Tapi itulah, cadar ni kalau dah bertahun tak berganti-ganti, lama-kelamaan ia akan jadi pudar dan reput. Itulah yang berlaku kepada cadar anak saya. Habis terkoyak sana sini.
Beli Cadar Asrama Online di Shopee
Cadar sekolah ada dijual di koperasi sekolah. Cuma masalahnya ialah, biasanya cadar sekolah selalu tiada stok. Dan kalau buat tempahan pun, ia ambil masa sangat lama. Serius lama.Sebab itulah, saya ambil keputusan untuk beli cadar asrama anak saya di Shopee.
Masa awal mencari cadar asrama sekolah anak saya di Shopee, memang susah sikitlah sebab nak matching dengan warna rasmi cadar asrama. Perlu teliti dan lihat 'nama' warna yang disertakan dalam kedai online Shopee tu.
Nasib baik ada banyak review bergambar disertakan oleh pembeli-pembeli sebelumnya, jadi bolehlah saya lihat warna sebenar selain mengetahui mengenai kualiti kain cadar yang dijual.
Pilihan memang banyak. Ada ramai seller di Shopee yang jual cadar sebegini. Harga pula berbeza-beza. Ada yang murah, ada yang sederhana, ada yang harganya agak mahal dari cadar yang dijual di koperasi sekolah.
Saya cari cadar dengan warna maroon. Warna maroon adalah warna cadar asrama sekolah anak saya. Banyak gak sekolah berasrama yang menggunakan cadar warna ni, itu sebab dalam Shopee, kebanyakkan seller akan letak nama produk "cadar asrama". Jadi agak mudah dalam membuat carian di Shopee.
Maroon warna standard kot untuk cadar yang digunakan di asrama kat Malaysia ni ... huhu, selain warna putih, biru, merah, kuning cair ... ehh macam warna Jalur Gemilang lah pulak .. kan?
Bila dah ramai seller yang jual, maka harga pun memang berpatutanlah.
Saya cari cadar asrama dari seller yang dapat review yang baik dari pembeli. Saya cari cadar jenis fitted, agar senang sikit anak saya nak mengemas tilam dan katil. Biasalah, peraturan asrama kena dipatuhi, cadar tilam/katil kena sentiasa nampak kemas dan tegang.
Alhamdulillah, harga memang murah sesuai dengan kualiti ditawarkan.
Cadar yang dibeli dari Shopee tiba dalam jangkaan tempoh ditetapkan. Saya agak puas hati dengan kualiti cadar asrama, warna pun memang sama dengan warna cadar rasmi sekolah. Jadi, tak timbul isu nanti.
Tak sanggup nak tengok anak saya pakai cadar yang dah lusuh warna dan koyak sana sini.
Jika anda ada masalah macam ni, cubalah cari di Shopee, ada banyak pilihan cadar asrama yang boleh dibeli.
Nak suruh anak beli di koperasi sekolah ... uhh ... memang makan tahun la jawabnya, lagi-lagi kalau anak tu anak lelaki, bukan kesah sangat pasal cadar katil yang dah lusuh dan koyak rabak ...huhu.
Saya baru juga beli cadar untuk pakai dirumah Tuan. Kualiti dia bagus, tebal dan tak panas, tapi kawan Saya beli, dia dapat yang nipis dan color agak pudar.
BalasPadamMaka kena pandailah beli dan tengok vote pembeli kann..
Saya suka shopping online. Terima kasih banyak2 kerna mengeyorkan beli kat online dgn syarat mesti tengok review.
BalasPadamBeli cadar sangat bagus, sangat murah sesuai dengan kualiti ditawarkan
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.