Nampaknya dah semakin ramai orang yang teringin menceburi kerjaya sebagai Personal Shopper. Mana tidaknya, ia merupakan satu kerjaya yang menyeronokkkan, apatah lagi ianya boleh dilakukan secara part-time, dan mengikut kelapangan masa anda.

Saya ada ramai kawan-kawan dan kenalan yang telah menceburi bisnes kategori servis ini. Ada di antaranya sudah berjaya menjana income sampingan sehingga ribuan ringgit menjadi Personal Shopper secara sambilan. Hanya buat ketika pergi bershopping, pergi bercuti atau kebetulan berada di satu tempat popular yang menjual barang rare dan unik.

7 Langkah atau Tips Untuk Bermula Sebagai Personal Shopper

Langkah atau Tips Untuk Bermula Sebagai Personal Shopper
Biasanya, mereka yang ambil peluang untuk menjadi Personal Shopper ini adalah mereka yang sering pergi ke luar negara, samada atas urusan perniagaan, pergi bercuti atau mungkin mendapat habuan daripada majikan.

Menjadi Personal Shopper membeli produk luar negara lebih menguntungkan, malah agak mudah nak mendapat pelanggan yang berduit yang biasanya pentingkan jenama serta kualiti original.

Bukannya tak best atau tak masyuk jadi Personal Shopper belikan produk untuk orang lain dalam negara, cumanya margin keuntungan tu tak boleh diletakkan tinggi, kerana ia agak mudah nak didapati dan dibeli berbeza dengan menjadi Personal Shopper untuk beli produk di luar negara.


Apapun, untuk menjadi Personal Shopper ada langkah awal yang perlu dibuat. Bukan boleh main serbu je, kalau betul-betul nak buat duit.

Untuk itu, saya nak kongsikan tips yang diberikan oleh Cik Puan Azliza Wasnin, salah seorang Personal Shopper Malaysia yang dah berjaya menjana ribuan ringgit menerusi kerjaya sambilan ini. Jika anda mahu menjadi Personal Shopper sebagai cabang income tambahan, maka bolehlah baca dan praktikkan tips diberikan.

1. Buat Kajian Tempat

Tips Nak Mula Menjadi Personal Shopper
Buat kajian dahulu tempat yang nak pergi tu. Ini adalah langkah pertama kalau nak bermula sebagai Personal Shopper. Jangan anggap anda dah tahu semuanya walaupun dah beberapa kali ke tempat yang sama.

Contohnya, katakan anda merancang untuk pergi ke bandar Osaka, Jepun. Cuba buat kajian, apa barangan yang orang Malaysia cari dekat sana? Produk apa yang unik dan rare?

[Dah Tahu?] Panduan Tunjukkan Cara Borong Online Barangan dari Jepun

Anda boleh sahkan (validate) permintaan ini, dengan bertanya kepada prospek menerusi media sosial.

Dengan cara ini, anda dah boleh ketahui jenis barang atau produk yang dicari atau mendapat permintaan. Dan pada masa yang sama, anda dapat juga pastikan yang anda boleh bantu mereka untuk mendapatkan barangan yang dicari. Jika tak boleh, jangan berjanji.

Cara lain, anda boleh juga boleh baca review dan artikel berkaitan percutian di dalam blog-blog travel.


Lepas dah buat tu, teruskan pula dengan membuat perbandingan harga barang tersebut di luar negara dengan harga dalam Malaysia. Apabila telah membuat perbandingan harga, barulah anda kira kos termasuk pengangkutan dan penghantaran.

Ini penting, Pastikan harga anda berikan kepada bakal pelanggan nanti berbaloi dan tidak menyusahkan diri sendiri semasa nak pulang ke Malaysia. Sebab kebanyakan syarikat penerbangan hadkan sebanyak 2 beg yang boleh dimasukkan ke dalam kargo.

Anda kan ke nak pergi 'berseronok' di luar negara, jangan pula perkara kecil seperti ini merosakkan segalanya kelak.

2. Tentukan Masa Tetapkan Pre-Order Kepada Pelanggan

Langkah dan Tips Pemula Untuk Menjadi Personal Shopper
Biasanya, seorang Personal Shopper akan buat iklan servis mereka sebulan sebelum berangkat ke negara yang mereka nak tuju.

Dalam jangka masa ini, mereka akan mengumpul tempahan daripada pelanggan, serta berikan masa untuk mereka jelaskan pembayaran tempahan tersebut.

Semua ini adalah usaha untuk anda buat anggaran berat beg, dan untuk elakkan caj lebihan berat bagasi.

3. Gunakan Media Sosial Untuk Iklankan Servis

Zaman sekarang, cukup senang nak buat iklan berkaitan produk dan servis yang anda sediakan. Dan Facebook dan Instagram adalah medium paling popular untuk tujuan murni ini....hehehee.

Anda boleh iklankan servis sebagai Personal Shopper dalam group Facebook yang berkaitan dengan travel. Untuk Instagram pula, anda boleh kongsikan gambar kedai atau barangan yang ada permintaan kat tempat yang anda nak pergi tu.


Cumanya, anda kena lebih berhati-hati dan berjaga-jaga. Bukan semua group FB ni akan berikan akses untuk anda iklankan servis ikut suka. Pastikan anda ikut peraturan yang group tu tetapkan. Nanti tak pasal kena banned, dan ini akan effect tingkah-laku anda dalam FB. FB ni kejam ye kadangkala tu.

4. Masa Berunding Dengan Pelanggan

Anda mesti mempunyai daya tahan tinggi untuk layan kerenah orang. Biasalah, dalam dunia bisnes berbentuk servis ni, anda akan ketemui pelbagai karenah manusia, yang kadangkala mengancam kesabaran .. huhu.

Buat anda yang baru nak bekecimpung dalam bisnes ni, sentiasalah bersabar melayan dan memahami kehendak pelanggan. Dalam mudah-mudah nak buat duit menjadi Personal Shopper, mestilah ada cabarannya tersendiri .. kan?

Adalah lebih baik, anda mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai produk yang pelanggan inginkan. Semua ini akan bantu urus niaga berjalan dengan lebih lancar.

Biasanya, anda akan berhadapan dengan kategori pelanggan yang akan bertelagah mengenai satu perkara – harga upah yang dikenakan. Maka, sangatlah penting, anda memastikan harga yang anda letak berbaloi untuk pelanggan.

Sabar itu akan beroleh kejayaan. Elakkan melenting apabila pelanggan kritik harga upah yang anda kenakan. Kalau boleh, di awal urusan ... anda dah tetapkan beberapa terma dan syarat untuk bakal pelanggan.

Ada ramai lagi prospek di luar sana yang mahu dan ingin menggunakan servis seorang Personal Shopper ni. Maka, fikiran dan tindakan anda perlu sentiasa positif, dan jangan cepat melatah. Sebaiknya, pastikan anda dan pelanggan berada dalam win-win situation.

5. Sediakan Maklumat Lengkap

Langkah Untuk Bermula Sebagai Personal Shopper
Apabila pelanggan telah bersetuju untuk mendapatkan servis anda sebagai Personal Shopper, berikan info berkaitan tempoh masa pembayaran dan nombor akaun bank. Pastikan anda dapatkan bayaran sebelum travel dan membeli-belah.

Pastikan juga anda merekodkan semua bayaran dan baki bayaran. Catat semua informasi yang berlaku supaya tidak timbul sebarang masalah besar pada kemudian hari. Jadikan ia bukti urusan dan juga rujukan.

Caranya, anda boleh buat kerja ni secara printscreen atau catatkan dalam lejar atau buku nota khas.

6. Kat Mana Nak Beli Barang Pelanggan Pesan?

Langkah Untuk Bermula Sebagai Personal Shopper
Anda dah tahu barang nak beli, dah dapat bayaran daripada pelanggan, jadi langkah seterusnya ialah memastikan kat mana anda nak beli barangan atau produk yang pelanggan pesan. Jadi, sebelum anda pergi ke negara yang nak dituju, pastikan anda tahu dahulu lokasi atau tempat untuk mendapatkandan membeli barangan yang pelanggan telah pesan

Sekali lagi, buatlah research dan tandakan - dapatkan lokasi tempat barangan atau kedai. Ini akan bantu anda uruskan proses pembelian dengan lancar. Masa adalah penting. Ada Personal Shopper yang tak dapat nak tunaikan pesanan kerana perkara ini.


Oh ya, lagi satu perkara penting untuk mendapatkan barangan dan produk dipesan ialah ambil tahu mengenai masa perniagaan kedai yang anda nak pergi. Buat perancangan masa sebaik mungkin.

Kenapa kena buat macam tu? Sebab ada negara yang mempunyai masa perniagaan yang singkat, seperti Australia. Masa perniagaan mereka bermula dari 8 pagi hingga 5 petang saja.

7. Belajar Pembungkusan Efektif

Tips Untuk Bermula Sebagai Personal Shopper
Banyak syarikat penerbangan yang membenarkan had maksimum 2 beg saja untuk dibawa ke dalam ruangan kabin, dan 2 beg dalam ruangan kargo pesawat.

Bermakna, anda wajib mengetahui cara menggunakan ruang terhad dalam setiap beg. Ini 100% bergantung kepada kebolehan dan kreativiti anda menggunakan ruang yang ada.

Untuk barangan jenis fragile (mudah pecah, seperti material kaca dan sebagainya), balut dulu barangan dengan kain atau kertas supaya tidak mudah pecah di dalam beg. Beli sticker 'fragile' dan tampal pada beg!

Tips Untuk Bermula Sebagai Personal Shopper
Kalau pecah, mahu menangis tak berlagu anda nanti. Satu hal pulak nak ganti barang pelanggan dan pastinya akan berhadapan dengan kecaman dan pelbagai macam karenah. Elakkan ya. Belajar cara pembungkusan ini.

Soal berat barang, tak perlu risau dah jika pada awal-awal anda dah masukkan dalam harga servis anda sediakan.


Okeh?

Sekarang anda dah tahu serba sebanyak perkara atau tips untuk menjadi seorang Personal Shopper. Buat kaki travel dan kaki shopping, ini peluang baik nak buat duit tepi.

Andai serius, anda boleh jadikan Personal Shopper sebagai kerjaya sambilan yang lumayan, kerana memang ada bukti ia boleh menjana pendapatan sampingan hingga ribuan ringgit.

Apatah lagi, sekarang dah ada cara anda nak jadi seorang Personal Shopper yang tak perlu lagi untuk ke luar negara, janji anda tahu kehendak pelanggan dan tahu tempat nak membelinya. Tak percaya? Boleh lihat kat dalam web ini - Jadi Personal Shopper - Borong Produk Jepun Secara Online!

Semoga bermanfaat dan in Sha Allah, dapat bantu anda menjana income lebih.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement