Lama saya tak semak kedudukan trafik blog ini menurut metrik disediakan oleh Alexa. Rupanya dah banyak berlaku perubahan yang positif. Alhamdulillah, trafik yang semakin meningkat sejak beberapa bulan ini, telah membolehkan rank blog ini di Alexa berada pada kedudukan yang agak baik.

Alexa. Dulu ramai yang gunakan ia sebagai penanda aras untuk pencapaian blog. Ramai pemilik blog dan laman web gunakan Alexa untuk melihat kekuatan blog dari segi pemerolehan trafik. Kini, sejak servis Alexa menjadi premium, ramai yang sudah melihat Alexa tidak relevan seperti dulu.

Alexa Rank Untuk HasrulHasan.com - Oktober 2019

Alexa Rank Untuk HasrulHasan.com - Oktober 2019

Saya tergerak hati mahu melihat kedudukan ranking Alexa untuk blog ini setelah melihat jumlah trafik blog menerusi Google Analytics yang berjaya cecah lebih 300,000 PV untuk dua bulan berturut-turut

[Baca] Trafik Blog Bulan September 2019

Saya nak lihat adakah cerapan trafik yang positif ini juga diperlihatkan juga di rangking Alexa.

Nyata, data dari Alexa turut memperlihatkan peningkatan jumlah trafik blog yang semakin baik. Malah, kedudukannya untuk ranking laman web dan blog di Malaysia naik, dan berada pada kedudukan 1,458 (ketika post ini ditulis).

Manakala pada peringkat global, ranking trafik blog ini berada di kedudukan 221,150.

Walaupun tak berjaya di kelompok blog hebat lain yang berada pada kedudukan Alexa yang lebih baik, saya tetap rasa gembira dengan penilaian dilakukan oleh Alexa.

Apa Gunanya Alexa Rank?

Jika ada rakan blogger yang tidak tahu, menerusi Alexa, anda bukan sekadar boleh melihat kedudukan ranking trafik blog anda, tetapi juga boleh melihat beberapa atribut lain yang penting untuk membolehkan blog anda menjana trafik yang lebih baik untuk masa akan datang.


Menerusi Alexa, anda boleh nampak keyword tertentu yang memberikan impak dari segi jumlah klik terhasil, sumber trafik yang diperoleh dan beberapa lagi atribut lain.

Saya bukanlah pengguna tegar Alexa ni. Namun, sesekali saya akan semak kedudukan blog dan cuba melihat keyword penting yang masuk supaya saya boleh buat perancangan untuk memperbaiki kekurangan.

Untuk maintain trafik blog bukannya sesuatu yang mudah. Jadi, perlu buat 'kerja' supaya blog kekal menerima trafik yang baik.

[Dah Baca?] Cara Tingkatkan Trafik Blog Menggunakan Keyword

Sebuah blog yang mampu menjana pendapatan, perlukan trafik yang berkualiti untuk masuk. Kalau tak, walaupun trafik blog tinggi, namun kualiti dari segi keyword yang menjadi punca blog menerima trafik itu rendah, ia boleh menjejaskan pendapatan atau income dari blog, khususnya blogger yang menggunakan platform Adsense untuk buat duit.

Ok.

Kalau anda nak semak data atau rangking terkini disediakan oleh Alexa untuk blog anda, hanya taip ini di browser:

https://www.alexa.com/siteinfo/url-blog

contoh:

https://www.alexa.com/siteinfo/hasrulhassan.com

Bolehlah cuba ya.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement