Sekitar Oktober 2019, isteri saya tiba-tiba mengajak saya untuk ke Farmstay ini, manalah tahu ada buah durian segar yang boleh kami rasa walaupun sedar yang kami berada di luar musim durian.
Farmstay Relau Kini Berubah Wajah, Dah Ada Unit Homestay dan Kolam Mandi
Wah, rupanya keadaan di Farmstay Relau dah banyak berubah sejak setahun yang lalu. Homestay Relau ini sudah mempunyai unit-unit homestay tersendiri dan paling menarik ialah kawasan homestay ini sudah ada kolam mandi yang terletak di tengah-tengah 'bulatan' unit-unit homestay yang ada.Fasiliti Dalam Proses Disiapkan Sepenuhnya
Sebuah kedai makan juga didirikan di Farmstay Relau ini. Sebelum ini, tak ada kedai makan. Alhamdulillah, dengan adanya kedai makan .. bolehlah para pengunjung yang tidak menginap menikmati menu yang ada sambil menikmati pemandangan semulajadi di Farmstay ini.Pun begitu, semasa kami berada di Farmstay ini, banyak fasiliti utama masih dalam pembinaan terutama bangunan pejabat yang masih lagi belum lengkap. Unit Farmstay juga adalah terhad kerana ada unit yang masih lagi dalam proses untuk disiapkan sepenuhnya.
Bila dah ada kolam mandi ni, ia menjadi antara tarikan utama untuk pengunjung datang ke sini, di luar musim buah-buahan.
Kalau anda kebetulan berada di kawasan sekitar atau berdekatan dengan Bandar Baharu atau Kulim, bolehlah cuba singgah ke Farmstay Relau ini. Manalah tahu kot-kot boleh merasa buah durian segar dari dusun yang ada.
Takpun, melepaskan lelah di kedai makan yang dah beroperasi sepenuhnya selain mandi-manda di kolam mandi yang bersaiz agak besar untuk orang dewasa. Ada kolam mandi khas untuk kanak-kanak juga. Jadi, ia sesuai untuk seisi keluarga.
Oh ya, Farmstay Relau ada pakej-pakej penginapan disediakan. Anda boleh pilih mana-mana pakej yang sesuai dengan harga berpatutan untuk para pengunjung.
Saya dah lupa mana saya letakkan pamplet mengenai pakej penginapan di Farmstay Relau ni. In Sha Allah, jika kami ke sini lagi .. saya akan kongsikan butiran mengenainya kelak. Jadi, pastikan anda follow blog ini ya untuk mendapatkan maklumat terkini tu nanti.
Cara Nak ke Farmstay Relau
Cara nak ke sini, hanya gunakan Waze Farmstay Relau. Ia akan bawa anda ke sini menerusi jalan yang lebih baik dan lebih selesa... huhu.Jangan jadi macam saya, yang masih gunakan jalan dalam kampung yang hanya selorong ...
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.