Saya dah lemau dan frustrated dengan capaian internet yang ciput. Lama saya bersabar dengan servis TM Streamyx yang kejap ok .. kejap bermasalah di tempat saya. Malah, saya pernah beberapa kali buat report dan berjaya terima rebat yang disediakan oleh TM. Tapi itulah, mana larat nak hadap dengan isu sama je ... ye tak?
Cara Mudah Nak Tingkatkan Signal Unifi Wifi Di Dalam Rumah
Capaian internet yang laju pantas dan tanpa gangguan adalah satu keperluan penting bagi saya sebagai online marketer dan juga seorang blogger sepenuh masa. Kalau capaian internet bermasalah, pastinya akan mengganggu tugasan saya.Alhamdulillah, apabila ada wakil pihak TM yang approach saya untuk upgrade ke pakej 100Mbps Turbo Unifi, saya memang berlapang dada dan tanpa fikir panjang saya terus sahaja daftar. Kurang dalam sebulan, Unifi dipasang di dalam rumah saya.
Pemasangan ambil masa dalam dua jam.
Kenapa lama? Sebabnya ialah rumah saya adalah rumah teres dua tingkat. Jadi pemasangan perlu dilakukan di bahagian atas, dan melibatkan pemasangan talian fiber optik di ruang bumbung rumah.
[Dah Baca?] Cara Tukar Password Wifi Unifi Di Rumah
Oh ya, caj tambahan juga dikenakan atas sebab tersebut. Redha je sebab saya memang dah jangka pun. Apapun, saya puas hati dengan pemasangan talian Unifi ini. Alhamdulillah. Yang penting, di rumah saya sudah ada capaian Unifi 100Mbps ... huhu.
Timbul masalah baharu.
Capaian Internet Jadi Lemah Di Kawasan Tingkat Bawah Rumah
Capaian Unifi Wifi internet di rumah saya tak semaksimum yang saya inginkan, terutama di bahagian tingkat bawah. Ia juga tak berapa stabil terutama apabila saya menggunakan wifi untuk smart Tv, terutama waktu nak buka saluran YouTube dan juga Kodi.Makanya, saya pun cari penyelesaian mudah untuk tingkatkan signal wifi Unifi ini di tingkat bawah rumah saya.
Nah. Ini caranya ...
Guna Wifi Repeater/Extender Untuk Atasi Masalah Capaian Unifi
Saya dapatkan internet atau wifi repeater. Ia adalah cara paling mudah untuk tingkatkan dan luaskan capaian wifi internet Unifi 100Mbps saya di dalam rumah.Jadi, saya carilah jenama repeater yang murah di Shopee. Alhamdulillah, saya dapat jumpa produk yang saya inginkan, dari jenama yang memang dipercayai iaitu Tenda. Saya beli di kedai Shopee Ookas.
Harga RM59.00. Harga wifi repeater Tenda ni murah sedikit dari satu lagi jenama yang saya suka iaitu TP-Link. Bajet ciput, jadi saya pilih untuk beli jenama Tenda. Walaupun harganya murah, Tenda antara jenama yang dipercayai selain daripada TP-Link dan juga D-Link.
Wifi repeater Tenda yang saya beli adalah dari model N300 yang boleh luaskan capaian wifi internet untuk kelajuan sehingga 300Mbps. Jadi memang sesuailah untuk pakej Unifi 100Mbps saya tu.
Tak susah pun nak pasang repeater ni. Hanya plug-in pada soket elektrik, walla .. it's work like a charm.
Ikuti sahaja panduan disediakan dalam kotak untuk pasang Tenda wifi repeater ni, segalanya automatik ... tak perlu pun pengetahuan teknikal nak pasang wifi repeater ni. :)
Selepas pasang, alhamdulillah ... capaian wifi di tingkat bawah rumah saya sangat baik. Saluran Youtube pun lancar, nak cari movie best kat Kodi pun mudah dan kurang masalah nak tonton secara online dan juga streaming.
Oh ya, repeater ni sama je dengan wifi extender tu. Mana-mana pun boleh digunakan untuk tingkatkan capaian wifi Unifi di rumah. Boleh juga gunakan wifi booster.
[Dah Baca?] Archer A6 Gigabit- Router 500MBps Terbaik Untuk Pengguna Unifi
Kalau nak wifi repeater atau wifi extender yang lagi murah .. boleh cuba jenama Mi yang turut dijual di Lazada dan juga Shopee. Anda boleh dapat dengan harga bawah RM40 seunit. Cuma pastikan anda pilih jenis yang ada dual band iaitu 2.4Ghz dan 5.0Ghz supaya capaian wifi anda akan jadi lebih lancar dan yang dapat menampung kelajuan capaian internet anda.
Boleh tonton video di bawah ini untuk penjelasan kenapa kena pilih repeater atau wifi extender dengan dual band ini .. huhu..
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.