Saya sendiri ternanti-nantikan jualan 9.9 Big Discovery Sale ini. Saya dapat rasakan ada banyak produk bakal menerima potongan dan diskaun harga yang kaw-kaw. Katanya, ada deals serendah RM0.99. Barang lebih murah dari kedai Eco? ..huhuhu.
Lazada 9.9 Big Discovery Sale
Saya dan wife memang kaki shopping online ni. Malah, anak-anak saya pun pernah beli-belah secara online di Lazada. Lazada Malaysia memang ada banyak produk dan barang menarik untuk dibeli, apatah lagi bila harga dijual adalah jauh lebih murah dengan apa yang dijual di kedai.Saya kerap kali 'diperdaya' dengan pelbagai tawaran dari Lazada ni. Bukan sekali dua dah ... huhu... kalau ikutkan dah beratus ringgit, mau sampai ribuan ringgit kot saya dan wife dah berbelanja di Lazada ni.
Selalunya kami akan beli-belah time kempen promosi macam 9.9 Big Discovery Sale ni la.
Cara Dapatkan Lebih Banyak Penjimatan Shopping Lazada
Nak dapatkan lebih diskaun dengan bershopping sempena Lazada 9.9 Big Discovery Sale ini tak?Caranya mudah sahaja.
1. Pergi ke bahagian baucer. Select semua baucer diskaun yang ada, atau claim. Jangan fikir-fikir anda nak beli atau tidak, terus masukkan baucer tersebut dalam akaun anda. Kerana apa? Sebab ada kod baucer tu dikeluarkan secara terhad, ada limit. Jadi, chup dulu siap-siap.
2. Browse produk dan barangan yang anda nak beli. Masukkan ke dalam shopping-cart anda. Cari produk dari seller yang dipercayai. Jangan lihat dulu pasal harga, tetapi lihat pada review baik yang diterima oleh seller tersebut.
3. Tunggu tarikh kempen Lazada bermula. Macam Lazada 9.9 Big Discovery Sale ini, tunggu tarikh 9.9 tu baru anda beli sebetulnya. Pada ketika itu, sila gunakan baucer yang telah anda peroleh sebelum ini.
4. Bila nak bayar, gunakan Lazada Wallet. Anda top-up siap-siap sebelum tarikh kempen bermula. Cara ini juga dapat bantu anda untuk tidak over-spending. Kadang kita tak sedar dalam shopping-cart tu dah ada banyak produk, sehinggakan ia lebih daripada bajet perbelanjaan kita. Jadi, top-up siap-siap Lazada Wallet khas untuk kempen shopping tersebut.
5. Kadang bila bayar gunakan Lazada Wallet ini, anda boleh dapatkan diskaun tambahan selain Cash-Back. Jadi, anda boleh shopping dengan penjimatan berganda. Jangan risau, Lazada Wallet selamat.
Harap sedikit tips berkaitan cara nak dapatkan lebih diskaun sempena sesuatu kempen dan promosi shopping online ni dapat bolehkan anda jimat lebih banyak duit. Ada duit lebih, maka dapatlah peruntukan tambahan untuk simpanan atau pelaburan.
Sempena Lazada 9.9 Big Discovery Sale ini, terus je ke laman web Lazada Malaysia, ikuti tips yang saya berikan tadi, dan rasai penjimatan hebat bila tarikh kempen tu tiba.
Sekali lagi, jangan over-budget ya. Nak shopping ... kena kawallah sikit cara berbelanja. Jadilah pengguna yang bijak.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.