Trend berniaga secara atas talian atau online semakin berkembang dengan sangat baik. Ramai yang dah celik internet sehingga mampu mewujudkan kedai online sendiri. Ada yang bermula dengan blog, ada yang bermula dengan facebook, ada juga yang bermula berniaga online di Instagram.

Ramai juga yang telah mewujudkan laman web niaga sendiri yang nampak lebih pro. Ada pula yang ambil kesempatan dengan bina kedai online sendiri di Lazada dan juga Shopee. Semua orang telah nampak potensi besar dalam perniagaan online ni.

5 Tips Memulakan Perniagaan Sendiri Menerusi Internet

Tips Memulakan Perniagaan Online - Jual Menerusi Internet
Internet adalah dunia bisnes online tanpa sempadan. Buat anda yang ingin memulakan perniagaan online, mulakan segera dan saya harap anda tidak bertangguh lama sebelum segala perancangan hanya menjadi sekadar angan-angan. Rebut peluang besar ini untuk menambah pendapatan keluarga anda.

Perniagaan online juga adalah salah satu cara untuk bekerja dari rumah. Sejak dulu lagi, berniaga di internet adalah lubuk buat duit paling sempoi untuk para surirumah, pelajar, pesara dan mereka yang nak menambah income yang ada.

Khusus buat anda yang berhasrat memulakan perniagaan online, saya kongsikan untuk anda antara 5 tips sebelum menjalankan perniagaan jual barang, produk atau servis secara serius menerusi internet.


Untuk pengetahuan anda, tips ini meskipun dilihat mudah untuk dilakukan tapi ianya amat penting sebagai langkah permulaan untuk berniaga secara online.

Berikut adalah tips yang anda boleh amalkan sebelum memulakan sebarang perniagaan, termasuklah bisnes online. Antaranya adalah:

1. Mulakan Bisnes Dengan Modal Yang Rendah

Tips memulakan bisnes
Tips paling simple dan penting. Anda tak perlu terburu-buru dalam membina perniagaan anda. Mulakan apa jua perniagaan anda dengan modal yang rendah.

Mengapakah modal rendah lebih bersesuaian dengan anda?

Hal ini bagi mengelakkan daripada menanggung kerugian yang besar sekiranya perniagaan anda tidak menjadi.

Antara cara untuk memulakan perniagaan dengan modal yang rendah adalah dengan berniaga secara dropship. Menerusi cara berniaga ini, anda berpeluang untuk mengurangkan risiko dengan menjadi dropshipper sesuatu barangan terlebih dahulu sebelum mendapat keyakinan untuk memulakan perniagaan sendiri.

2. Mengkaji Pelanggan

Salah satu perkara paling penting sebelum memulakan perniagaan adalah mengkaji pelanggan. Anda mungkin tidak mempunyai masalah dalam bahagian modal namun percayakah anda jika anda teliti dalam fasa ini kecenderungan bisnes anda untuk rugi adalah tinggi.

Malah jangan terkejut jika saya katakan bisnes ternama juga mampu rugi kerana tersilap langkah dalam fasa ini.


Nak belajar mengenai cara nak mengkaji pelanggan tak? Anda boleh gunakan panduan ini - Persona Pelanggan

3. Mendapatkan Barangan Jualan

Cara dapatkan barang nak jual
Selesai sahaja anda mengetahui berapakah jumlah kos yang anda perlu peruntukan serta mengkaji potensi pelanggan tibalah masanya untuk anda mendapatkan barangan jualan. Anda perlu mendapatkan produk samada menerusi pemborong atau paling baik terus dapatkan dari kilang.

Salah satu cara paling menguntungkan bagi mendapatkan barang jualan ialah dengan memborong barang dari negara seperti Vietnam dan China. Anda juga boleh dapatkan barang berkualiti terbaik dan rare di Jepun. Semuanya boleh dibuat secara online sahaja sekarang, tak perlu nak keluar duit lebih nak tempah tiket kapal terbang atau guna orang tengah.


Namun, sekiranya anda memulakan perniagaan jenis dropship mungkin anda boleh langkau langkah ini. Tetapi jika anda berniaga melibatkan makanan contohnya, anda haruslah mendapatkan barangan terlebih dahulu, dan kena pastikan barangan makanan anda nak jual itu tidak luput tarikh dan masih segar dan elok.

4. Menjalankan Aktiviti Pemasaran

Pemasaran sebagai langkah awal berniaga secara online
Langkah keempat yang anda perlu buat adalah pemasaran. Pemasaran merupakan aktiviti di mana anda menghebahkan perniagaan anda kepada orang ramai. Sebagai permulaan mungkin anda boleh hebahkan perniagaan di media sosial peribadi anda terlebih dahulu.

Mengapa media sosial peribadi? Kerana ianya percuma dan boleh memastikan kos permulaan perniagaan online anda berada pada tahap minima.

Anda juga boleh gunakan khidmat blogger seperti saya untuk hebahkan produk dan bisnes online anda. Teknik pemasaran menggunakan khidmat blogger sangat bagus jika anda merancang untuk jangkamasa panjang terutama untuk perniagaan yang dilakukan atas talian.

5. Mendaftar Perniagaan Anda Di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Daftar perniagaan secara online
Sudah menjadi kewajipan setiap individu yang menjalankan perniagaan untuk mendaftar perniagaan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Salah satu sebab utama saya meletakkan langkah ini sebagai langkah terakhir adalah membolehkan anda berpeluang menjalankan perniagaan anda terlebih dahulu.

Jika nak berniaga secara online, pastikan anda berniaga menurut undang-undang selain memberikan keyakinan kepada bakal pembeli bahawa anda bukanlah peniaga on-off. Anda mesti dapatkan kepercayaan bakal pelanggan anda.

Yelah, sekarang ni memang banyak scammers di internet, malah di platform laman web shopping online seperti Lazada dan juga Shopee pun ada ramai scammers yang cuba nak memperdaya ... apatah lagi di platform online lain seperti di media sosial.

Sabar dan Konsisten

Kesabaran Tips Memulakan Perniagaan Online
Perniagaan adalah punca rezeki yang tidak terhad. Dengan adanya teknologi internet, anda boleh jual apa sahaja barang, produk atau servis secara online sehingga ke luar negara. Namun, anda perlu lakukan mengikut cara serta kaedah yang betul.


Dapatkan tips dan panduan berniaga online daripada mereka yang dah berjaya di dalam bisnes online ini. Ramai je yang dah keluarkan panduan berniaga, malah mereka wujudkan komuniti khas untuk sama-sama maju dalam bisnes ini.

Sabar. Berniaga ni nak kena sabar. Tak bolehlah nak harapkan kejayaan dan keuntungan datang sekelip mata.

Tips Memulakan Bisnes Sendiri di Internet

Para usahawan baru juga haruslah konsisten dalam menjalankan perniagaan. Buat anda yang akan menjalankan perniagaan pertama anda. Satu perkara yang anda harus pegang adalah jadikan perniagaan pertama anda sebagai batu loncatan dan medium pembelajaran anda sebelum anda mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.

Semoga anda berjaya dalam apa yang anda usahakan. Dapatkan ilmu perniagaan!

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement