Setiap kali saya dan keluarga bercuti di Teluk Batik atau Lumut, salah satu restoran atau tempat makan yang sering menjadi pilihan ialah Restoran Lumut Ikan Bakar dan Steamboat. Restoran ini terletak di jalan utama ke Lumut, Jalan Iskandar Shah, iaitu di Kampung Tebing Rabak.

Sebenarnya, saya pernah cerita dah mengenai kelebihan restoran steamboat ini, tapi dah lama dan harga menu pun dah berubah tak sama macam dulu. Pun begitu, ia masih lagi sangat berbaloi kalau anda mencari tempat makan steamboat yang halal dengan harga berpatutan.

Restoran Steamboat Halal dan Murah di Lumut Pilihan Saya Sekeluarga

Buffet Steamboat Halal Murah Lumut
Ramai sebenarnya yang tak tahu mengenai lokasi sebenar restoran steamboat ini. Acapkali saya menerima email dan juga komen dalam artikel sebelum ini nak tahu di manakah lokasi sebenar restoran steamboat yang menyediakan menu secara buffet ini.

Kedai makan atau restoran steamboat ini terletak bersebelahan dengan Lumut Ikan Bakar. Ia berkongsi lokasi atau laman yang sama, namun berbeza bangunan.

Buffet Steamboat Halal Murah Lumut
Buffet Steamboat Halal Murah Lumut



Buffet Steamboat Halal Murah Lumut
Restoran Steamboat di Lumut
Saya dan keluarga sering memilih restoran ini kerana menu yang disediakan memang agak banyak dengan harga berpatutan. Kali terakhir kami ke sini pada bulan Oktober 2019, harga ditawarkan untuk menu buffet steamboat adalah RM29.50 satu kepala, dan untuk kanak-kanak dikenakan separuh bayaran.

Kenapa Pilih Tempat Makan Buffet Steamboat Ni?

Kelebihan makan buffet steamboat di Restoran Lumut Ikan Bakar dan Steamboat ini ialah, antara lain:

  • Tempat meletak kereta (parking) yang luas.
  • Lokasinya yang mudah di tepi jalan besar.
  • Harga menu buffet steamboat yang berpatutan.
  • Pelbagai pilihan menu steamboat selain menu sampingan seperti Nasi Goreng, Bihun dan Mee Goreng dan aneka kuih, buah dan 3 pilihan air yang disediakan bersama dalam menu buffet steamboat.

Buffet Steamboat Halal Murah Lumut
Ada banyak tempat makan best dan sedap di Lumut ni, selain daripada Lumut Ikan Bakar dan Steamboat ini, cuma kena bijak mencari dan membaca review yang ditulis serta diterbitkan oleh banyak blog.

Tetapi itulah, soal makan minum ini bergantung dengan selera masing-masing. Ada yang kena dengan tekak lalu memberikan rating yang bagus. Ada pula yang tidak mencapai standard kebiasaan, jadi diberikan rating yang rendah.

Nak tak nak, kena dan perlu mencuba terlebih dahulu ... betul tak?

[Dah Baca?] Restoran Steamboat Halal di Cameron Highlands

Jika anda bercuti sekitar Teluk Batik atau Lumut, bolehlah mencuba restoran ini untuk menu steamboat yang halal disediakan dalam bentuk buffet. Makanlah sebanyak mana yang mampu dengan harga yang ditetapkan, asalkan jangan membazir makanan sudahlah .. huhu.

Lokasi tempat makan pilihan kami ini adalah seperti di bawah ini:




5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Okay lepas ni kalau pegi lumut dah tau dah nak makan dekat mana.
    Saya dengan family kalau balik kampung ayah mesti pegi lumut area kampung kami agak bosan hehe
    Thanks for the info :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada bbrp tempat lain yang ada menu steamboat kat Lumut ni, tapi yang ni jadi pilihan sebb tempat dia agak menyenangkan pada kami.

      Padam
  2. Stimbot adlaah makanan yang menjadi all time fav SA dan anak...

    BalasPadam
  3. Datang sahaja atau kena tempahan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh datang sahaja. Kami tak pernah lagi nak makan sini buat tempahan.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement