Siapa sini kaki pancing? Tahukah anda di Lumut dan sekitar Manjung dan Setiawan ada banyak lubuk memancing tepi laut - samada di pantai berbatu, pantai berpasir, muara sungai dan juga di bawah jambatan?

Anda tidak perlu menaiki bot ke tengah laut atau jauh dari pantai untuk mendapatkan spesies ikan yang menjadi buruan seperti Siakap Putih, Siakap Merah, Jenahak, Tetanda, Pari, Kerapu dan juga Sembilang. Ada banyak lubuk dan lokasi memancing yang menarik dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Chalet Ibrahim, Chalet 'Terapung' Mengadap Laut Lokasi Lubuk Siakap

Chalet Ibrahim Kg Baru, Chalet Mengadap Laut Lubuk Siakap Merah
Salah satu lokasi memancing terutama untuk memburu Siakap dan juga Tetanda adalah di Chalet Ibrahim. Chalet ini terletak di muara Sungai Manjung, hanya bersebelahan dengan satu lagi chalet yang menjadi kegemaran kami memancing Siakap iaitu Amir Chalet.

Amir Chalet juga dikenali sebagai lokasi lubuk untuk memancing ikan Siakap. Saya pernah menaikkan sehingga 6 ekor ikan Siakap semasa menginap di Amir Chalet. Boleh cari artikel berkaitan dalam blog ini, gunakan ruangan 'Search' ya .. :)

Chalet Ibrahim Kg Baru, Chalet Mengadap Laut Lubuk Siakap Merah
Chalet yang mengunjur ke laut ini terletak di Kampung Baru Ayer Tawar. Ia juga berdekatan dengan Jambatan Bainun yang merentangi Sungai Manjung, menjadi penghubung jalan utama Lumut-Taiping.

Jalan masuk ke kawasan lubuk Siakap Kampung Baru Ayer Tawar ni ada dua, satu dari arah Ipoh menerusi Ipoh-Lumut (belok ke kiri selepas pekan Ayer Tawar, simpang Shell) dan satu lagi menerusi jalan Lumut-Taiping (belok kanan selepas kampus Institut Kejuruteraan Marin Malaysia).

Chalet Ibrahim Kg Baru, Chalet Mengadap Laut Lubuk Siakap Merah


Kampung Baru di Ayer Tawar ini ada banyak chalet lain selain daripada Chalet Ibrahim dan Amir Chalet. Kesemuanya berdekatan dengan muara sungai yang menjadi punca rezeki bagi pemancing tegar sekitar daerah berdekatan.

Saya dan famili sudah beberapa kali memancing di Chalet Ibrahim, Kampung Baru ini. Setakat ini, antara hasil yang berjaya kami naikkan di atas chalet adalah ikan Siakap lebih sekilogram, ikan Kerapu Hibrid sebesar separuh lengan dewasa dan juga Siakap Merah yang memang jarang dapat dipancing dari tepian muara.

Hasil memancing di Chalet Ibrahim
Sebenarnya sebelum kami menginap dan memancing di chalet ini, lokasi ini sudah pun menjadi bualan di kalangan pemancing dari Teluk Intan, Ipoh, Setiawan dan Taiping untuk memancing dan menaikkan Siakap Merah, selain Siakap Putih yang memang banyak mendiami lubuk muara Sungai Manjung ini.

[Pernah Baca?] 9 Ekor Siakap Berjaya Dinaikkan Hanya Dari Beranda Chalet

Siakap Merah di Chalet Ibrahim berdekatan Lumut
Ya, Siakap Merah weihh ... spesies yang sebenarnya sukar untuk dipancing dari tepian.

Kami sangat teruja dan sangat seronok bila kali pertama melihatkan pemancing menaikkan ikan Siakap Merah atas pelantar Chalet Ibrahim ini. Ia memang di luar jangkaan. Apatah lagi ianya berlaku beberapa kali sehinggalah salah seorang rakan kami berjaya menaikkan Siakap Merah sebesar dua tapak tangan.

Sah. Memang Chalet Ibrahim adalah lokasi terbaik nak memancing Siakap Merah dari atas pelantar ... huhu ..

Tentu ramai yang nak tahu bagaimana rupa Chalet Ibrahim ini kan?

Chalet Untuk Pemancing

Pertama sekali, saya ingin tegaskan bahawa chalet ini dibina adalah khusus untuk pemancing. Ini adalah kerana, terdapat bilik chalet yang tidak mempunyai tandas atau bilik mandi, dan muat hanya untuk seorang pemancing sahaja.

Pun begitu, ada sahaja pilihan lain untuk keluarga. Ada bilik besar yang boleh menempatkan sehingga 2-3 famili dalam satu bilik. Bilik air juga disediakan di dalam bilik chalet.

Chalet pula tiada bilik asing, ia bilik terbuka .. maka, kalau nak tempatkan banyak famili dalam satu chalet, pastikan semuanya adalah Mahram. Buka je pintu bilik chalet, akan terus nampak katil untuk tidur - tiada sofa, tiada kerusi.

Chalet pula tiada tv dan capaian data menerusi telefon juga agak terhad.

Saya belanja beberapa gambar bilik Chalet Ibrahim ini ya ..

Bilik Single Pemancing - Satu Katil Bujang, Bilik Air Kongsi Dengan Bilik Lain

Bilik Chalet Ibrahim Kampung Baharu Ayer Tawar
Bilik Chalet Ibrahim Kampung Baharu Ayer Tawar
Bilik Chalet Ibrahim Kampung Baharu Ayer Tawar


Bilik Famili - Satu Katil Besar, Satu Katil Bujang

Bilik Chalet Ibrahim Kampung Baharu Ayer Tawar
Bilik Chalet Ibrahim Kampung Baharu Ayer Tawar
Bilik Chalet Ibrahim Kampung Baharu Ayer Tawar
Sini memang banyak nyamuk, biasalah lokasi tepian muara. Awas bila nak dekat senja sebab nyamuk akan bermaharajalela ketika ini.

Pun begitu, chalet ini dilengkapi penghawa dingin, katil yang besar selain toto tambahan. Ada dapur untuk memasak selain disediakan pinggan mangkuk gelas cawan serta kuali. Jika bernasib baik, anda boleh dapat garam, gula, teh, minyak hasil sedekah ikhlas penghuni sebelumnya.

Cuma suka nak diingatkan... kalau nak guna perkakasan di chalet ini, pastikan anda cuci bersih dengan sabun. Manalah tahu kot-kot ada tikus yang dah jadikan tempat memasak tu sebagai tempat bermain-main di waktu malam.



Kelebihan dan Kekurangan Menginap Chalet Ibrahim

Harga chalet adalah serendah RM100 semalam! Memang cukup murah, berbaloi dengan apa yang disediakan.

Bilik Chalet Ibrahim Kampung Baharu Ayer Tawar
Lokasi ini memang best nak memancing kerana mempunyai kelebihan berikut:

  • Ianya ada pelantar memancing yang luas. Jadi, tiada masalah nak melontar umpan joran sejauh yang mungkin.
  • Ada ruang khas untuk melepak bersama keluarga di luar bilik.
  • Sofa dan kerusi rehat disediakan di ruang beranda atau pelantar.
  • Ia mengunjur mengadap laut, dan pemandangan sangat indah ketika matahari terbenam.
  • Ada banyak pokok kayu bakau di tepi chalet yang menjadi tempat anak-anak ikan, serta menjadi lubuk untuk ikan besar mencari makan.
  • Ada banyak bot karam selain kelong yang menjadi lubuk ikan.
  • Ada kelong tinggal di hadapan chalet yang pernah menjadi tempat tinggal spesies ikan mahal seperti Kerapu Hibrid.
  • Ada pelantar terapung atau pelantar bot jika bercadang nak sewa bot memancing di lubuk lain.


Kekurangan... tekanan air agak rendah. Tempat mandi dan tandas adalah sekadar ala-kadar. Ada ketika ia seolah tidak dijaga dan kelihatan kotor. Banyak nyamuk, kena ada ubat nyamuk. Tiada tv. Jauh dari bandar. Agak terdedah kepada bahaya angin kencang kerana ia mengadap laut.

Kerapu Hibrid Chalet Ibrahim
Kerapu Hibrid Chalet Ibrahim
Terdapat 3 set chalet di Chalet Ibrahim ini. Setiap set ada dapurnya sendiri serta lapangan/pelantar memancing berasingan. Ada set yang berpintu sliding-door semata, dan agak bahaya kalau tak biasa dengan kediaman sebegitu.

Waktu malam, anda boleh dapat cahaya yang cukup dari lampu-lampu disediakan di chalet tersebut. Tiada masalah.

Tips Memancing di Chalet Ibrahim

Jika nak memancing di Chalet Ibrahim, kena pilih waktu dan tarikh yang sesuai .. kerana hasil pancingan bergantung dengan keadaan pasang-surut air di muara. Kalau silap tarikh, anda mungkin akan balik dengan tangan kosong.

Berdasarkan pengalaman beberapa kali memancing di Chalet Ibrahim ni ..

Jam sesuai untuk memancing di chalet ini adalah pada waktu tenghari dari jam 12 hingga 2 petang. Kemudian dari jam 5 petang sehingga jam 8 malam. Selepas itu, dari jam 11 malam hingga 1 pagi. Selain waktu tu, biasanya akan krik-krik la ..

[Dah Baca?] Seronok Memancing di Rockbund Fishing Chalet, Teluk Batik, Lumut

Dengan kata lain, cuba lihat ketika air laut baru nak surut atau baru nak pasang. Tempoh antara waktu air mula nak surut dan pasang itulah ... ikan Siakap biasanya mencari makanan.

Okeh.

Saya harap info ini akan membantu sesiapa yang teringin nak memancing berdekatan Lumut/Setiawan; yang mencari lubuk terbaik memancing bersama keluarga. Ingat beberapa tips dan pesanan yang saya kongsikan di atas ya ...

Pesanan dan tips tu penting sebagai langkah keselamatan selain mengelakkan anda merasa kecewa apabila tiba dan menginap di Chalet Ibrahim ini. :)

UPDATE
=======

Untuk tempahan chalet ini, anda boleh telefon nombor ni - 013 3888644

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Nak tempah ke? Kena tgk dulu tempat tu, 'pejabat' tempahan depan chalet.

      Delete
  2. fuiyoh, pemancing confirm jatuh cinta sangat dalam dengan chalet ni. hehehe

    ReplyDelete
  3. salam, ada phone no untuk buat booking?

    ReplyDelete
  4. As Salam Tuan.....boleh bagi nombor chalet ibrahim x...
    011-14459344

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebenarnya tak ada nombor telefon chalet ni.. sbb semua urusan tempahan dibuat oleh orang lain .. bukannya saya.

      Delete
  5. Susah nk booking...selalu penuh...
    Booking sebulan awal pon xdpt jugak...013-3888644 Ni nombor ibrahim... Kalau wassap lambat respon...better call terus..selamat mencuba..

    ReplyDelete
  6. Ini kalau pergi dahulu mmg byk ikn skrng ikn dh tk ada nk kata gelama duri pun tk ada langsung saya pergi 3hri 2mlm hnya Sia2 org lain yg menginap di snin pun sama semua semua kecewa sbb langsung tk ada hasil sbb masa pergi tu memang air cantik dan sesuai untuk mancing kalau tgk gambar tuan letak ikan yg dapat tu dari ikan sangkar yg terlepas bkn asal dri situ dulu ikn mmg byk dik kerana tamak para memancing anak2 ikan siakap yg kecil pun dorang amik kalau satu muara tu ada satu muara tu la dorang nk amik tanpa fikir masa akn datang itu luahan pak Ibrahim sndri kalau berterusan mcm ni mmg akan pupus habitat siakap dkt sni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi yang saya perasan, ikan dah takde bila projek kat jambatan bainun tu naik, kan abis semua pokok bakau tepi tu derang tolak dan tambak. Persatuan nelayan kat situ rasanya pernah cakap masalah ni .. masuk tv dah pun, tapi itulah .. benda dah jadi, kena terima la natijahnya.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement