Blog yang genap berusia 9 tahun bulan ini akhirnya berjaya mencapai jumlah trafik keseluruhan 30 Juta Pageviews (PV) baru-baru ini. Sejak saya perkenalkan dan isikan dengan segala macam konten di dalam blog ini pada bulan Ogos 2010, ia telah berjaya menarik ramai pengunjung dan pembaca.

Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan blogger, blog ini dikenali ramai malah ada yang menjadi pembaca setia sejak 2010 lagi. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memasukkan blog ini dalam bloglist, sedikit sebanyak ia memberi impak positif menerusi peningkatan jumlah PV.

Blog Kini Capai 30,000,000 Pageviews Setelah 9 Tahun

Jumlah 30 juta pageviews atau hits ini bukan mudah nak dicapai sebenarnya. Apatah lagi untuk sebuah blog peribadi yang kadangkala kehilangan idea untuk konten diterbitkan.

Memang betul, bila dah terlalu aktif menyediakan konten, akan tiba waktu bila idea jadi kering. Kata omputih .. writer's block. Jenuh nak mula, tapi idea nak menulis cerita tetiba kering-kontang. Nak tulis tajuk pun jadi tak termampu.


Tapi itulah, daripada ilmu yang saya peroleh daripada beberapa blogger terkenal, saya berjaya juga atasi masalah yang kadangkala berlaku tu.

Tips Mendapatkan Trafik Blog

Ada yang tanya, bagaimana nak tulis dan terbitkan banyak konten dalam blog dalam masa singkat?

Caranya cukup mudah. Kena rajin blogwalking atau bloghopping untuk mendapatkan idea. Mungkin, sesekali kena ceduk sedikit idea tersebut dan jadikan ia sebagai artikel yang telah diolah dengan kesesuaian cara penulisan dan juga cara penerimaan pembaca.

Perlu banyak membaca. Dengan membaca dari pelbagai sumber seperti buku dan majalah .. ia akan menambah pengetahuan selain memperbanyakkan lagi cara-cara penulisan serta prosa kata yang lebih menarik.

Pembaca ini pelbagai. Apatah lagi untuk sebuah blog yang tidak mempunyai niche tertumpu macam blog ini. Segala benda nak ditulis dan dikongsi...haha.

Di bawah ini adalah data dari Google Analytics. Perhati bebetul ya ... :)



Ada yang ingat, blog ini capai PV tinggi disebabkan hari-hari ada orang baca blog ini. Sebenarnya, ada waktu dan masa, blog ini kurang mendapat kunjungan, malah nak dapatkan 1000 PV sehari pun sangat sukar.

Tetapi itulah, kuasa SEO, iaitu salah satu teknik untuk mendapatkan trafik masuk ke blog. SEO atau Search Engine Optimization menjadi kunci utama untuk mendapatkan trafik yang tak dijangka.

Semalam, mungkin trafik cuma masuk kurang 1000PV .. tapi hari ini secara tetiba boleh menjadi dan mencapai hits sehingga 20,000 PV sehari !!

Pernah blog ini terima sehingga 23,000 PV sehari hanya dari satu artikel sahaja!! Memang terkejut. Walhal ia datang dari artikel atau blog post yang dah lama diterbitkan.

Tak perlu rasa kecewa atau putus-asa bila blog gagal nak capai target atau menerima trafik yang tinggi.

Berusaha menambah ilmu di saat kekecewaan tu. Cari teknik dan cara untuk tambah trafik. Cari rakan blogger yang boleh bantu naikkan trafik blog, samada dari segi teknikal atau dari segi metodologi.

Ala .. macam kita buat esei kat sekolah dulu. Bukan semua esei atau karangan kita tulis akan mampu berikan markah 100 peratus. Kadang tu, kita tulis panjang-panjang dan rasa menarik ... cikgu berikan markah cukup-cukup makan je.

Jadi, ia bukan perkara yang perlu rasa kecewa. Adatlah dalam dunia blog Malaysia ni.


Curi Konten? Budaya Copy-Paste?

Satu lagi, jangan rasa kecewa jika ada yang curi dan copy-paste artikel blog anda. Kuatkan semangat dan redha je.

Saya dah melalui fasa-fasa di mana segala isi kandungan blog saya disalin-tampal samada secara auto-publish atau cara biasa orang buat (select-all-copy-paste).

Masa memula tu memang agak marah dan bengang juga. Tapi itulah, saya belajar untuk redha dan menghalalkan sahaja perbuatan. Pada fikiran saya, alangkah beruntungnya saya .. segala ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi di dalam blog disebarluaskan di blog atau tempat lain.

Sejak dari itu, saya terima impak sangat positif sehinggalah blog saya kini mencapai jumlah hits sehingga 30 juta PV. Sesuatu yang tidak pernah saya impikan sewaktu mula-mula membuat blog sendiri dengan platform blogspot ini.

Sejak 2010, saya tidak pernah berpindah atau bertukar dari blogspot atau blogger.com ini. Saya setia menggunakan platform ini dan membuktikan dengan platform percuma juga, sesebuah blog boleh dapat menarik pembaca dan dapat trafik yang boleh dibanggakan.

Saya belajar banyak perkara teknikal berkaitan blogspot, dan perkara yang dapat membantu blogger blogspot lain. Tak pernah rasa ilmu yang ada mencukupi, sehingga sekarang saya masih menuntut ilmu berkaitan blogging daripada blog-blog ternama dunia.

Okeylah.


Kesimpulan Dari Trafik 3 Juta PV

Agak lari sedikit dari tajuk.

Saya cuba nak menarik perhatian anda untuk baca, terutama dari kalangan rakan blogger yang mungkin mahu dapatkan inspirasi dan tips untuk menambah trafik.

Sebelum ini, saya dah publish lebih daripada 500 post berkaitan panduan dan tips blogging. Anda boleh cari dan baca. Manalah tahu tips lama tersebut dapat membantu.

Ada yang angkat saya sebagai sifu blogger blogspot, tetapi sebenarnya saya juga seperti anda juga. Tak ada lebih manapun. Jika saya boleh buat, anda pun boleh buat.

Banyakkan membaca, dan fikirkan konten yang dapat bantu orang lain terutama dalam menyelesaikan masalah mereka. In Sha Allah, trafik akan datang bertali-arus tanpa anda sangka, asalkan niat anda adalah murni.

Teruskan menulis dan hasilkan konten blog yang bermanfaat. 30 juta PV hanya sekadar angka hits.... tak lebih dari itu.

p.s: Statistik jumlah 30 juta PV adalah dari stats blogspot bukan dari Google Analytics. Google Analytics tidak ada data berkaitan trafik seawal tahun 2010. Ia hanya diimplementasi pada November 2012.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah.. sy suka baca tips blogging dari Tuan sbb sangat membantu sy.. Kdg2 ada entri yg kita tulis santai2 boleh dapat pv beribu.. Dulu sy rasa susahnya nak blogging takda idea dan mcm2 lagi lah. Tetapi skrg inilah kerja sy sejak graduate disebabkn oleh masalah kesihatan. Apapun smoga dimurahkan rezeki selalu. Teruskan berkongsi ilmu semoga Allah redha dgn apa yg kita tulis.. ^^

    BalasPadam
  2. Tahniah sy ucapkan..ianya memberikan satu inspirasi kpd sy utk terus blogging

    BalasPadam
  3. Tetap merendah diri walaupun dah boleh dikatakan berjaya. Tahniah..

    BalasPadam
  4. Tahniah sifu HH.

    Sejak saya awal blogging dulu, tuan antara rujukan saya.

    Terima kasih sudi berikan kontent yang bermanfaat buat kami, para blogger.

    😊

    BalasPadam
  5. Tahniah dah masuk 30 juta pageviews! Semoga terus berkongsi ilmu dan macam-macam lagi di blog.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  6. jumlah yang betul kaw-kaw punya...

    saya masih ditakuk lama namun tetap konsisten menulis dengan melakukan penamnbah baikan dari segi mutu konten dan skill SEO

    BalasPadam
  7. Wahhh Alhamdulillah. Hebattt bro HH! Saya pun kekadang mood update blog ke laut a.k.a writer's block.

    Terima kasih share tips dan kata semangat. :D

    BalasPadam
  8. alhamdulillah tahniah. tumpang berbangga atas kejayaan sifu ^_^

    BalasPadam
  9. Tahniah Tuan.
    Penulisan dan sharing tuan juga banyak membantu PV saya sekarang. Banyak yang saya guna pakai sehingga blog saya jd satu kebanggaan bt diri saya. Terima kasih Tuan..
    Dan teruskan berkongsi tips blogging ya Tuan...

    BalasPadam
  10. Tahniah dan alhamdulillah pageviews boleh capai 30 juta.. Banyak ilmu pengetahuan mengenai blog melalui blog HH ni.

    BalasPadam
  11. Tahinah atas pencapaian ini. Bukan senang nak jadi senang. Bukan susah nak jadi susah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement