Bila dah jarang masak, maka benda agak kerap yang saya buat ialah makan .. haha. Bila dah slot memasak diambil jadi slot makan-makan ... berat badan pun bertambah dan sekaligus beri kesan pada penyakit kencing manis saya .. huhu.
Pertama Kali Mencuba Resepi Kerutuk Daging Guna Serbuk Adabi
Daging Masak Kerutuk atau Daging Kerutuk, ia merupakan menu masakan popular di negeri Pantai Timur. Biasanya menu ini dihidangkan waktu hari raya. Tapi, tak salah pun kalau nak masak di hari lain.Mulanya, saya tak terfikir pun nak masak menu Daging Kerutuk ni. Ianya berlaku secara kebetulan.
Saya awalnya beli-belah barangan dapur kat Mydin Parit Buntar, mencari pes untuk masak daging black-pepper. Dalam dok mencari tu, saya ternampaklah serbuk Kerutuk Daging/Ayam jenama Adabi. Belek-belek, ada resepi kat belakang ... baca ... ehh macam senang je nak buat resepi ni.
Jadi, saya pun mencubalah buat pertama kalinya memasak menu masakan resepi Daging Kerutuk Adabi. Rujukan saya, cuma resepi yang tertulis pada pek pembungkus serbuk Kerutuk Adabi.
Ok.
Anda tentu nak tahu bahan-bahan untuk memasak Daging Kerutuk ni kan? Baik, saya kongsikan apa yang ada tertulis di belakang serbuk Kerutuk Adabi tu ya .. :)
Ala, simple je sebenarnya ... lagi-lagi kalau anda dah biasa masak Rendang Ayam atau Rendang Daging. Meh ikuti resepi ni...
Bahan-Bahan Masak Kerutuk
- Satu peket serbuk kerutuk Adabi
- 500 gram daging yang dipotong kepingan
- 3 cawan minyak masak
- 250 gram kerisik
- 7 1/2 cawan santan pekat
- 30 biji bawang merah / bawang besar
- 15 - 30 ulas bawang putih
- 3-5 inci halia
- 10 batang serai
- 3-5 inci lengkuas
- 400 gram gula merah
- Setengah sudu makan asam jawa
- 7 setengah cawan air
- Garam secukup rasa
Cara Memasak
- Kisarkan bawang merah dan bawang putih.
- Campurkan bahan dikisar ini dengan serbuk kerutuk untuk dijadikan pes.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis halia, bawang putih dan lengkuas yang telah dikisar halus bersama serai.
- Bila dah naik bau wangi, masukkan pula bahan pes tadi. Tumis selama 15 minit atau sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging, santan, kerisik, gula merah, asam jawa dan air.
- Gaul sebati.
- Rasa masakan, tambah garam secukupnya.
- Masak sehingga pekat dan daging jadi empuk.
Kalau ikutkan arahan di atas tu, memang tak susah pun nak buat menu masakan Daging Kerutuk ni kan? In Sha Allah, kalau ikut .. sedap nanti jadinya.
Jika anda lihat daripada bahan-bahan cara nak membuat kerutuk ni, ia banyak menggunakan bawang dan santan. Jadi, anda boleh andaikan yang kuahnya memang pekat dan berlemak.
Ianya sedap dimakan dengan nasi panas, tak pun lemang serta ketupat.
Selamat mencuba ya.
Sedapnya tuan HH masak kerutuk daging adabi ni. Nanti nak cuba jugaklah. Nampak kaw kuah kerutuk tu. Makan dengan nasi panas panas memang sedap.
BalasPadamOrang kelantan memang favourite masak/makan kerutuk ni. Nak try kelainan masak ayam/daing kerutuk, nampak macam sedap. Harus beli, keluaran bumiputera, support BMF.
BalasPadamSedapnya teringat hari rayalah pula bila tgk rendang daging..
BalasPadamdari segi rupa memamng sedap juga tu
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwah. adabi ada ekk ini?
BalasPadamaida oder dari member kat kelantan tau, HH.
sgt suka buat kerutuk ni. aida beli resepi dari member la jugak.
kerutuk. sesuai makan dgn nasi. cicah roti. best!
Wow..nampak sedap..boleh cuba nanti ni since SA selalu nampak rempah kerutuk adabi ni kat kedai...x pernah beli sebab tak tau masak lauk ni..lepas ni boleh cuba la sebab nampak macam senang je
BalasPadamserai tu memang guna 10 batang dan ditumbuk sahaja tu mcm mana
BalasPadamTumbuk guna lesung atau KETUK je belakang tu. Bukan kisar halus.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.