Sewa penginapan di Kuala Lumpur serendah RM100!. Ini tentunya satu berita gembira untuk mereka yang mencari kediaman di ibukota, khasnya untuk golongan bujang. Ramai yang dah sedia maklum yang harga sewa rumah di ibukota seperti Kuala Lumpur memang mahal, malah ada yang mencecah ribuan ringgit.

Pihak DBKL baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pendaftaran untuk permohonan bagi sewaan kediaman untuk golongan bujan di Kuala Lumpur telah dibuka dengan kadar sewa serendah RM100 sebulan. Pendaftaran untuk menyewa kediaman ini telah dibuka sejak 20 Ogos 2019.

Sewa Rumah Kediaman di Kuala Lumpur Serendah RM100 Untuk Golongan Bujang

Sewa Rumah Kediaman di Kuala Lumpur Serendah RM100
Kemudahan ini disediakan kepada golongan bujang bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota untuk menyewa sebuah kediaman yang berkonsep Micro Housing dengan sewa serendah RM100 sebulan.

Sewaan ini disediakan menerusi perkhidmatan Perumahan Bandar atau 'Micro Housing' yang disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL).

Pun begitu, permohonan bergantung kepada syarat dan terma ditetapkan oleh pihak DBKL.

Kediaman dengan sewa serendah RM100 ini adalah sebagai tempat tinggal sementara sehingga penyewa mampu mendapatkan kediaman yang lebih selesa.


Untuk makluman, kediaman sewaan RM 100 disediakan oleh DBKL ini berkonsepkan 'capsule hotel'. Fasa pertama untuk projek ini melibatkan sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Info Berkaitan Rumah Sewa Bujang RM100

Sewa Rumah Kediaman di Kuala Lumpur Serendah RM100
Bangunan ini telah diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik. Dua blok bangunan itu boleh menampung sehingga 200 penghuni dalam satu-satu masa atau tempoh.

Bangunan kediaman setinggi tujuh tingkat ini mengandungi empat hingga lima unit ruang ‘shared space’ berkeluasan tujuh meter persegi setiap unit yang mengandungi tiga hingga enam katil berserta almari.  

Penyewa boleh menambah apa-apa keperluan yang dibenarkan seperti meja, kerusi atau rak kecil dalam ruang mereka dan antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar ini adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas.

Malah ia juag menempatkan ruang bagi penyewa orang kurang upaya (OKU) di tingkat bawah bagi memudahkan pergerakan mereka.

Berikut adalah butiran mengenai kediaman tersebut:

  • Kategori sewaan bilik adalah mengikut bilangan katil yang disediakan di setiap bilik mengikut tingkat di dalam bangunan tersebut, iaitu:
    • 1 bilik (4 katil)
    • 1 bilik (6 katil)

  • Tempoh penyewaan adalah
    • 12 bulan (minimum)
    • 18 bulan (maksimum) 

Syarat Penyewaan

Sewa Rumah Kediaman di Kuala Lumpur Serendah RM100
Berikut pula adalah syarat penyewaan:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Bersatus Bujang (Belum berkahwin)
  3. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  4. Pendapatan tidak melebihi RM 2,000 sebulan (mengikut kadar bantuan BSH 2019)
  5. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada mereka yang bekerja dalam lingkungan 5 km radius dari perumahan bandar)
  6. Tidak memiliki rumah
  7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi 25 km radius dari perumahan bandar
  8. Tidak mempunyai kereta
  9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (pelajar tidak layak)

Pendaftaran permohonan telah dibuka sejak 20 Ogos lalu dilaman sesawang http://eperumahan.dbkl.gov.my.



Maklumat lanjut di laman rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau layari http://www.dbkl.gov.my

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alhamdulillah, inisiatif yg sangat bagus ni

    BalasPadam
  2. teringin nak apply benda2 macam ni ...

    BalasPadam
  3. Satu usaha yang baik dari kerajaan khususnya untuk golongan muda yang kurang berkemampuan. Diharap kemudahan ini tidak dimanipulasi untuk keuntungan peribadi kelompok tertentu dan harus diselia sebaiknya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement