Saya perasan benda ni apabila saya meneliti setiap alamat seller yang hantar produk mereka ke depan rumah saya. Dan baru ni, saya terperasan .. ada seller tu adalah peniaga yang berniaga di GM Klang.
Seller GM Klang Pun Menjual di Shopee
Ya, tak salah lagi. Memang ada peniaga yang berniaga di GM Klang menggunakan platform Shopee untuk berjual-beli secara online. Mereka nampak kekuatan platform Shopee ini untuk meningkatkan jualan serta keuntungan.Itulah sebab saya selalu ajak mereka yang nak mula berniaga online untuk memulakan bisnes online di Shopee. Shopee ni ada banyak tools marketing percuma yang boleh digunakan. Malah, boleh apply untuk servis penghantaran percuma disediakan oleh Poslaju.
Berniaga dan berjual-beli di Shopee adalah selamat. Malah, ia bukan sekadar selamat untuk orang ramai membeli-belah, tetapi juga sangat selamat untuk kita berniaga secara online. Sistem Shopee yang unik melindungi samada penjual dan pembeli daripada penipu-penipu yang memang berkeliaran macam lipas di internet.
Apa saya beli ehh?
Saya beli lapik kaki untuk diletakkan di ruangan dapur. Bahagian lantai dapur kadangkala licin disebabkan oleh percikan minyak dan juga air dari sinki.
Adanya lapik ni, ia akan serap tumpahan minyak dan air tu .. jadi, tak adalah sesiapa yang berada di dapur terdedah dengan bahaya terjatuh disebabkan lantai licin.
Lagipun, ia juga dapat menyerikan ruang dapur dengan adanya karpet lapik kaki bercorak dan berwarna seri... huhu.
Tips Shopping di Shopee
Pun begitu, ada seller yang menjual lapik kaki dapur yang agak nipis dan kurang berkualiti. Jadi, kena perhatikan deskripsi produk dengan teliti dan pastikan ia lapik kaki dengan ketebalan yang sesuai.Tengok pada harga.
Seperti kebiasaan, apabila benda tu dijual murah, mesti ada 'kekurangan' di mana-mana. Lapik kaki harga murah tu mungkin kerana ianya nipis, ianya bersaiz kecil atau materialnya yang kurang bermutu (mudah koyak/warna pudar).
Sekali lagi....
Jika nak membeli di Shopee, perlu lihat review oleh pelanggan sebelum ini. Kalau tak ada, lihat pada jumlah pembelian pada produk tersebut. Jika produk masih baharu, lihat pula pada review produk-produk lain yang dijual oleh seller tersebut.
Saya pernah kena tipu oleh kononnya seller di Shopee tau .. huhu .. hangus RM500 disebabkan nak beli Smart TV ...
Cerita tu saya akan kongsikan di post akan datang .. jadi, pastikan anda ikuti blog ini dari semasa ke semasa ya. :)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.