah sebelum SA kahwin dulu

    ReplyDelete
  3. Keluarga sebelah pihak dah mula minta macam-macam, sebelum bertunang setuju itu ini, lepas dekat nak kahwin demand dengan hantaran, lepas tu boleh pulak jumpa pakwe lama dia, mungkin (jangkamasa pertunangan yang lama) boleh juga putus tunang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement