Akhir zaman ni, macam-macam peluang berniaga terbentang di depan mata. Berniaga dah tak susah macam dulu. Jika dahulu, nak berniaga, kena cari lokasi, kena sewa kedai, kena daftar lesen perniagaan dan macam-macam lagilah. Nak buat promosi dan iklan pun dah mudah tak macam dulu.

Zaman sekarang, anda boleh mula berniaga dan buka kedai secara online tak sampai pun 30 minit. In Sha Allah, dah boleh terus jual apa yang anda nak jual. Apatah lagi, dah ada platform untuk mudahkan anda jual barang, macam Mudah.my, Lelong.my, Lazada, Shopee dan macam-macam lagilah.

Syarat Berniaga Menjadi Ibadah & Rezeki Diberkati

Syarat Berniaga Menjadi Ibadah


Seronoknya berniaga di zaman sekarang ialah, orang yang berniaga boleh dapat untung yang besar dengan berniaga secara online. Tak perlu lagi nak fikirkan sewa kedai, bagaimana nak iklan dan sebagainya.

Sebab semuanya dah tersedia. Cuma nak gunakan dengan cara sebaiknya sahaja. Contoh macam platform Shopee. Dalam Shopee, senang-senang boleh buat kedai online sendiri tak sampai pun lima belas minit. Hanya login ke Seller Center sahaja, muat naik gambar produk, letak diskripsi barang, letak harga, setkan pengeposan .. dan walla ... kedai online dah terpacak dalam Shopee.

Shopee lak, selalu buat promosi besar-besaran. Orang yang berniaga dalam tu, tak perlu nak keluarkan kos besar sebab boleh dikatakan 90% Shopee buat untuk tarik orang masuk ke dalam platfom laman web shopping online ni.


Tapi, dalam kita nak berniaga tu, kenalah ingat juga. Nak rasai pendapatan dan keuntungan yang berpanjangan, kenalah pastikan ianya dilakukan dengan betul untuk memperoleh keberkatan.

Jangan berusaha wujudkan kedai online di Shopee tu semata nak scam orang ramai. Tak baik macam tu. Daripada niat nak berniaga dapat untung, boleh jadi ke arah mendapat himpunan dosa kerana melakukan penipuan.

Jadikanlah berniaga itu satu ibadah. Ibadah yang dilakukan kerana Allah S.W.T, in Sha Allah, bukan setakat boleh dapat keuntungan tetapi juga pahala berganda-ganda.

Nak berniaga dan jadikan ia sebagai ibadah, ikuti enam syarat ini....


  1. Niat Mesti Betul - Apa yang ingin anda capai dalam perniagaan anda? Membantu orang lain untuk berjaya? Untuk sara keluarga? Mencari rezeki yang halal? Niat mesti didahulukan agar sentiasa diingati bahawa kerja yang dilakukan itu adalah kerana Allah.
  2. Perlaksanaan Mengikut Peraturan Syariat - Kenalah ikut peraturan. Kalau jual daging, kenalah daging dari sumber halal. Andai jual makanan, makanan dan minuman kenalah bersih.
  3. Perkara/Subjek mesti Dibolehkan oleh Syariat - Jangan jual benda dilarang pulak, baik dari segi hukum mahupun undang-undang. Jual VCD lucah atau jual orang ... uishh kan ke tak boleh tu.
  4. Natijahnya memberi Manfaat - Hasilnya mestilah sesuatu yang baik. Anda berniaga pakaian, supaya orang boleh menutup kemaluan dan aurat. Anda berniaga selipar, agar orang leh pakai untuk melapik kaki. Gitulah seadanya.
  5. Tidak Meninggalkan Ibadah Asas - Dah berniaga, jangan pula lupa ibadah lain terutama ibadah wajib dilakukan.
  6. Janganlah Menipu. Samada anda menipu soal barangan ataupun harga. Kalau anda jual jam copy-ori, nyatakan ianya copy-ori. Jika anda jual baju kain kapas, nyatakan kain kapas.

Money burn
Benda simple je. Kadang ada yang secara sengaja melakukan penipuan semata-mata nak dapatkan keuntungan lebih. Jadilah peniaga yang jujur.

Rezeki dari berniaga memang banyak. Namun, janganlah bersifat tamak haloba. Dan andai bersaing sesama peniaga lain, bersainglah cara sihat.

Penipuan perniagaan bisnes online
Saya bukan apa, dah banyak kes mereka yang menjadi pembeli ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Apatah lagi di zaman di mana perniagaan itu boleh dilakukan di hujung jari sahaja, sangat mudah menipu dan ditipu.

Kita cari rezeki, biar rezeki itu berkat. Tak gitu? Pastikan anda yang berniaga ikuti 6 syarat tadi tu, supaya kerja mencari rezeki dengan berniaga ini tidak menjadi satu amalan yang merugikan. Okeh.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement