Post kali ini adalah mengenai kepentingan belajar Bahasa Inggeris. Kita semua tahu bahawa Bahasa Inggeris antara bahasa pengantara yang diterima hampir di seluruh dunia. Malah, banyak buku samada buku fiksyen serta ilmiah ditulis dan diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris ini.

Malah Bahasa Inggeris menjadi antara subjek teras yang dipelajari di sekolah. Ini menunjukkan pentingnya untuk menguasai bahasa ini walaupun terdapat bahasa lain yang turut mendominasi pertuturan sesetengah benua dunia.

Kepentingan Belajar Bahasa Inggeris

Intan Najuwa dan Zul Arifin
Dulu, bila waktu bercinta, apabila menggunakan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris .. nampak macam romantik dan ada kelas tersendiri. Iyalah, mana taknya, waktu itu banyak kisah romantik datangnya dari luar negara.

Ramai yang gunakan lirik lagu dalam Bahasa Inggeris untuk meluahkan perasaan kepada yang dicintai. Ada pula tu, menulis bait puisi dalam Bahasa Inggeris supaya dapat memikat si pilihan hati.

Ada nampak kecenderungan penggunaan Bahasa Inggeris dalam soal percintaan.

Kerana itu, saya nak kongsikan satu kisah fiksyen tentang percintaan yang ada kaitan dengan kepentingan belajar Bahasa Inggeris ini. Semoga ada pengajaran dan impak baik daripada kisah ini.

Meh baca ye ..

Kisah Percintaan Intan dan Zoul, Juga Kamarul si Rambut Remos


Diceritakan, tersebut al-kisah dua insan bercinta. Sorang jejaka bernama Zoul, dan yang gadisnya bernama Fatintan.

Si jejaka bernama Zoul ni memanggil Fatintan dengan panggilan 'Intan' (nak kasi nampak manja). Manakala. Intan memanggil Zoul dengan panggilan 'abang'. Mereka memang rapat dan dah lama bercinta sakan. Lagipun layak la pun si Zoul ni dipanggil 'abang' sebab dirinya lebih tua 4 tahun dari Intan.

Entah macamana, pasangan kekasih ini terpaksa berpisah untuk selama 3 tahun.

Selama 3 tahun, Zoul telah melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK). Kalau bagi orang bercinta, 3 tahun satu jangkamasa yang lama.

Disebabkan ini, Intan berasa kesepian menantikan Zoul.

Oleh kerana Intan ni berpisah agak lama dengan si Zoul, dia pun merasa boring, tiada tempat memadu kasih dan bermanja. Nak menelefon ... uhh jauh sangat. Dulu rate panggilan telefon bukannya murah dan mana ada kemudahan whatsApp, Telegram macam sekarang.

Pastu nak dijadikan cerita, ada la seorang mamat berambut remos ni bernama Kamarul. Dan dia ni kira macam menaruh hati la jugak pada si Intan .... uhh Intan cun bergetah weihhh .... banyak getah Si Intan ni duk pakai kat tangan dia!

Dan pada satu hari, datanglah di Kamarul berambut remos ni berjumpa dengan Intan.

Mula-mula tu Intan dengan Kamarul ni berkawan sahaja, tetapi lama kelamaan hubungan keduanya semakin rapat. Mana taknya, si Kamarul ni rajin melayan si Intan. Kamarul ajak pergi shopping la, pergi makan satay kajang la, naik bot pergi memancing la, pergi main bowling, pergi tengok funfair dan macam-macam lagilah.

Dek kerana itu, hati si Intan ini pun rasa tidak lagi sunyi dan sudah terpaut kepada layanan baik diberikan oleh si Kamarul. Akibatnya, hilang la bayang-bayang Zoul dalam hati Intan.

Namun setelah genap 3 tahun, si Zoul ini pun pulang ke tanahair. Tatkala hati tengah beria nak berjumpa si buah hati bernama Intan, Zoul telah ternampak Intan dengan Kamarul sedang berdating di tengah pekan.

Dushhh ....

Zoul nampak Intan dan Kamarul tengah makan cendol dengan laksa penang, elok je duduk semeja, rapat pula tu. Perghhh ... berderau la darah si Zoul melihat aksi manja suap menyuap kuah laksa Intan dan Kamarul.

Masa itu jugalah jiwa dan raga si Zoul ini jatuh luluh berderai.

Dari hari tersebut, terasa sangat sedihlah si Zoul ini sampaikan tak lalu makan.

Dan pada masa yang sama juga, si Intan telah mendapat tahu rupa-rupanya remos si Kamarul ni adalah hasil seni bininya ...

"ohh dia dah kawin rupanya"

 ... apa lagi frustlah si Intan. Dan Intan pun dok teringat la pada si Zoul. Intan ni tak tahu lagi yang si Zoul ni dah balik Malaysia.

Hari berganti hari, tibalah suatu hari, si Zoul pun memberanikan diri untuk berjumpa dengan si Intan. Zoul pun pergilah ke rumah Intan yang berbumbung biru. Sampai sahaja di rumah Intan dengan muka masam mencuka dia pun berkata pada Intan;


"Sudahlah.. aku dah tau apa yang kau buat masa sepeninggalanku" Intan terperanjat, belum pun sempat membuka mulut nak berkata hai .. adehh dah kena sound. Lalu si Intan bersuara ..

"Err bila masa lak ni..aku setia apa! " kata Intan.

Mendengar kata si Intan, lalu Zoul pun berkata dengan nada tersedu-sedu;

"Aku dah tau perhubunganmu dengan Kamarul" Intan terdiam.

"Tamatlah hubungan kita di sini sahaja." tambah Zoul.

Lalu Zoul mengambil gitar kapuk yang dibeli semasa belajar di UK; lalu berkata;

"Dengarlah lagu ni, khas untukmu... "

Zoul mulalah menyanyikan sebuah lagu sambil menatap wajah sedih Intan yang sedang menangis.

"I can tell by your eyes Tat u've probably been crying 4ever & the stars in the sky Don't mean nothing 2 u They're a mirror I don't wanna talk about it How u broke my heart If I stay here just a little bit longer If I stay here won't u listen 2 my heart, ohhh, my heart"

Intan terdiam. Intan masih menangis. Zoul sambung...

"If I stand all alone Wil the shadows hide the colours of my heart Blue 4 the fears Black 4 the night's fears The stars in the sky Don't mean nothing 2 u They're a mirror I don't wanna talk abt it How u broke my heart If I stay here just a little bit longer If I stay here won't u listen 2 my heart, ohhh, my heart"

Suara Zoul terus mendayu-dayu.

"My heart, oh my heart, this old heart... ... ... " "I don't wanna 2 talk abt it, how u broke my heart. But if I stay here just a little bit longer, if I stay here,won't u listen 2 my heart, oh,my heart? My heart,oh,my heart!"

Zoul ulangi frasa yang sama. Intan terdiam, walaupun airmata masih mengalir.

"My heart, oh my heart, this old heart... ... ... "

"I don't wanna 2 talk abt it, how u broke my heart. But if I stay here just a little bit longer, if I stay here, won't u listen 2 my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

Dah abis sahaja dan tamat lagu yang dinyanyikan oleh Zoul untuk Intan. Intan pun yang masih tersesak-esak dengan tangisan pun berkata;

"Abang, Intan nak bagitau Abang sesuatu"

"Katakanlah Intan" jawab Zoul dengan suara perlahan.

"Err... err... " kata Intan dalam keadaan bersalah.

"Katakanlah .. katakanlah Intan. Abang sanggup terima" tambah Zoul. Perlahan-lahan Intan pun berkata pada si Zoul.

"Abang .. Intan tak faham bahasa Inggeris .... !" dan masih menangis ... dan Zoul hanya ternganga tanpa bicara.

Gitulah alkisahnya, dalam kita nak asyik masyuk bercinta, bila ada peluang belajar, menimba ilmu, pergilah menimba ilmu ... dan kena akui betapa pentingnya ilmu dan pendidikan sehinggakan dalam hal bercinta pun .. kalau tak ada ilmu .. akan jadi haru biru juga. Belajarlah Bahasa Inggeris ... :)

Dan satu lagi, dah ada bini .. bawa-bawalah sedar diri sudah beristeri. Jangan nak mengambil kesempatan pula pada hati yang sedang sepi.

*p.s: Kisah ini telah diubahsuai untuk menrencahkan sikit rasa. Harap maklum.
**p.s: Penggunaan gambar adalah sekadar hiasan sahaja, tiada kena mengena dengan cerita percintaan Zoul dan Intan ni.

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Jalan cerita best, nak gelak pun ada .. Intan oh intan.

    ReplyDelete
  2. percubaan yang baik..hehehehe.

    kisah lawak pun ada

    ReplyDelete
  3. terhibur jugak kami. memula terpikir jugak apa motif gambar tu. hiasan rupanya. haha

    ReplyDelete
  4. ilmu adalah pelita untuk kita berada jauh dari kegelapan

    ReplyDelete
  5. Gambar mengundang! cerita takde mengena pun hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement