Kelili Ryobi Virtus 5000. Ini merupakan kali kedua saya membeli sebuah mesin pancing, dan kali pertama membeli kekili dari jenama terkenal secara online. Biasanya, saya akan membeli peralatan memancing termasuklah mesin pancing di kedai peralatan memancing, selalunya di TCE Tackles Parit Buntar.

Kalau ikutkan, saya bukanlah pembeli tegar barangan berjenama. Saya akan beli andai ia ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan kena dengan bajet semasa. Uhh tak mudah saya nak beli barang berjenama harga mahal-mahal ni, apatah lagi sebuah mesin pancing .. :P

Beli Kekili Ryobi Virtus 5000 Secara Online di Shopee

Ryobi Virtus 5000 Metal Spool
Ya, saya memang kaki pancing. Pun begitu, saya bukanlah jenis pemancing yang suka berbelanja besar dengan membeli produk dan peralatan memancing berharga mahal dan berjenama terkenal.

Biasanya, saya akan membeli mengikut keperluan dan juga bajet. Tapi, kalau barangan tu cukup bagus, berkualiti dan tepat dengan harga ditawarkan, saya tak ragu untuk buat sedikit investment. Lagipun, saya ada anak yang memang suka memancing.

Jadi, apabila saya nampak satu tawaran menarik untuk memiliki sebuah mesin kekili berjenama Ryobi, dengan harga yang jauh lebih murah dengan harga pasaran di Malaysia, saya terus je letak dalam add-to-cart.

Dan kerana nak mendapatkan lebih nilai untuk pembelian online ni, saya belikan juga beberapa peralatan memancing yang lain.

Saya beli Ryobi Virtus 5000 di Shopee dengan harga RM115. Sebelum ini, saya ada semak produk yang sama di kedai pancing, dan ianya dijual sekitar RM150 satu set.

Kekili Ryobi Virtus 5000
Kekili Ryobi Virtus 5000


Set kekili Ryobi Virtus 5000 ni memang syok pakai. Ianya selesa dengan berat 395g, menggunakan metal spool dengan gear ratio - 5:0:1; 4 bearing, drag maksima 7.5kg dan kapasiti tali utama sehingga 200 meter untuk tali 0.33mm.

Selain set mesin kekili Ryobi ni, saya juga beli beberapa peralatan memancing lain termasuklah bekas simpanan, rak meletak rod pancing dan beberapa benda lain.

Kekili Ryobi Virtus 5000
Bekas letak barang pancing beli di Shopee
Semuanya kerana ianya dijual dengan harga cukup murah.

Jika nak beli barangan dan produk memancing ni secara online, bab paling penting ialah kenal-pasti spesifikasi terutama saiz dan ciri-ciri produk tersebut. Adalah lebih baik, buat semakan dahulu di kedai pancing biasa.

Rak letak rod pancing
Bukan apa, benda beli secara online ni hanya bergantung pada gambar, maka masih perlu sentuhan fizikal sebenar sebelum benar-benar membeli .. huhu.

Oh ya, saya dah cuba set pancing ni semasa memancing di lubuk Siakap Merah yang terletak di Ayer Tawar, berdekatan Lumut, Perak.

Berminat nak beli set kekili Ryobi Virtus 5000, boleh dapatkan di Shopee di sini - https://invol.co/cljgu8
 

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Beli mesin pancing nak nak dapat harga murah memang best. Saya pun selalu shopping kat shopee sebab puas hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan ... tapi skrang ni dah ada ramai scammers di Shopee tu, jadi kena waspada sentiasa.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement