Alhamdulillah, kami sama-sama bahagia bersama 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Alhamdulillah, semua anak-anak kami membesar dengan sangat baik, bijak dan sihat. Tiada yang lebih menggembirakan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia, ceria dan menghargai kehidupan yang Allah S.W.T kurniakan.
Oppo F11 Pro Sebagai Hadiah Ulangtahun Perkahwinan ke-16
Sempena usia perkahwinan bahagia kami berdua yang ke 16 ini, saya telah cuba memberikan hadiah yang bermakna untuk isteri saya. Dengan hasil yang ada dari kerja sepenuh masa saya sebagai seorang penulis blog sepenuh masa dan juga online marketer, saya buat keputusan untuk menghadiahkan sebuah telefon pintar jenama Oppo.Dah lama saya menyimpan hasrat nak menghadiakan sebuah telefon baharu memandangkan telefon sedia-ada pada isteri saya merupakan telefon Oppo lama saya yang dah retak sana-sini.
Isteri saya suka mengambil gambar, malah ia menjadi antara punca pendapatan sampingan beliau untuk hasilkan photobook keluarga kami dan juga membantu rakan-rakannya untuk mendapatkan sebuah photobook yang menarik.
Atas dua sebab itu, saya tak teragak-agak mendapatkan sebuah telefon yang sesuai untuk kegunaannya seharian.
Alhamdulillah, saya telah mendapatkan Oppo F11 Pro sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami ke 16.
Beli Online Semasa 11.11 Lazada
Saya beli Oppo F11 Pro sempena jualan 11.11 dilakukan oleh Lazada. Saya mendapat tawaran terbaik dengan bajet yang ada. Ia memang rezeki isteri saya untuk mendapatkan sebuah Oppo F11 Pro menggantikan telefon Oppo R9s yang dah kelihatan uzur.Isteri saya suka dengan hadiah ini, malah ia telah memberikan sedikit boost untuknya mengambil gambar lebih cantik untuk kenangan - dengan menggunakan Photobook. Apatah lagi, tak lama lagi isteri saya akan membawa kami sekeluarga melancong ke Medan, Indonesia.
Nak dapatkan tawaran menarik beli Oppo F11 Pro di Lazada? Klik SINI.
Saya gembira dengan pemberian ini. Walaupun ia bukanlah hadiah terhebat atau paling mahal, tetapi saya dapat merasakan hadiah telefon Oppo F11 Pro ini pasti akan dikenang ... bukan sahaja oleh isteri saya tetapi juga anak-anak yang menjadi saksi kebahagian kami selama ini.
Doakan kebahagiaan kami kekal hingga akhir hayat. In Sha Allah, dikurniakan kesihatan yang baik untuk melihat anak-anak membesar dan berkeluarga. :)
Happy Anniversary...
ReplyDeleteTerima kasih abam kie
DeleteSelamat ulang tahun perkahwinan yg ke 16..wow lama jgk tu. Seronoknya wife dpt hadiah hp oppo. Semoga berbahagia selalu.
ReplyDeleteTerima kasih. :)
DeleteSelamat ulang tahun perkahwinan yang ke 16 tuan HH. Seronoknya wife dapat hadiah anniversary hp. Rezeki dia.
ReplyDeleteTerima kasih. :) Sesuai dengan citarasa dia sbb sebelum ni dah gunakan Oppo
DeleteOppo jenama yang cukup bagus..
ReplyDeletekalau nak tukar telefon baharu...saya akan pilih jenama ini
alhamdulillah. semoga ikatan cinta berkekalan hingga ke syurga abadi ^_^
ReplyDeleteramai yg beli fon masa 11.11 hari tu. berbaloi baloi kan?
ReplyDeleteSelamat ulangtahun . Oppo ni bgs sb lasak.. dlu sy guna oppo jugak.. anak main campak2 pn elok lg..
ReplyDeleteHappy annivesary HH dan pasangan.
ReplyDeleteBestnya isteri dapat OPPO.
Tahniah kepada kalian berdua. Semoga kekal bersama selamanya.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.