Kejadian kemalangan kena langgar dari belakang adalah kes pertama kali saya hadapi. Sebelum ini, pernah juga terlibat dengan kemalangan, tetapi lebih scary lagi sebab kereta saya berpusing di tengah lebuhraya. Nasib baik kereta saya ketika itu tidak dilanggar oleh mana-mana kenderaan.
Pengalaman Kereta Dilanggar Dari Belakang, Cara Nak Claim Insuran Knock-by-Knock
Kejadian yang berlaku kepada saya ini memang tak diduga langsung sebab kami berada di persimpangan untuk keluar ke jalan besar. Ketika itu, ada banyak kenderaan lain dalam barisan. Siapa sangka, kereta yang saya bawa pula menjadi mangsa langgar dari belakang daripada banyak kenderaan lain dalam barian...huhu.
Malang tidak berbau. Benda dah berlaku.
Kronologi Kejadian Dilanggar Kereta Dari Belakang
Kereta saya dilanggar oleh kereta Mazda CX6. Cantik kereta ni. Dan yang peliknya, kereta saya mengalami kerosakan yang agak terus dilanggar oleh kereta ini. Sah menunjukkan kereta Mazda CX6 ini agak kuat kerana hanya mengalami kemek yang kecil sahaja di bahagian hadapan kereta.Beza dengan kerosakan yang dialami oleh kereta saya, yang ketika dilanggar belum pun capai setahun usia pemilikan. Uhh ... roadtax pun belum sempat nak renew dah terlibat dengan kemalangan begini. Sadis betullah.
Hentaman memang agak kuat. Bergerak sedikit kereta saya ke depan bila kena langgar dari belakang. Terkejut semuanya ketika itu.
Masa tu, ada emak, anak saya dua orang dan saya.
Bila dilanggar sahaja, terus saya ketepikan kereta kerana tidak mahu wujudkan kesesakan dalam barisan menunggu keluar simpang. Sebaik sahaja kereta berada di tepi jalan, saya pun keluar.
Memang hangin la sebab saya tak buat apa-apa kesalahan pun.
Bila keluar je ...
"Boss, sorry ... ni saya salah .. boleh claim insurans ni .. claim knock-by-knock"
"Claim insurans saya ... nanti kena buat report kat balai .." kata lelaki Cina berumur dalam 60 tahun lebih.
Saya memang tak tahu pasal claim knock-by-knock ni...huhu .. maklumlah pertama kali berlaku. Nasib baiklah saya ada abang ipar yang pernah kerja dalam bidang insurans ni, dan ada adik ipar yang memang ada pengalaman handle kes kena langgar dari belakang ni.
Selepas saya bertukar nombor telefon dengan lelaki yang langgar kereta saya tu, malam tu juga saya pergi ke Balai Polis Trafik Bagan Serai untuk membuat laporan polis.
Saya sempat ambil nama jalan, rekodkan masa perlanggaran, ambil gambar keadaan kemalangan dan gambar lokasi kemalangan. Semua ini untuk memudahkan saya membuat laporan polis berkaitan kemalangan yang berlaku.
Apabila dah ada semua maklumat, nak buat laporan polis tak sesukar mana. Lagipun hanya butiran penting sahaja yang diperlukan untuk melengkapkan laporan.
Cara Nak Buat Laporan Claim Insurans Knock-by-Knock
Untuk membuat claim knock-by-knock dimana yang melanggar akan menanggung kos pembaikan, satu salinan laporan asal diperlukan dari laporan yang melanggar. Laporan ni saya perlu dapatkan daripada pejabat Balai Polis Trafik, saya cuma perlu bayar harga laporan asal sahaja, dalam kurang RM5.Laporan asal ini boleh diperoleh daripada kerani yang menguruskan laporan kemalangan. Jika anda terlibat dengan kemalangan seumpamanya, boleh bertanya kepada pejabat Balai Polis Trafik yang menangangi kes.
Tentu anda nak tahu bagaimana cara nak buat claim knock-by-knock ni kan?
Ok, simple je. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Buat laporan polis mengenai kemalangan yang berlaku. Pastikan anda ada butiran kemalangan yang berlaku seperti saya ceritakan di atas. Minta juga yang melanggar anda untuk buat laporan polis yang sama - di balai yang sama.
- Minta salinan report dibuat oleh yang melanggar, minta hantar ke phone - whatsapp sebagai rujukan.
- Telefon syarikat insurans anda, beritahu anda terlibat dengan kemalangan knock-by-knock atau telefon pusat servis kereta anda. Mereka akan minta anda sediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan anda claim insurans nanti. Mereka juga akan beritahu tempat untuk anda hantar kereta untuk penilaian penilai atau adjuster insurans.
- Hantar kereta anda untuk penilaian kerosakan, tunggu panggilan telefon daripada mereka untuk hantar kereta anda untuk diperbaiki. Anda juga akan terima makluman berapa jumlah insurans yang anda terima untuk pembaikan - selalunya menerusi insurans.
- Pembaikan akan memakan masa, jadi claim untuk dapatkan bayaran bagi ketiadaan kenderaan - sila tanya perkara ini pada syarikat insurans anda. Anda juga boleh dapatkan claim untuk introducer - dengan syarat ia bukan dari adik-beradik (mesti berlainan bin atau binti dalam nama pemilik kenderaan/insurans).
- Jangan lupa ambil gambar kerosakan, dan cross-check dengan penilaian adjuster agar semua kerosakan akibat kemalangan dapat diperbaiki dengan sempurna.
Dokumen Untuk Claim Insurans Knock-by-Knock
Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan.Daripada senarai di atas, no 5 hingga nombor 8 anda boleh dapati dari Balai Polis Cawangan Trafik - tempat di mana anda membuat laporan polis berkaitan kemalangan anda. Manakala dokumen nombor 9 biasanya akan diuruskan oleh syarikat insurans anda.
Macam kes saya, semuanya berjalan lancar kerana saya terus membuat laporan berkaitan kemalangan ke Nissan TCE AS di Taiping. Oh ya, kereta saya yang kena langgar tu adalah kereta jenama Nissan .. huhu.
Proses Claim Insurans Kenderaan Kemalangan
Jadi, proses claim insurans di Nissan ni adalah seperti ditunjukkan di bawah ini:Dalam kes saya, pembaikan kereta saya tu cuma ambil masa 7 hari bekerja. Alhamdulillah, semuanya baik dan macam baharu.
Oh ya, kalau anda nak 'ambil-kesempatan' untuk cantikkan kereta anda, bolehlah ambil nombor telefon dan lokasi pembaikan kereta anda, jadi anda boleh tambah apa-apa yang perlu macam repair calar-calar kecil, cat dan sebagainya. Tapi ini tidak termasuk dalam harga claim insurans tu. Kena tambah duit sendiri .. :)
Ok. Saya harap perkongsian pengalaman saya dilanggar ini selain informasi tambahan yang saya sertakan dapat membantu anda yang mungkin berhadapan situasi yang sama.
Jangan lupa untuk berikan LIKE atau SHARE di laman sosial ya, lebih banyak lebih bagus.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.