Baru-baru ini, saya memang dalam bajet untuk lengkapkan keperluan di dapur. Banyak barang yang dah habis stok, macam cecair pencuci,
Borong Online Beli Produk Unilever Menerusi Shopee
Shopee. Antara laman web shopping online kegemaran saya sekarang. Ia bukan sekadar tempat yang menjual barang dengan harga yang jauh lebih murah, tetapi saya boleh dapatkan barang-barang ini tanpa perlu bayar kos penghantaran yang tinggi.Jadi, saya dapat double jimat bila bershopping online beli keperluan macam cecair pencuci, sabun cuci pinggan, plastik sampah dan macam-macam lagi.
Lagi-lagi hari tu musim jerebu melanda negara. Elok duduk di rumah dari berkeliaran dan keluar rumah. Dapat jimat belanja dan dapat elakkan dari bahaya kesan jerebu.
Saya borong produk dari Unilever. Ada beberapa produk dari syarikat ini yang saya gunakan di rumah. Jadi, bila dah kehabisan .. memang saya akan top-up produk yang sama. Jarang saya bertukar jenama melainkan ada tawaran yang lebih baik.
Ni antara barang yang saya borong secara online di Shopee tempoh hari ..
Banyak kan? Memang saya beli banyak barang sebab harganya yang jauh lebih murah daripada apa yang dijual di kedai dan pasaraya.
Vaseline ni pula saya dapat secara percuma .... yang saya biasa gunakan untuk merawat kulit kering pada wajah saya. Produk ni memang saya gunakan terutama kalau nak pergi memancing. Ia adalah produk pilihan saya sejak daripada zaman bujang belajar kat USM lagi.
Huhu .. siapa kata lelaki macam saya tak pentingkan perawatan kulit?
Shopee memang ada banyak pilihan produk yang best .. yang dijual dengan harga cukup murah. Kerana itulah, ia menjadi laman web shopping online paling popular sekarang.
Ia bukan sekadar menyediakan platform untuk beli-belah secara online, tetapi turut membuka peluang untuk menambah pendapatan dengan membuka kedai online percuma menerusi platform Shopee Seller Center.
Jika nak belajar cara nak menjual produk di Shopee, boleh gunakan panduan ini - Panduan Lengkap Berniaga di Shopee
Semoga terhibur dengan perkongsian saya kali ini ya .... huhu.
belum pernah lagi beli barangan rumah online sbb pikir nanti kalau dia pos jenuh jugak nak angkut dari office ke rumah.
BalasPadamOhh kenapa tak guna alamat rumah je?
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.