Shopping online barang perabot pulak ... haha. Uhh pantang ada jualan online dan tawaran menarik, saya tak lepaskan peluang nak dapatkan pelbagai produk dengan harga mampu milik, misalnya sebuah meja sisi yang comel berwarna putih. Saya beli dengan harga cukup murah di platfom beli-belah Shopee Malaysia.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya beli perabot comel secara online. Dah ada beberapa barang perabot lain yang saya beli secara online. Selain Shopee, saya juga ada dapatkan rak kasut, rak letak barang dan beberapa perabot kecil menerusi Lazada Malaysia.

Comel. Kami Beli Meja Bulat Sisi Comel di Shopee!

Shopping perabot comel secara online
Meja comel ini adalah antara perabot kecil yang saya beli di Shopee. Ianya adalah meja berbentuk bulat yang sesuai dijadikan meja sisi. Ia dibeli untuk lengkapkan penampilan ruang tamu kami sempena hari raya.

Pembelian ini sekali dengan pembelian sarung sofa dan kerusi yang turut dibeli menerusi Shopee. Cuma berlainan Shopper. Sengaja semata nak dapatkan tawaran harga menarik selain diskaun Shopper yang ditawarkan, selain dari kos free shipping.

[Dah Baca?] Sarung Sofa dan Kerusi - Cara Mudah Cantikkan Kembali Perabot Di Rumah

Meja ini dihantar menerusi perkhidmatan DHL.

Shopping perabot comel secara online


Sehingga ke saat ini, saya tiada masalah dengan waktu dan cara penghantaran produk yang dibeli secara online. Perkhidmatan penghantaran yang diselesaikan menerusi DHL memang memuaskan hati.

Perabot Comel D.I.Y

Perabot comel ini bukan perabot pasang siap yang biasa dijual di kedai-kedai perabot. Ia adalah perabot pasang sendiri atau Do-it-Yourself (DIY). Ada banyak dijual secara online, boleh cuba cari sendiri di Shopee (klik).

Kalau orang yang tiada pengalaman pasang sendiri perabot macam ni di rumah, mungkin pembelian perabot comel macam ni dianggap renyah dan menyusahkan. Apatah lagi kalau instruction diberikan kurang difahami atau langsung tak boleh difahami (disebabkan bahasa penyampaian).

Memang pernah berlaku, apabila saya beli perabot kecil secara online, ia didatangkan dengan instruction bertulis yang sukar difahami, jadi kena bergantung dengan gambarajah yang biasa disertakan walaupun dalam bahasa yang sukar.

Biasanya kalau beli perabot yang diimport dari luar, khususnya negara China, memang masalah ini akan timbul.

[Dah Baca?] Borong Produk Follow-Me, Dapat Periuk Eagle Free

Ada juga perabot DIY yang dibeli tiada langsung manual pemasangan disediakan. Jadi, hanya menggunakan gambar produk yang tertera di laman web atau pada kotak pembungkusan sahaja. Bila jadi begini, selalunya memang kena trial n error.

Shopping perabot comel secara online
Shopping perabot comel secara online
Meja comel bentuk bulat yang saya beli ini agak mudah untuk dipasang. Malah, kerja pemasangannya saya serahkan kepada anak saya, Zikri untuk menyiapkannya.

Alhamdulillah. Tak sampai pun setengah jam, Zikri mampu pasang meja comel ini dengan lengkap dan baik.

Shopping perabot comel secara online
Selain berfungsi sebagai meja sisi diletakkan bersebelahan sofa, ia juga adalah tempat untuk meletakkan photobook keluarga. Ada ruangan di bawah meja ini yang boleh meletak dan menyusun berbelas photobook keluarga yang isteri saya siapkan.

Jadi, apabila tetamu datang ke rumah untuk bertandang, dapatlah tengok koleksi gambar kami semasa hari perayaan, percutian, majlis kenduri dan sebagainya. Ia juga menjadi salah satu teknik pemasaran untuk isteri saya yang memang giat buat duit menerusi tempahan photobook ini.


Kalau anda nak mencari perabot comel DIY seperti ini, bolehlah dapatkan menerusi Shopee. Anda cuma perlu taip kata carian "Side Table" atau "DIY Table" untuk dapatkan senarai seller yang menjualnya.

[Dah Baca?] Cara Buat Refund - Pemulangan Barang Beli di Shopee

Saya tak dapat nak rekomen ... disebabkan kadangkala ada tawaran diskaun serta promosi yang lebih menarik ditawarkan seller lain untuk produk yang sama. Jadi, anda kena pilih dan cari sendiri mengikut citarasa dan bajet anda.

 
Nanti, kalau saya rekomen, tetiba ada seller lain jual produk sama pada harga jauh lebih murah .... anda kecam saya lak .. kata bersekongkol dan saja nak promote seller tu ..huhu.

Jadi, terus sahaja ke Shopee ya. Cari je sendiri. :P

Oh ya, kalau ada sesiapa berminat nak berniaga di Shopee, boleh baca post ini - Gunakan Panduan Lengkap Ini Untuk Belajar Cara Berniaga di Shopee

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Waaa betul-betul comel ni Tuan...nak jugalah skodeng..Pandailah Tuan cari barang di Shoppee, Saya kalau bukak, lain di cari, lain pulak di beli adeiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tahan dugaan .. hehehe .. salah satu caranya ialah displin bayar guna Shopee Wallet .. :)

      Padam
  2. Comel.. Sebenarnya memang macam macam produk boleh jumpa kat shopee kan.
    Dari segi harganya.
    Setakat ni tak pernah lagi beli perabot. Nanti nak survey la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak perabot DIY yang cantik2 dan comel. Ada yang dari luar negara .. ada yang produk tempatan.

      Kena tgk review setiap satu tu sebelum beli.

      Padam
  3. LZ suka perabot kecil DIY macam meja sisi tu tambahan pula warna putih memang comel..
    Berbaloi-baloi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement