Tahukah anda, banyak kes pembelian rumah yang melibatkan duit deposit hangus begitu sahaja? Kalau duit ratus-ratus ringgit memang tak ralit sangat, bagaimana kalau melibatkan ribuan ringgit? Duit deposit beli rumah, mana ada ratus-ratus ringgit bang ... semua main ribu je skrang ni, tak gitu?
Cara Nak Elak Wang Deposit Hangus atau Dapatkan Kembali Wang Deposit Pembelian Rumah
Sebenarnya ada cara nak dapatkan wang deposit rumah ni. Ramai yang tak tahu pasal ni, terutama sekali buat mereka yang baru pertama kali membeli rumah. Mereka tak tahu, sebenarnya ada cara untuk dapatkan wang deposit rumah.Saya sendiri sebelum ini ingat, yang duit deposit confirm akan melebur bila bank tak lepaskan permohonan pinjaman perumahan. Serius, saya pun memang noob bab-bab pembelian rumah ni.
Tapi rupanya, selepas dapatkan ilmu sedikit-sedikit mengenai cara nak mendapatkan rumah sendiri daripada beberapa rakan sifu hartanah yang saya kenal, sebenarnya masih ada harapan dan peluang untuk dapatkan balik wang deposit pembelian rumah andai kena dengan caranya.
Saya dapat tahu, wang deposit rumah boleh dielakkan dari hangus menerusi perkongsian tips beli rumah oleh Tuan Khalil Adis menerusi blog beliau.
Mengapa nak dapatkan wang deposit balik?
Ada banyak sebab boleh berlaku. Antaranya:
- Hilang punca pendapatan.
- Tidak mampu membayar bulanan.
- Dapat tahu yang rumah dibeli itu tidak berbaloi (biasanya untuk pelaburan).
- Jumpa tawaran pembelian rumah lain yang lebih baik.
Dalam kes biasa, selalunya memang sukar nak dapatkan wang deposit pembelian rumah ni. Wang deposit ini termasuklah dengan wang guaman untuk uruskan pembelian dan pinjaman perumahan.
[Dah Baca?] 6 Tips Beli Rumah Dengan Modal Minima
Andai dibolehkan pun, pihak pemaju akan letakkan banyak syarat yang ketat dan seolah-olah menyekat pembeli dari menuntut kembali wang deposit rumah yang telah dibayar. Antara cara mereka ialah dengan mensyaratkan anda untuk mencari pembeli baharu, walhal ia tidak termaktub pun dalam undang-undang ia perkara yang wajib atau dipertanggungjawabkan kepada anda.
Alhamdulillah, daripada perkongsian Tuan Khalil .... siapa yang terasa nak dapatkan kembali wang deposit rumah yang telah dibayar, boleh ikuti langkah-langkah berikut agar wang deposit rumah tidak hangus atau burn begitu sahaja.
Langkah 1 - Isytihar Pada Bank Bahawa Gaji Anda Rendah
Apabila anda buat langkah pertama ni, bank akan cepat menyemak harga pembelian rumah atau hartanah tersebut dan kemudian tentukan sama ada anda betul-betul mampu bayar balik pinjaman yang telah dibuat.Kalau gaji yang anda declare tu rendah, secara automatik anda akan masuk dalam kategori peminjam yang berisiko. Aha ... nampak tak caranya tu di sini?
Bank memang tidak suka memberikan pinjaman kepada mereka yang tergolong dalam kategori ini. Bank mana nak rugi. Apa sahaja boleh dielakkan bank untuk dapat kerugian, bank akan elak. Jadi, pihak bank tiada pilihan lain, selain mengeluarkan surat penolakan pinjaman yang rasmi.
Langkah 2 - Dapatkan Surat Penolakan Rasmi Bank
Sebaik saja bank telah menolak permohonan anda, anda perlu meminta surat penolakan permohonan pinjaman tersebut daripada pihak bank. Ia akan jadi bukti terkuat dan sebab untuk batalkan perjanjian jual-beli rumah atau hartanah yang telah dibuat.Surat penolakan rasmi ini akan membuktikan kepada pemaju yang anda bukan saja-saja nak membatalkan pembelian, tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab pinjaman perumahan anda tak lepasi syarat ditetapkan bank.
Langkah 3 - Berikan Surat Penolakan Bank Kepada Pemaju atau Firma Guaman Pemaju
Nak cepat dapatkan wang deposit anda, terus sahaja hantar dokumen atau surat penolakan pinjaman bank tu kepada pemaju atau firma guaman pemaju. Jangan tunggu-tunggu. Lagi lama anda tunggu, lagi rumit nanti.Tunjukkan surat. Pihak pemaju tiada pilihan lain, selain membatalkan tempahan anda. Sebab pihak pemaju masih perlukan seseorang dengan pembiayaan untuk membeli unit rumah yang dijual. Pihak pemaju mungkin akan rugi kalau bertangguh.
[Dah Baca?] Beli Rumah Tetapi Kena Tipu Pemaju?
Langkah 4 - Dapatkan 'Hitam Putih' Daripada Firma Guaman Tentang Pembatalan Pembelian
Firma guaman pemaju akan keluarkan satu surat hitam putih, yang menyatakan tempahan anda telah berjaya dibatalkan.Gunakan surat ini dan buat pemohonan kepada pemaju untuk dapatkan balik duit deposit yang telah anda dah bayar sebelumnya.
Langkah 5 - Mendapatkan Balik Wang Deposit Pembelian Rumah
Selepas dokumen hitam putih tersedia, mahu tidak mahu pihak pemaju terpaksa dan perlu membayar balik duit deposit anda.Cuma, mungkin akan ada sedikit potongan kepada duit deposit tersebut sebagai yuran pentadbiran urusan pembatalan yang dibuat. Yang ini, anda boleh rujuk balik dalam terma dan syarat yang pemaju bagi sebelum anda letakkan duit deposit tu.
Okeh.
Anda dah hadam langkah-langkah tatacara nak elak wang deposit hangus? Dah tahu bagaimana nak dapatkan wang deposit anda balik?
Kalau dah faham .. alhamdulillah.
Cuma sebagai ingatan tambahan daripada Tuan Khalil ...
Proses ini akan memakan masa. Malah, ia satu proses yang boleh menjangkau sehingga lebih daripada setahun. Biasalah tu bila orang dah dapat duit nak serahkan balik duit tu.
Ingat motto ni - slowly but surely (biar lambat, tapi pasti).
Banyakkan bersabar. Kalau boleh, cuba dapatkan nasihat dan bantuan daripada mereka yang lebih pakar atau bekerjasama dengan ejen hartanah bertauliah. In Sha Allah, kalau buat semua ni, ada jalan keluar yang mudah.
Semoga bermanfaat ya.
Kredit Foto: Sabine Peters
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.