Saya pasti ramai antara pemilik akaun atau pendeposit Tabung Haji yang teringin untuk melengkapkan rukun Islam ini. Ada yang telahpun mendaftar dan mendapat makluman tahun untuk pergi menunaikan haji, namun ia terlalu lama untuk ditunggu.

Untuk itu, saya nak kongsikan beberapa tips untuk mempercepatkan proses termasuklah cara bagi membuat rayuan pergi haji untuk tahun semasa. Tips ini sebenarnya perkongsian daripada Puan Amera Sabrena.

16 Tips Percepatkan Peluang Menunaikan Haji dan Cara Membuat Rayuan Pergi Haji

16 Tips Percepatkan Peluang Menunaikan Haji dan Cara Membuat Rayuan Pergi Haji
Perkongsian tips berkaitan permohonan dan rayuan haji ini diperoleh daripada usaha Puan Amera yang sering bertanyakan pelbagai soalan kepada pegawai Tabung Haji setiap kali beliau menambah simpanan wang ke dalam akaun Tabung Haji anaknya.

Saya harap dengan perkongsian semula di blog ini akan membantu lebih ramai lagi mendapat manfaat daripada usaha Puan Amera ini. Tips di bawah akan membolehkan anda untuk melakukan proses rayuan sebagai satu alternatif mempercepatkan peluang pergi menunaikan ibadah haji. Apa pun jua, seperti kata beliau; rezeki adalah ketentuan dari Allah S.W.T.

Tips Nak Percepatkan Permohonan Rayuan Tunai Haji, Pergi ke Tanah Suci

Tips nak cepatkan dapat tunaikan haji
Antara yang dapat beliau kongsikan adalah seperti berikut:

1. Bakal jemaah haji perlu membuka akaun Tabung Haji dengan jumlah minimum RM1,300.00 untuk layak mendaftar dan menerima tahun giliran menunaikan haji.

2. Bakal jemaah perlu membuat simpanan tetap sebanyak sekurang-kurangnya RM11,000.00 (jumlah yang perlu dibayar jemaah kepada pihak Tabung Haji bagi pakej muasassah iaitu RM 9, 980 mengikut harga semasa haji).

Kos tunaikan ibadah haji malaysia
3. Subsidi dari Kerajaan bagi setiap jemaah haji muasassah adalah RM12,920 dari jumlah sebenar yang perlu dibayar iaitu RM22,900.00 (2019). Ini adalah termasuk kos-kos pengurusan, kos pentadbiran, kos pesawat pergi balik, kos perubatan, kos makanan, kos penginapan di Makkah & Madinah selama tempoh haji iaitu 40 hari hingga 59 hari.

[Dah Baca?] Cara Semak Pendaftaran Haji Secara Online

4. Bagi jemaah sudah menunaikan ibadah haji pada tahun 2010 hingga tahun ini, jemaah perlu menunggu hingga 5 tahun Hijrah untuk membuat permohonan semula bagi menunaikan ibadah haji kedua pada kadar harga RM22,900.00 + RM2,000 (mengikut harga pakej muasassah semasa). TIADA subsidi diberikan kepada haji kedua.

5. Jika jumlah simpanan jemaah sudah mencukupi (saya cadangkan supaya simpanan melebihi RM15,000 termasuk perbelanjaan peribadi sepanjang ibadah haji), jemaah boleh menghantar rayuan kepada pihak Tabung Haji di mana-mana kaunter TH di negeri masing-masing.


6. Buatlah rayuan setiap tahun tanpa berputus asa dan bertawakal pada Allah S.W.T agar dikurnia rezeki kepada kita. Jemaah yang menghantar surat permohonan rayuan akan ditapis oleh Lembaga Khas Tabung Haji, jika ada jemaah menolak tawaran haji pada tahun tersebut, pihak TH akan menimbang setiap surat permohonan rayuan yang dihantar.

7. Andai kata giliran kita menunaikan haji adalah 50 tahun akan datang, dengan usaha menghantar surat rayuan ini tidak mustahil akan dipanggil dalam tempoh lebih singkat dari giliran asal. In sha Allah.

[Dah Baca?] Tips Untuk Tunaikan Haji Dalam Usia Muda

8. Prosedur pihak TH tidak membenarkan kanak-kanak untuk melaksanakan ibadah haji, kecuali jika anak-anak sudah pun akil baligh. Bagi ibu bapa buatlah simpanan haji untuk anak-anak bermula dari sekarang, setelah cukup simpanan tetap sebagai syarat menunaikan haji boleh kemukakan rayuan kepada TH berserta surat pengesahan dari pihak doktor bahawasanya anak sudah mencapai akil baligh.

9. Kanak-kanak yang belum akil baligh ibadah hajinya belum lagi jatuh wajib, jadi sebaiknya pihak TH hanya membenarkan anak sudah akil baligh sahaja untuk turut serta bersama ibu bapa bagi melaksanakan ibadah haji.

Ibu bapa turut boleh menumpang rezeki anak yang ditawarkan untuk menunaikan haji sebagai pengiring.


10. Bagi jemaah warga emas, saya ingin cadangkan agar waris/anak-anak membuat simpanan berdaftar di TH. Usahlah biarkan ibu bapa yang sudah uzur melaksanakan ibadah haji bersendirian tanpa bantuan dari anak-anak.

11. Jemaah warga emas yang sudah uzur diberi kelonggaran untuk membawa seorang pengiring dari kalangan waris/saudara terdekat JIKA rekod perubatan menunjukkan ibu bapa perlu diuruskan oleh waris.

Surat pengesahan doktor dari klinik-klinik panel TH akan dikeluarkan untuk rujukan pihak TH. Bincang dengan pegawai perubatan berkenaan jika waris mahu ibu bapa ditemani untuk melaksanakan ibadah haji bagi kes tertentu.

12. Pengiring juga boleh mengemukakan surat rayuan kepada pihak TH untuk menemani ibu bapa ke Tanah Suci walaupun ketika itu waris TIDAK mendaftar sebagai jemaah haji.

13. Banyak kelonggaran dan pengecualian diberikan oleh pihak TH kepada semua waris yang berkemampuan bagi memastikan bakal jemaah warga emas dapat diurus dan dijaga dengan baik. Ambil peluang ini dengan berbakti kepada ibu bapa selagi hayat dikandung badan.

Tips membuat rayuan peluang tunaikan haji
Mungkin anda nak tahu, bilakah tarikh Proses Rayuan Bakal Haji?

14. Setiap tahun Hijrah: 25 Safar hingga 29 Jamadil Akhir (sila rujuk kalendar Masihi bagi setiap tahun Hijrah semasa, jika 25 Safar 1441H jatuh pada 22 November 2019). Bakal jemaah boleh mengemukakan/menghantar surat rayuan pada bulan Hijrah berkenaan sahaja.

Surat rayuan boleh mula dihantar dari tarikh 22 November 2017 (25 Safar 1441H)

Kursus Asas Haji juga dijangka bermula tidak lama lagi. Bakal jemaah diunjurkan untuk turut serta dalam kursus insentif haji bagi mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan haji walaupun baru menghantar borang rayuan. Siapa tahu rezeki menerima panggilan Agung pada tahun hadapan? In Sha Allah.

15. Surat tawaran bagi jemaah terpilih melalui proses rayuan ini biasanya akan dimaklumkan paling lewat 27 Zulkaedah, malah ada juga beberapa hari sebelum penerbangan KT akhir.

16. Format dan contoh surat rayuan boleh dapatkan di blog Daain.info atau terus ke kaunter TH. Ambil sedikit masa untuk mengunjungi TH terdekat bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut dan tepat.

Juga tertakluk kepada pindaan syarat dan kuota dari Kerajaan Arab Saudi. Jika bakal jemaah berkemampuan dan ingin mendapatkan pakej lebih selesa, terdapat beberapa pakej premium & VIP ditawarkan oleh TH Travel.

Malah, ada beberapa travel agensi swasta turut menawarkan perkhidmatan pakej haji yang berdaftar dan diluluskan oleh Tabung Haji dengan harga minimum RM35,000 hingga RM100,000 (bergantung kepada harga semasa).

[Baca] Tips Memilih Pakej Haji dan Umrah Yang Betul Elakkan Dari Terkena Tipu

Pilihan di tangan bakal jemaah. Perbezaan antara pakej muasassah dengan pakej premium/VIP?


Tentu lah perkhidmatannya setaraf dengan nilai dibayar. Setiap jemaah ada bahagian dijanjikan oleh Allah S.W.T, walaupun hanya pakej muasassah setiap perjalanan ibadah dipermudahkan Allah & begitu juga sebaliknya.

Adalah lebih baik bermula hari ini pada detik Muharam di tahun baru, kita tanamkan azam menunaikan haji pada usia muda, di saat masih diberi kudrat dan tenaga. Dan lebih baraqah lagi jika mampu berkhidmat buat ibu bapa melaksanakan ibadah haji bersama. MashaAllah!

Mari buat kira-kira daripada sekarang, agihkan simpanan utamakan rukun Islam ke-5. Berpegang pada rezeki Allah. in sha Allah!

Semoga bermanfaat.
Amera Sabrena

Dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Share pada kawan-kawan ya. Tag mereka yang dah ada kemampuan dan sangat teringin untuk pergi menunaikan haji tahun ini, namun belum tiba giliran. Mudah-mudahan, perkongsian ini akan tambahkan rezeki lebih baik buat anda, dan juga Puan Amera.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement