Saya baru-baru ini berkesempatan sekali lagi merasa makan menu yang popular di restoran atau kedai makan ini, iaitu Mee Kari Ketam. Bagi saya, ini adalah antara Mee Kari Ketam yang sedap boleh didapati di sekitar Taiping atau Changkat Jering.
Mee Kari Kuah Ketam Sedap di Taiping
Mee Kari Ketam ini dihidangkan bukan sekadar berkuah ketam sahaja, tetapi ada ketam sehingga dua ekor dalam mangkuk. Rasa kuah kari memang pekat, puas hatilah bila menikmati Mee Kari ni.Bukan setakat Mee Kari, ada menu lain turut dihidangkan. Nasi Lemak yang ada di restoran ini juga sedap.
Oh ya, lupa nak beritahu .. hehe .. saya menikmati hidangan Mee Kari Ketam ini sewaktu bersarapan ya, jadi jika awal pagi dah rasa nak makan mee berkuah macam Mee Kari, bolehlah mencubanya di kedai makan ni.
Ketam yang dihidangkan pula ikut musim ketam, kadang ia hidangkan ketam bunga, kadang ketam nipah .. jadi ikut rezeki masing-masinglah kalau nak merasa Mee Kari Ketam di sini. Namun, in Sha Allah ... rasa kuah kari nanti tidak akan mengecewakan.
Banyak lagi tempat makan sedap dan menarik sekitar Taiping ni. Kalau anda rajin berjalan, boleh jumpa tempat-tempat ni, tak pun Google je sebab semua dah ada di internet ni.
Contohnya, kalau anda nak makan Mee Udang yang sedap, bolehlah ke Kuala Sepetang.
Jika saya ke Kuala Sepetang, tempat makan yang sering saya pilih nak makan Mee Udang yang segar-segar adalah Salleh's Stall. Kedai makan ni cukup lama dah, betul-betul berada depan jeti, tempat menaikkan udang segar.
[Dah Baca?] Mee Kari Udang Besar, Cuma RM7 Semangkuk di Bagan Serai
Boleh cari tempat menarik lain, terutama tempat makan yang dah pernah saya pegi dalam blog ini ... boleh gunakan ruangan 'Search' saya sediakan tu, in Sha Allah .. anda akan jumpa.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.