Dulu, saya suka minum kopi segera tiga dalam satu, tetapi setelah masalah diabetes saya nampaknya makin teruk, saya dah kurangkan sehingga hampir tidak lagi meminum kopi segera 3inOne ini. Bahaya weiihh kalau selalu minum minuman pek segera macam ni.
Cara Elakkan Gigi Berkarat Akibat Minum Kopi
Kalau anda masih sihat, saya memang syorkan kurang-kurangkan mengambil minuman kopi segera 3 dalam satu. Jika anda peminat kopi tegar, baik minum kopi yang bukan jenis segera .. buat sendiri dari serbuk kopi segar atau gunakan kopi uncang yang banyak ada di pasaran sekarang.Buat peminat kopi, mereka akan biasanya rasa resah gelisah kalau dalam sehari tak menghirup minuman berkafein ini. Aroma kopi segar memang mengujakan, malah mampu memberikan kesan positif untuk memulakan aktiviti dengan lebih ceria.
Bagaimanapun, perlu diingat kekerapan meminum kopi ini boleh menyebabkan gigi anda 'berkarat' dan nampak kurang elok pada pandangan mata. Tercemar senyuman manis bila gigi nampak kesan berkarat ini kerana kopi.
Malahan, jika dijaga dengan baik atau tiada usaha dilakukan untuk menanggalkannya, ada kemungkinan memberi kesan kepada kesihatan gigi itu sendiri.
Erkk .. aha .. rasanya ramai peminat kopi tak sedar mengenai kesan kesihatan ini... betul?
Kesan pada gigi itu berlaku disebabkan oleh tanin, sejenis bahan kimia daripada kulit kayu yang terkandung dalam kopi, teh dan juga wain.
Bagaimanapun, ia tidak bermakna peminat kopi perlu berhenti daripada meminum minuman kegemaran mereka sepenuhnya. Ada cara dan tips yang boleh diikuti sebagai panduan.
Ya, memang ada cara untuk pastikan gigi tidak nampak berkarat .. huhu
1. Berus gigi
Ia adalah sesuatu yang asas, tetapi tidak bermakna setiap kali minum kopi seseorang itu perlu membersihkan gigi. Mungkin anda boleh mulakan dengan memberus gigi lebih kerap terutama sebelum tidur.Kesan kotor pada gigi akan mengakibatkan plak dan ia hanya boleh diatasi dengan memberus gigi atau kerap berjumpa doktor.
2. Guna Flos
Selain itu, anda juga perlu flos gigi dengan lebih kerap kerana memberus gigi sahaja tidak akan menanggalkan bakteria dalam mulut. Anda perlu membersihkan ruang dalaman mulut di celah-celah gigi untuk elakkan bakteria yang akan bertindak-balas dengan kimia dalam kopi yang membuatkan gigi nampak berkarat.3. Straw
Penggunaan penyedut minuman dapat mengurangkan cecair yang disedut terkena pada gigi. Jadi, ia akan mengurangkan peluang untuk kekotoran melekat pada gigi anda.Jika kebiasaannya orang ramai akan menggunakan straw untuk minuman sejuk, apa salahnya anda menyedut minuman panas menggunakannya. Ia bukan pelik, cuma di luar kebiasaan.
Tapi ingat jangan pula guna straw plastik! Tentu anda tahu kan, kempen tanpa penyedut atau menggunakan straw besi giat dijalankan untuk memelihara alam sekitar. Straw besi anda boleh beli secara online kat Lazada mahupun Shopee, harganya juga agak berpatutan.
4. Susu
Menambah susu pada kopi akan menghasilkan sesuatu yang berbeza. Kajian yang diterbitkan menerusi International Journal of Dental Hygiene mendapati kasein iaitu protein yang dimendakkan daripada susu boleh menyekat tanin dan menghalang ia daripada mengotorkan gigi anda.5. Menghirup Air Kosong
Langkah ini mudah dilakukan - setiap kali meminum kopi, apa kata diselang seli dengan meminum air kosong. Sekurang-kurangnya ia dapat membersihkan kesan tanin dan mengelak bahan itu daripada melekat pada gigi anda.[Dah Baca?] Kelebihan Penapis Air dan Penapis Udara Cuckoo
6. Gula-Gula Getah
Mengunyah gula-gula getah tanpa kandungan gula boleh membantu daripada segi bau nafas dan membersihkan gigi. Cara ini juga dapat meningkatkan kadar air liur dalam mulut dan seterusnya membersihkan plak dan asid.Artikel asal: MStar
great sharing
BalasPadamnice sharing..tak berapa sgt minum air kopi ni. jarang2,.
BalasPadammama tengh kurangkan minum kopi. mama suka kopi3-in-1 huhu
BalasPadamsaya tak berapa suka dengan kopi tapi sesekali bila terminum....huhuhu tak cukup secawan. Bagus info ni nanti nak kongsi dengan penggemar kopi kat rumah.
BalasPadamTip saya guna adalah letakkan sedikit soda bikarbonat masa memberus gigi. Nak buat macam mana ketagih juga kopi (kopi juga membantu boost metabolisme kita sewaktu workout juga)
BalasPadamGreat info, Thank you for sharing
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.