Buat yang mengikuti blog saya ini, tentu pernah baca mengenai satu lokasi baharu tempat memancing best di Lumut. Saya sudah beberapa kali pergi memancing di lokasi ini yang merupakan sebuah chalet 'terapung' yang mengadap Sungai Manjung.

Sejak mengetahui lubuk ini, saya sudah beberapa kali membawa bersama rakan dan saudara-mara menginap di chalet ini. Alhamdulillah, setiap kali saya ke sini untuk memancing, tak pernah lagi merasa hampa, paling tidak mesti akan bawa pulang atau dapat masak ikan yang dipancing.

Seronok dan Puas Hati Hasil Memancing di Chalet Ibrahim, Ayer Tawar

Chalet Ibrahim Kg Baru Ayer Tawar
Chalet yang saya maksudkan ialah Chalet Ibrahim. Chalet Ibrahim ini mempunyai beberapa buah rumah yang boleh disewakan bermula dengan harga serendah RM100 sebuah. Setiap buat chalet ada satu bilik tidur yang luas dan satu bilik air.

Memandangkan ianya merupakan chalet untuk kaki pancing, jadi kemudahan yang disediakan tidaklah seperti chalet biasa. Segalanya adalah ala kadar sahaja. Tetapi yang bestnya ialah, semua chalet dilengkapi dengan penghawa dingin.

Dapur turut disediakan untuk kegunaan penyewa. Jadi, memang boleh masak-masaklah - lengkap dapur memasak, kuali, pinggan mangkuk, tabung gas dan sebagainya. Tak perlu susah payah nak bawa kelengkapan memasak dari rumah.


Hasil Memancing di Chalet Ibrahim

Paling terbaru, saya telah bawa abang ipar saya dari Kuala Lumpur untuk mencuba nasib memancing di Chalet Ibrahim ini.

Hasl memancing Chalet Ibrahim Kg Baharu Ayer Tawar berdekatan Lumut
Alhamdulillah, hasil yang kami dapat memang sangat baik. Dapatlah kami merasa ikan Siakap liar, Siakap Merah dan juga ikan Kerapu Hibrid. Saya berjaya menaikkan dua ekor ikan siakap bersaiz sederhana dan seekor ikan kerapu. Manakala abang ipar saya berjaya menaikkan dua ekor Siakap yang bersaiz agak besar.

Hasil Memancing di Chalet Ibrahim Kg Baharu Ayer Tawar
Hasil Memancing di Chalet Ibrahim


Puas hati kata abang ipar saya. Malah, dia beritahu saya .. ini trip memancing tepi laut yang paling best pernah dia rasa selama ini.... dari segi jumlah tangkapan.

Namun, rezeki dari laut ini tidak ketahuan. Kadangkala bagus, kadangkala hampa. Ada je kawan yang datang memancing di chalet ini yang pulang dengan tangan kosong.

Hmm ...

Sejak saya kongsikan cerita memancing di chalet ini, dah semakin sukar nak menempah rumah atau bilik Chalet Ibrahim .. huhu. Sama kes macam saya bercerita pasal Chalet Amir yang pernah memberikan kenangan manis pada saya - berjaya naikkan 12 ekor ikan Siakap dalam satu trip!! Hanya memancing dari beranda chalet sahaja .. huhu.

Chalet Ibrahim Kg Baharu Ayer Tawar berdekatan Lumut
In Sha Allah, lain kali saya akan kongsikan lagi cerita memancing di Chalet Ibrahim ini, mungkin ... saya dedahkan sedikit tips bagaimana nak menjerat Siakap Merah yang menghuni di bawah chalet.

Jika nak menempah, boleh baca post sebelum ini berkaitan Chalet Ibrahim, rasanya saya ada letak nombor telefon untuk buat tempahan chalet. :)

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wahhhhhhhh i love watching people fishing.

    BalasPadam
  2. wah..mcm ni memang la sangat puas hati. siapa kaki pancing ni mesti seronok giler

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi tak ramai kaki pancing yang nak ke sini .. hehehe ... :P

      Padam
  3. Seronok kalau makan reramai.. Kalau macam sensorang, xlalu la pulak.. rambang mata, xtau nak siakap masak apa

    BalasPadam
  4. Mmg berbaloi dan puas hati tu dpt ikan besar2 tu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement