Saya dah claim, dan dah terima bil internet Unifi terkini untuk bulan Oktober dan juga November 2019. Yes. Memang benar, saya tidak perlu bayar apa-apa sehingga Disember 2019 menerusi kempen Unifi Pay Nothing #KhabarBaik ini.
Cara Nak Claim Unifi Free Internet
Jika anda masih belum redeem atau dapatkan Unifi internet percuma ini, boleh ikuti panduan ringkas di bawah ini. Memang cukup senang ...Oh ya, tawaran ini terbuka untuk pelanggan baharu dan juga pelanggan Unifi sedia-ada.
Langkah 1 - Login ke unifi.com.my menggunakan email anda yang didaftarkan dalam Unifi. Lepas tu, pilih 'Personal' untuk akaun individu atau kediaman. Pilih 'Business' jika plan Unifi anda adalah untuk pejabat atau kedai.
Jika sebelum ini, anda tak pernah lagi gunakan laman web ini untuk semak bil Unifi anda, boleh gunakan apps MyUnifi untuk daftar. Tak pasti cara nak login? Baca sini - Cara Login/Daftar Akaun MyUnifi
Langkah 2 - Cari banner iklan #KhabarBaik .. klik 'Pay Nothing'. Biasanya anda akan nampak iklan ni dalam MyUnifi di bahagian atas sekali, seperti ditunjukkan di bawah ini.
Langkah 3 - Anda akan dibawa ke microsite kempen ini, dan pilihlah atau klik 'via self-care'.
Langkah 4 - Isi butiran yang diminta dengan lengkap. Untuk pengguna sedia-ada, anda hanya perlu renew langganan anda, untuk sahkan kontrak baharu selama 24 bulan. Anda akan menerima pemberitahuan samada anda layak atau telah disahkan untuk kempen Unifi Pay Nothing ini ...
Jika anda menggunakan apps MyUnifi, ia lebih kurang macam paparan di bawah ini ...
Anda akan nampak dalam bil terkini yang anda tidak perlu bayar apa-apa, malah .. anda akan dapat rebat tambahan sepertimana bil Unifi terkini yang saya kongsikan kat atas sekali tu ...
Kalau belum lagi claim, klik banner di bawah ini .. dan dapatkan kelebihan ini ... sebelum ianya berakhir. Dan jika masih belum menjadi pelanggan Unifi, daftarlah sekarang dah tak perlu bayar sehingga Disember 2019.
Yang belum redeem cepat cepatlah redeem kan.. Rugi kalau tak redeem
BalasPadamsayangnya kawasan saya tiada unifi...erm pakai wireless shj guna celcome
BalasPadamsaya dah claim.
BalasPadamsalam singgah
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.