Jika dulu orang kenal Mudah.my, Lelong.my dan juga laman web Amazon ... sekarang dah ada Lazada, Shopee, YouBeli, EzBuy, Alibaba, Fave dan banyak lagi. Ia bukan setakat tempat untuk membeli-belah, tetapi juga tempat untuk mengaut keuntungan yang luarbiasa.
Sejadah Gebu Untuk Kegunaan Emak
Macam-macam produk boleh dibeli secara online sekarang ni. Pernah dengar atau tahu mengenai orang jual Al-Quran digital tak? Uhh ia antara produk terhangat dan hot satu ketika dahulu sehingga ianya turut dijual di pasar malam, setelah produk ini meletup di platform online.Produk macam ni memang ada permintaan. Lagipun, penggunanya yang terdiri dari umat Islam adalah pengguna terbesar di dunia!
Sama macam sejadah.
Dulu Nak Beli Sejadah Cantik Gebu, Kena Pergi Luar Negara
Kalau shopping online produk sejadah ni, ada pelbagai jenis sejadah orang jual di internet. Ada sejadah Turki, sejadah kecil, sejadah travel, sejadah Madinah dan macam-macam lagilah.Dan sekarang, yang tengah viral dan mendapat permintaan yang agak tinggi dari pengguna dan pembeli dari kalangan Muslim ialah sejadah gebu.
Sejadah gebu ni biasanya digunakan untuk menjadi sejadah tok imam di masjid. Agak mahal harganya. Ianya lebih tebal daripada sejadah biasa. Biasanya orang akan beli sejadah gebu ni di luar negara seperti di negara Arab atau Turki yang memang terkenal dengan sejadah cantik dan gebu.
Sejadah Gebu Harga Mudah Beli di Shopee
Sejadah gebu ini juga terkenal di negara seperti Iran, Pakistan dan juga India. Di sana memang ada kilang mengeluarkan sejadah gebu yang asalnya adalah dari karpet berkualiti tinggi ni.Sekarang ni, dah boleh beli sejadah gebu ni secara online. Ada banyak platform online untuk mendapatkan sejadah gebu ni. Harganya juga tidaklah semahal sejadah gebu yang dijual di luar negara macam India, Pakistan atau Turki tu.
Baru-baru ni saya beli sehelai sejadah gebu menerusi Shopee.
Ia merupakan hadiah untuk emak saya yang selalu rasa lenguh-lenguh dan sakit lutut. Dengan adanya sejadah gebu ni, dapatlah berikan keselesaan untuk menunaikan sholat, terutama ketika sujud.
[Dah Baca?] Rahsia Peniaga Shopee Kekalkan Jualan Untung Besar
Sejadah tidaklah secantik sejadah gebu yang digunakan para tok imam atau di masjid besar tu. Hiasan pada sejadah gebu lebih plain dan hanya dalam satu warna - memang kenalah dengan harganya yang agak murah, dijual di Shopee.
Nak yang lebih cantik ... kena cari kat kedai karpet Pakistan lah .. huhu. Tak pun, kalau berkesempatan, boleh beli di Turki atau kat Pakistan. Kat sana memang banyak sejadah yang tebal-tebal yang lebih cantik dan menarik.
Sejadah gebu memang sesuai digunakan oleh warga emas. Yelah, warga emas ni selalu sakit-sakit lutut... kalau ada sejadah gebu gebas macam ni .. tak terasalah sangat kesakitan tu terutama ketika nak sujud.
Kalau anda nak cari sejadah gebu ni, boleh try cari kat Shopee ... cubalah cari seller Muslim dalam tu ya. Cara nak tahu seller Muslim ke tak ... gunakan fungsi chat .. dan berikan salam .. "Assalammualaikum" .. :)
Baru tau sejadah pon ada jual dlm shoppe ni. .. Mudah la ni. .
BalasPadamYa....ni buatan BUKAN dari NEGARA CHINA ni ..
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.