Jajaran atau seksyen pertama WCE telah mula dibuka pada Mei 2019 untuk kemudahan pengguna jalanraya, iaitu Seksyen 8 tanpa dikenakan sebarang tol. Sehingga hari ini, banyak seksyen WCE telah mula dibuka untuk kegunaan pengguna antaranya, Seksyen 9 dan 10 yang menghubungkan Kg Lekir di Setiawan dengan Beruas, Perak.
Kadar Tol Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
Tol untuk WCE bagi seksyen yang telah dibuka telah mula dikenakan kadar bayaran mulai 15 Januari 2020. Berita dan info berkaitan kadar tol tersebut sudah mula tersebar di media sosial sejak 14hb lagi.
Berikut adalah kadar tol untuk laluan yang telah dibuka bagi Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) bermula dari 15 Januari 2020 sehingga 19 Disember 2063.
Persimpangan yang terlibat dalam WCE yang dikenakan kadar tol adalah untuk persimpangan Hutan Melintang, Teluk Intan, Kg Lekir, Setiawan, Setiawan Utara, Changkat Chermin dan Beruas.
Sebagai info tambahan, berikut adalah jajaran atau persimpangan tol yang ada di sepanjang Lebuhraya WCE ini:
Saya dan keluarga sudah berkesempatan melalui lebuhraya ini sebanyak 3 kali semasa menziarahi sahabat di Sungai Besar, Selangor.
Dari segi faktor masa ia memang menjimatkan. Malah, laluan agak lurus dengan keadaan jalan yang baik.
Kemudahan yang ada di persimpangan keluar juga sangat memuaskan, dengan adanya tandas awam dan surau yang selesa. Ruang parkir juga agak luas.
Belum pernah lalu lagi Highway WCE ni
ReplyDeletebaru tahu nama nya. penah guna jugak 2-3 kali. huhu
ReplyDeletethank sharing
ReplyDeletebagus kemudahan byk
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.