Yang bestnya ialah, t-shirt dan mug yang saya pesan tu, selepas siap design sendiri .. hanya ambil masa sehari sahaja untuk sampai ke depan rumah saya. Perghh tak sangka sungguh walhal saya buat pesanan tu waktu cuti - hari ahad!
Baju Design Sendiri, Cetak di Printcious Siap 24 Jam!
Saya memang terkejut. Biasanya benda yang print begini akan ambil masa paling tidak pun seminggu gitu. Tetapi dengan Printcious, tempahan baju t-shirt saya tu siap dalam tempoh 24 jam sahaja.Apabila sampai sahaja, saya memang cukup puas hati.
Isteri saya pun turut sama suka dengan t-shirt khas yang saya 'sediakan' untuk dia.
Bukan senang nak ada t-shirt yang custom made yang siap cepat sepertimana yang Printcious buat. Saya suka dengan pilihan template design yang dah ada dalam laman web Printcious tu. Nak siapkan design sendiri untuk t-shirt pun tak susah mana.
Dengan sedikit kreatif, boleh buat sehelai t-shirt yang tak ada dijual di tempat lain. Memang ekskluif la.
Jika nak buat hari keluarga, boleh gunakan khidmat dan servis Printcious ni untuk cetak cenderahati yang custom made seperti buku nota, mug ... tak pun, buat je t-shirt macam saya buat ... sempoi tu.
Trylah. Jika tak pernah buat lagi atau cetak apa-apa guna Printcious, boleh try sekarang sebab Printcious ni ada baucer diskaun khas untuk pelanggan pertama kali untuk tempahan pertama.
Jika nak, terus ke link berikut - Cetak Cenderahati Design Sendiri
Jangan risau pasal kualiti, sebab di Printcious .. mereka gunakan kain t-shirt yang memang berkualiti, malah anda boleh pilih jenis kain yang anda inginkan ... terpulang.
[Dah Baca?] Peluang Buat Bisnes Printing Sendiri - Belajar Guna DVD
Harga pula, saya fikir ia memang berbaloi memandangkan anda mencetak t-shirt design sendiri yang memang takkan dapat kat tempat lain dah. Mana nak cari t-shirt yang ada nama anda, nama famili, nama kompeni, nama anak, nama blog .. nama bisnes anda.
Guna je servis cepat dan berkualiti dari Printcious ni .. dah, gi usyar dulu di Printcious.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.