Gaharu Tea Valley di Gopeng. Rasanya ramai antara kita tak tahu kewujudan tempat ni, walaupun kerajaan Negeri Perak pernah mempromosikannya dalam beberapa kempen pelancongan. Saya sendiri mengetaui tempat ini menerusi program diaturkan oleh Tourism Perak ketika Visit Malaysia 2014.

Gaharu atau Agarwood adalah antara pokok hutan yang bernilai tinggi kerana kulit dan damarnya yang mendapat permintaan tinggi dalam industri farmasi serta kosmetik di dunia. Jika anda nak tahu, setiap pokok boleh mengeluarkan 30 mililiter (ml) minyak gaharu di mana setiap 12 ml minyak berkenaan dijual dengan harga RM600!

Lawatan Singkat ke Hoga Gaharu Tea Gopeng - Satu Revisit Setelah Bertahun

Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Selain daripada kulit dan damarnya, daun muda pokok gaharu boleh juga dijadikan sebagai teh. Ia dijadikan sebagai minuman kesihatan sejak beratus tahun lamanya terutama di negara China. Malah, ada kisah menarik di sebalik penghasilan awal teh gaharu ini.

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang mengusahakan tanaman gaharu ini secara skala besar untuk tujuan komersil. Pun begitu, jumlahnya tidak begitu besar dek kerana kosnya yang agak tinggi selain perlu menunggu tempoh yang lama untuk mendapat tuaian sebenar iaitu kulit dan damarnya.


Teh Daun Pokok Gaharu

Sepertimana spesies pokok hutan yang lain, bukan semua jenis pokok gaharu sesuai untuk dijadikan serbuk daun teh. Hanya daun pokok gaharu dari famili Themelaeaceae sahaja yang diketahui sesuai untuk pembuatan teh gaharu.

Teh gaharu mula dikomersilkan setelah kajian mendapati teh dari daun muda pokok gaharu ini mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan, terutama kesihatan lelaki. Hal itulah yang menjadi kisah yang menarik seorang maharaja China berkaitan kewujudan teh gaharu atau agarwood tea.

Kalau ikutkan saya tak tahu pun pasal kisah sejarah teh gaharu ini.

Sejarah dan Fakta Ringkas Hoga

Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Cuma baru-baru ini semasa saya singgah di Homestay Kg Sungai Itek dan juga Kuala Razila di Gopeng, saya ambil keputusan untuk bawa anak-anak saya ke Hoga Gaharu Tea Farm yang terletak tidak jauh dari dua lokasi yang saya sebutkan tu.

Kiranya, ia revisit setelah lama saya tidak ke Hoga Gaharu Tea Valley ini.

Disebabkan lawatan semula inilah, saya belajar mengenai sejarah penghasilan teh gaharu ini. Yeahh ... ada galeri di Hoga Gaharu Tea Farm yang menceritakannya. Menarik! Memang menarik terutama untuk mereka yang nak belajar lebih lagi mengenai sejarah gaharu ini.

Galeri Sejarah Hoga Gaharu Tea Valley

Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Selain adanya galeri berkaitan sejarah penghasilan teh gaharu ini. Ada beberapa ruangan baharu yang sebelum ini saya tak pernah sedar, iaitu lorong yang berkongsikan gambar-gambar rombongan dari media dan juga orang ternama yang pernah ke sini.

Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng


Ia juga dihiasi beberapa seni tulisan kaligrafi seni daripada China, peribahasa dan puisi China; memberikan gambaran bahawa pemilik Hoga Gaharu Tea begitu menyanjungi sejarah dan kebudayaan negara China.

[Dah Baca?] Muzium Pertama di Malaysia

Bangunan Hoga Gaharu Tea Valley ini memang besar. Ia dilengkapi semua keperluan pengunjung termasuklah kafe makanan selain galeri jualan yang menjual produk dari pokok gaharu terutamanya teh gaharu.

Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat ini bukan sekadar itu sahaja, sebenarnya pengunjung atau pelawat yang datang ke sini boleh ambil peluang untuk dibawa mengeliling ke kawasan ladang gaharu ini menerusi kenderaan yang disediakan.

Anda hanya perlu membayar RM10 seorang untuk dibawa menaiki kenderaan mengelilingi kawasan ladang gaharu ini.

Dalam ladang Hoga Gaharu Tea Valley ini, ada beberapa tempat singgahan yang mempunyai kisah menarik yang boleh anda ketahui. Ia akan diceritakan oleh pemandu pelancong selain daripada beberapa papan tanda menceritakan keistimewaan sesuatu tempat tersebut.

Aha .. macamana saya tahu?

Kan saya ada beritahu awal-awal, yang saya pernah ke Hoga Gaharu Tea Valley ini bersama media dan blogger sekitar 2014. Ketika itu, tempat ini sangat baharu, tidak seperti sekarang yang dah ada beberapa penambahan.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai tempat ini di blog - SINI

Sedikit perkongsian gambar-gambar semasa lawatan singkat saya di Hoga Gaharu Tea Valley di Gopeng ni ...

Gambar Menarik di Hoga Gaharu Tea Valley

Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng

Gambar di Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng
Menarik tak beberapa gambar di atas tu. Ada gambar menunjukkan dua buah motorsikal dengan plet terawal di Malaysia. Kalau ada yang tak tahu, negeri Perak adalah negeri pertama di Malaysia yang mempunyai kenderaan bermotor.

Itu sebab plet kenderaan di Perak bermula dengan huruf A.

[Dah Baca?] Ziarah Masjid Cina Pertama di Malaysia

Jadi kemungkinan besar, dua buah motorsikal yang dipamerkan di galeri Hoga ni adalah antara kenderaan bermotor pertama berdaftar di Malaysia.

Ok. Nak tahu lagi apa yang menarik di sini, selain kebaikan yang ada pada teh gaharu, bolehlah buat lawatan singgah sebentar di ladang gaharu ini yang terletak di Gopeng. Cuba juga ambil kesempatan untuk menyewa kenderaan mengelilingi ladang gaharu ini.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement