Setiap bulan, pastinya ramai yang akan memenuhi kaunter Pejabat Pos, kaunter bank, kaunter Telekom Malaysia dan beberapa kaunter tempat terpilih untuk membayar bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Selain pembayaran menerusi kaunter, ada juga yang memilih menggunakan aplikasi perbankan seperti CIMBClicks atau Maybank2u untuk membayar bil eletrik secara online.

Satu lagi cara mudah untuk membayar bil elektrik terkini dan tertunggak adalah dengan menggunakan aplikasi yang disediakan oleh TNB. Aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma di Google Play dan juga App Store.

Cara Semak, Lihat dan Bayar Bil TNB Gunakan Smartphone

Cara Semak dan Bayar Bil Elektrik TNB Menggunakan Aplikasi Smartphone
Saya telah menggunakan aplikasi TNB yang dikenali sebagai myTNB sejak bulan lepas lagi. Menerusi aplikasi online yang mudah digunakan di peranti mudah-alih seperti smartphone ini, saya boleh lihat bil terkini, bil tertunggak, bil-bil elektrik bulan-bulan sebelumnya, selain boleh membuat pembayaran bil secara online.

Secara ringkasnya, aplikasi myTNB ini membolehkan saya untuk:
  • Papar dan bayar bil elektrik
  • Mengetahui jumlah tenaga yang telah digunakan sehingga 6 bulan sebelumnya.
  • Uruskan beberapa akaun TNB yang lain
  • Simpan info berkaitan kad kredit untuk pembayaran dalam aplikasi lebih pantas.
  • Cara mudah untuk hantar maklum-balas atau aduan berkaitan bil eletrik


Cara Semak dan Bayar Bil Elektrik TNB Menggunakan Aplikasi Smartphone

Cara Guna Aplikasi myTNB dengan Smartphone

Untuk menggunakan smartphone bagi pembayaran bil TNB ini, pastikan dahulu anda sudah muat-turun aplikasi ini secara percuma. Kalau tak muat-turun, jadi penerangan dan langkah-langkah berikutnya ini tiada apa-apa makna buat anda .. huhu.

  1. Daftar dulu akaun anda untuk pertama kali. Pilih 'Daftar' atau 'Register'
  2. Masukkan butiran diri anda, termasuklah nama, nombor kad pengenalan, email yang sering anda gunakan, nombor telefon dan kata laluan (password) pilihananda.
  3. Sahkan dengan memasukkan nombor pin 4 angka yang dihantar ke telefon bimbit/smartphone anda.
  4. Tambahkan akaun bil elektrik anda. Berikan nama berbeza untuk mudahkan anda ingat pada setiap akaun TNB yang ada (biasanya premis perniagaan/rumah di kampung).
  5. Akaun anda akan terjana secara automatik jika nombor kad pengenalan adalah sama dengan nombor kad pengenalan dalam bil eletrik anda.
  6. Sahkan setelah semak butiran akaun bil anda. Tekan 'Confirm'.
  7. Klik 'Get Started' atau 'Mulakan' untuk langkah seterusnya.
  8. Dalam proses nak masukkan akaun bil elektrik, jika tiada maklumat berkaitan premis atau kediaman anda, pilih dua pilihan berikut - 'Onwer' atau 'Renting'. Kemudian masukkan butiran bil elektrik anda secara manual.
  9. Anda juga boleh tambah atau masukkan butiran bil akaun anda menggunakan 'Scan' kod bar yang ada dalam bil elektrik anda (yang diterima secara biasa). Dengan imbas menggunakan myTNB, butiran bil akan dimasukkan secara automatik.
  10. Bila semuanya dah selesai, dan butiran akaun bil elektrik anda telah dimasukkan ke dalam myTNB, anda boleh login dengan menggunakan email dan kata laluan anda.
  11. Pilih 'View Bill' untuk paparkan bil elektrik terkini yang telah didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan anda.
  12. Pilih 'Pay' untuk bayar bil elektrik terkini anda.
  13. Pilih 'Add Card' jika anda memilih untuk bayar bil elektrik anda menggunakan kad kredit. Masukkan butiran kad kredit anda.
  14. Anda boleh juga terus membayar bil elektrik semasa anda menggunakan perbankan internet dengan servis FPX yang disediakan.
  15. Ikuti langkah pembayaran seterusnya, dan tunggu pengesahan pembayaran. Satu email akan dihantar memaklumkan pembayaran telah berjaya. Simpan bukti ini untuk rujukan.

Selesai.

Cara Semak Bayar Bil Lektrik TNB Smartphone

Selain itu, dengan menggunakan aplikasi myTNB ini, anda juga boleh membuat pembayaran bil elektrik terkini secara pukal melibatkan akaun bil elektrik lain. Misalnya bil elektrik untuk homestay anda, bil elektrik rumah kedua, bil elektrik di kampung .. dan sebagainya.

Apa yang perlu anda buat hanyalah masukkan butiran bil untuk kediaman atau premis tersebut, iaitu NOMBOR AKAUN TNB.

Jika masih kurang faham dan mahukan manual cara nak menggunakan myTNB ini, anda boleh muat-turun di sini - myTNB User Guide.

Memang cukup senang. Aplikasi ni paling baik digunakan kalau anda pergi bercuti panjang ke luar negara (misalnya) atau kesempitan masa untuk membayar menggunakan kaunter. Ia juga cara mudah nak lihat bil-bil elektrik bulan-bulan sebelumnya.

Malah, anda boleh gunakan untuk pantau penggunaan tenaga di premis-premis yang telah didaftarkan dalam myTNB ini.

Semoga bermanfaat.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memang terbaik guna app ni untuk check bill. DUlu asyik bil tak sampai kat rumah je. So skrg dah tak perlu risau lagi kalau tak dpt bil.

    BalasPadam
  2. selalu check guna apps ni. terkantoi dgn husband sbb masa kita takde kat malaysia bil rendah je, bila duduk rumah naik mendadak. hahaha

    BalasPadam
  3. senangnya, lebih muda cmni! boleh tlong byar bil elektrik dekat umah mak..

    BalasPadam
  4. kalau dpt cashback bila byr bil dgn TNB kan bagus?

    BalasPadam
  5. Lagi mudah guna cara macam ni.

    BalasPadam
  6. Ini sudah bagussss.. cepat dan smart..! :)

    ...

    BalasPadam
  7. satu panduan yang menarik...

    senng dan mudah

    BalasPadam
  8. best sangat ada apps ni. kadang tu dekat 2 bulan takda bil yg sampai. hehe

    BalasPadam
  9. dah mudah sekarang ni.. check atas talian je kan )

    BalasPadam
  10. Lepas bayar memang kena amik masa untuk tunggu dia tolak bill tu jadi 0.00 ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement