Siapa sini suka ambil gambar guna smartphone? Tentu dah ada beratus dan beribu-ribu gambar yang dah anda ambil atau tangkap guna smartphone kan? Mana anda simpan? Masih lagi terperok dalam smartphone atau dalam memori kad?

Apakata ... dari anda biarkan ia 'mereput' dalam smartphone atau SD card anda, baik anda upload di Photobook dan create satu album gambar seterusnya cetak untuk simpanan.

Cetak Gambar Kenangan Keluarga Menerusi Photobook

Dari Simpan Kenangan Dalam Phone Baik Cetak Guna Photobook
Isteri saya memang aktif ambil gambar menggunakan smartphone Oppo dia, hampir ke mana sahaja isteri saya pergi, samada bertemu rakan sekolah lama, pergi berkursus atau bercuti bersama kami sekeluarga, isteri saya memang rajin bergambar.

Saya boleh katakan kebanyakkan gambar keluarga yang ada, ko-ordinatornya adalah isteri saya. Kalau isteri saya tak suruh atau minta bergambar, memang susahlah nak bergambar satu famili atau adik-beradik.


Walaupun isteri saya tak berapa pakar sangat soal teknik mengambil gambar, tetapi passion dia untuk merakam saat indah, bahagia mahupun kesedihan .. membuatkan setiap gambar yang diambil tu ada cerita dan kisah di sebaliknya. Bila ditatap, mesti ada benda yang boleh diceritakan.

Bila dah banyak kali mengambil gambar, lama-lama skil itu bertambah baik. Apatah lagi dengan bantuan smartphone macam Oppo, gambar yang dihasilkan juga dah tak macam awal-awal belajar ambil gambar. :)

Tak susah pun nak cetak gambar yang dah diambil menerusi smartphone ni.



Apatah lagi, bila adanya Photobook. Samada anda terus ke laman web Photobook atau menerusi aplikasi percuma Photobook di smartphone, anda boleh pindahkan gambar dengan mudah dan kemudian terus mencetaknya ...

Boleh dijadikan album gambar hard cover, soft cover, calendar, gambar pada mug dan macam-macam lagi.

Ni antara album gambar yang isteri saya dah cetak menggunakan laman web Photobook .. banyak kan?

Dari Simpan Kenangan Dalam Phone Baik Cetak Guna Photobook
Ada banyak template boleh dipilih. Anda cuma susun sahaja gambar yang dah diupload dan kemudian buat tempahan untuk dicetak menerusi Photobook.

Harga pula tak adalah mahal sangat, malah kalau ikutkan jauh lebih murah kalau anda melakukannya di keda-kedai gambar. Kualiti pula sama sahaja, malah anda boleh dapatkan kualiti yang lebih baik untuk gambar dari smartphone anda.

Dari Simpan Kenangan Dalam Phone Baik Cetak Guna Photobook
Jangan simpan gambar tu dalam smartphone, baik jadikan album gambar yang mudah ditatap. Anda bukan sahaja bagi akses mudah kat ahli keluarga lain melihat segala peristiwa indah lalu, tetapi ia sebenarnya membantu dalam menguatkan ingatan anda pada peristiwa-peristiwa penting dalam hidup.

Jika dok terperap dalam smartphone anda, bagaimana orang lain nak ingat kisah pahit manis bersama anda - terutama sekali ahli keluarga yang lain?

Photobook promo

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu.. mama ni dah 2 kali kes storage rosak.. abis gambar ilang huhu sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan .. sbb pernah jadi la yng wife dok gigih buat photobook ni.

      Delete
  2. Banyak kali dah print gambar2 jadikan photobook. Ingat nak print lagi nanti. Kena pilih2 gambar dulu.

    Gambar simpan dalam cloud storage buat sementara. Kalau simpan dalam phone atau SD card, tak cukup ruang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wife aku tak reti simpan kat cloud ni, dah tunjukk Google Cloud pun .. blur lagi .. hehee.. Tapi dah tahu camner nak dapatkan gambar dari phone aku kat Google tu

      Delete
  3. Suka juga buat photobook.. Adik sampai ambil tempahan. Ada juga yang berminat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. isteri saya memang dah mula buat duit dengan Photobook ni. Ala macam sekolah2 dulu la.... siapa yang ada kamera, leh jual gambar kat kawan2

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement