Atas sebab itu, isteri saya pun berusahalah cari resepi untuk buat Corndog. Rupanya, walaupun bahan-bahan tu agak sukar dan kena cari di kedai kek atau pastri, nak membuatnya tidaklah sesusah mana pun, malah agak menyeronokkan bila libatkan sama anak-anak untuk hasilkan Corndog viral ni.
Cara Nak Buat Corndog Di Rumah
Ya, memang tak susah pun nak hasilkan Corndog sendiri. Dah berlambak resepi dikongsikan oleh ramai orang samada di blog, laman web mahupun di Facebook. Cari je mana yang sesuai dan terus buat sendiri di rumah.Untuk info, resepi asal nak buat Corndog ini adalah dari Korea. Kat Korea, Corndog memang ada dijual di gerai tepi jalan dan juga kedai makan di sana.
Malah, kalau nak buat untuk berniaga pun ok je ... cuma mungkin kena cari bahan yang sesuailah bagi tujuan berniaga. Benda dah boleh buat di rumah ni, kalau nak jual .. kena jual dengan harga yang munasabahlah atau tambah sedikit kelebihan pada Corndog yang nak dijual tu supaya laku keras.
Ok, berbalik kepada cara nak buat Corn Dog tu. Jika anda nak buat sendiri resepi ni di rumah, bolehlah ikut resepi di bawah ini ya ...
Bahan-Bahan Resepi Corndog
Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti di bawah ini:- Pancake mix
- Susu full cream
- Chilli flakes / serbuk lada putih / hitam
- Sosej Jumbo berperisa
- Keju sebarang jenis (saya guna Mozzarella)
- Telur
- Breadcrumb (seeloknya yang putih)
Cara Membuat
- Rebus dahulu sosej. Dah siap rebus, letakkan di tepi dahulu.
- Gaulkan pancake mix dengan sedikit susu full cream dan gula kastor hingga menjadi doh. Kemudian asingkan kepada beberapa bahagian ikut berapa banyak corndog yang kita nak buat. Kalau tak gunakan susu dan gula, boleh juga bancuh dengan air biasa. Cuma agak kurang rasa sikitlah.
- Seterusnya potongkan sosej tadi kepada 2 bahagian. Cucukkan pada lidi sate. Bahagian atasnya dicucuk dengan keju mozarella yang digumpal.
- Kalau nak letak keju cheddar sekeping keliling sosej pun boleh. Cumanya, kalau letak keju mozarella tu, bolehlah dapat feel untuk tarik-tarik cheese tu ketika makan waktu tengah panas.
- Lepas tu balutkan dengan doh yang kita dah uli menggunakan pancake mix tadi. Taburkan sedikit chilli flakes untuk bagi rasa sedap. Tambahkan sedikit serbuk lada putih atau lada hitam untuk berikan rasa lebih ummphhh atau pedas. Biar kena dengan selera tempatan gitu ..hehe.
- Bagi menambah rasa kerangupan di luar, salutkan dengan breadcrumbs sebelum digoreng. Celupkan telur untuk jadikan pelekat. Kemudian kita salutkan dengan breadcrumbs tu.
- Siap untuk digoreng. Goreng macam biasa sampai kekuningan. Untuk pastikan gorengan tu sempurna, buatlah deep frying ya ... dan kena pastikan juga minyak betul-betul dah panas. Tak perlu goreng terlalu lama, sebab sosej dah direbus terlebih dahulu. Goreng untuk pastikan lapisan luar tu elok rangup je nanti bila dimakan.
Resepi asal adalah dari Puan Mahfuzah Amin menerusi Facebook. Saya ubah dan tambah sedikit sesuai dengan pembacaan di blog ini.
Okeh. Selamat mencuba.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.