Namun, malangnya ... Bandar Agacia itu seperti terbiar. Bangunan dan lot kedai tidak lagi berpenghuni, dan banyak kerosakan di sana-sini.
Bandar Agacia Terbiar, Tidak Berpenghuni Ibarat Sebuah Pekan Koboi
Kami teruja bila berkesempatan dapat singgah di Bandar Agasia ini, yang merupakan bandar baharu yang dibangunkan dalam kawasan perbandaran Kampar, Perak. Ia terletak berdekatan dengan Kampus Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).Selama ini, kami cuma dapat melihat perkongsian dari rakan-rakan kami mengenai kecantikan senireka bentuk bangunan di Bandar Agasia di media sosial. Malah, beberapa fanpage turut berkongsi gambar-gambar cantik bandar ini, sehingga membuatkan kami teringin untuk merakam memori di bandar yang dikatakan Disney Avenue Malaysia.
Kebetulan, sekitar bulan November 2019, isteri saya ada mesyuarat di Kampar. Kami menginap di Hotel Grand Kampar, yang tidak berapa jauh dengan Bandar Agacia ni.
Jadi, dah asyik dengar cerita dan lihat gambar orang lain, kami pun pergilah ke Bandar Agacia yang disebut sebagai Disney Avenue ini.
Alangkah terkejutnya bila mendapati yang Bandar Agacia ini seperti sebuah pekan koboi tanpa berpenghuni. Banyak lot kedai terbiar kosong. Malah, ada yang rosak, nampak kusam dan usang, seolah-olah ianya telah ditinggalkan bertahun-tahun lamanya.
Lengang.
Tak ada apa.
Pondok telefon unik yang pernah menjadi prop untuk bergambar pun dah rosak dan nampak tidak menarik lagi.
Ada bangunan yang sudah terkopak pintu. Warna cat kusam. Cermin tingkap pecah dan macam-macam lagi benda yang saya tak berapa seronok nak cerita.
[Dah Baca?] Keistimewaan Homestay Kampung Sungai Itek, Gopeng, Perak
Anjing liar juga banyak berkeliaran di sini. Selain ada bau hancing dan tidak enak di beberapa kaki lima kedai terbiar di sini.
Hurmmm .. apa sudah jadi??
Agak sedih dan malang sekali bandar Agasia yang asalnya cantik dengan ciri bangunan unik ini terbiar sebegitu. Apa guna viral di laman sosial tetapi gagal untuk kekal bertahan.
Sayang sekali, sebab ada beberapa blog yang mempromosikan bandar ini, tetapi ia sekarang sudah menjadi indah khabar dari rupa semata.
Mesti pelancong yang teringin datang selepas membaca beberapa blog mempromosikan Bandar Agacia ini akan kecewa ya amat .. macam kami ni yang jauh dari Penang .... huhu.
Saya tak pasti samada pihak perbandaran dan yang berwajib tahu akan keadaan di bandar ini. Ia sememangnya wajar dijaga dan terus dipastikan menarik untuk menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Atas sebab keadaan bandar Agasia yang tidak lagi secantik digambarkan sebelum ini, kami tak dapat nak merakam banyak gambar untuk dikongsikan. Untunglah mereka yang terawal dapat berada di Bandar Agasia di saat ianya masih lagi cantik terpelihara, yang kini sudah menjadi ibarat pekan koboi yang .. kalau di waktu malam boleh menjadi bandar berhantu di Perak .. huhu.
sayangnya, masa kak ana datang sini dulu pun memang agak sunyi dan kedai2 tak beroperasi sepenuhnya lagi. Tapi bila baca entri HH ni dah boleh bayangkan memang terbiar sudahnya. Rasa nya ni pengurusan pihak developer kut kan. Sebab masa dulu tu di bahagian hadapan blok bangunan tu adalah sales galery depa :(
ReplyDeleteTapi masa baby shima dgn floor 88 buat shooting kat sini, meriah je. ada dekat 3 cafe buka masa tu.
ReplyDeletesayangnyaaa! tgh planning nak bercuti ke Perak actually hmm xda rezeki la
ReplyDeleteLifestyle Blog | The Grey Lines Between
Alahai, baru teringin nak singgah sini sebab tengok orang promote memang cantik tempatnya. Rugi betul tak terjaga. Padahalkan kalau jaga betu-betul memang boleh jadi produk pelancongan yang menarik...
ReplyDeleteAllahu sedih nya 😭
ReplyDeleteSayangnnya bandar ini. Reka bentuk bangunan atau rumah dan jenis cat rumah yang digunakan adalah sangat baik. Sedihnya bandar ini...
ReplyDeleteSayangnnya bandar ini. Reka bentuk bangunan atau rumah dan jenis cat rumah yang digunakan adalah sangat baik. Sedihnya bandar ini...
ReplyDeleteKalau ada yang cakna bandar Agacia ni, bangunkan semula dan jadikan tempat menarik dilawati mesti dapat sambutan
ReplyDeletemungkin harga jualan / sewaan kedai terlalu tinggi dan peniaga tak berminat nak bukak kedai kat area tu... sedih jugak bila tempat cantik macam ni terbiar. sayang betul.
ReplyDeletehanisamanina.com
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.