Drama TV pertama menampilkan Alya Iman ialah 'Senafas Rindu' bersama Shafiq Kyle. Kemudian, nama gadis manis bertudung ini semakin dikenali menerusi drama 'Lelaki Kelas Sebelah' yang ditayangkan di TV3 awal Januari 2019.
Biodata dan Foto Alya Iman, Pelakon Cantik Bertudung Anak Azmil Mustapha
Sedikit biodata ringkas mengenai diri Alya Iman ini yang sekarang membintangi drama di TV3, bertajuk 'Bukan Kahwin Paksa' (2020) bersama pelakon Hannah Delisha, Kamal Adli, Afiq Muiz, Oktovia Manrose serta Shah Reza dan Ziela Jalil.Biodata Ringkas Alya Iman
- Nama Penuh ialah Nur Alya Iman binti Azmil.
- Dikenali sebagai Alya Iman. Nama panggilannya, Alyimn.
- Merupakan pelakon dan model cantik bertudung.
- Merupakan anak bongsu dan rapat dengan ayahnya.
- Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.
- Alya Iman bergelar model sejak berusia 13 tahun. Kerapkali muncul sebagai model untuk butik-butik pakaian muslimah.
- Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2018.
- Drama: Lelaki Kelas Sebelah (Mira) TV3, Senafas Rindu (Shafika) Astro Ria
Gambar dan Foto Alya Iman
Sumber Foto: Instagram Alya Iman
cantiknya, dedulu suka tengok lakonan azmil filem suara kekasih dengan ogy :)
BalasPadamSebelum nih! pernah gak tengok dia berlakon drama tapi tak tahu pun anak arwah Azmil Mustafa. Baru je tahu lepas tengok drama 'bukan kahwin paksa' yang sedang tayang sekarang ni.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.