Ia agak merisaukan apabila terdapat satu kes kematian novel-Koronavirus dilaporkan berlaku di Filipina, negara yang berdekatan dan berjiran dengan Malaysia. Mangsa tersebut adalah penduduk Wuhan yang melancong ke Filipina.
Tips Pencegahan Wabak Koronavirus - Elak Risiko Pada Kanak-Kanak
Setakat 2 Februari 2020, terdapat 14,555 kes dilaporkan dan sebanyak 305 kematian direkodkan termasuklah satu kes kematian di luar China iaitu di Filipina. Semakan terkini boleh dibuat di laman web berikut - https://infographics.channelnewsasia.com/wuhan/gmap.htmlSebagai ibubapa, saya dan isteri tentunya merasa risau setiap kali berita mengenai wabak ini dikemaskini terutama oleh media arus perdana dan juga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia menjadi kerisauan kerana wabak novel-Koronavirus ini memberikan simptom biasa seperti demam dan batuk. Dan ianya sering berlaku terutama kepada kanak-kanak.
Demam Koronovirus Yang Boleh Menyebabkan Kematian
Bagaimana koronavirus boleh membawa maut?Wabak koronovirus ini boleh menyebabkan kematian melalui masalah Pneumonia atau dikenali sebagai Acute Respitory distress Syndrome (ARDS). Koronavirus ini menjadi lebih serius seandainya dijangkiti oleh mereka yang mempunyai masalah atau komplikasi lain seperti masalah jantung, diabetes, atau sebagainya yang mendorong kearah lebih serius.
Untuk sesetengah kes, pesakit yang menghadapi masalah Koronavirus ini tidak menunjukkan sebarang simptom seperti demam biasa, demam selsema, tetapi sebenarnya virus itu sememangnya telah ada dalam dirinya.
Kerana sifatnya begini, para pengamal perubatan memanggilnya sebagai silent infection.
Wabak ini mudah tersebar secara kontak secara langsung dari mereka yang telah dijangkiti samada dari keluarga atau rakan sekerja yang baru pulang dari Wuhan, China, atau dari mereka yang mempunyai keluarga atau orang terdekat yang bekerja di hospital yang mengendalikan pesakit Koronavirus ini. Ia boleh dijangkiti melalui penyebaran udara.
Menurut Dato’ Dr Chen Tse Peng, Nephrologists and Physician, Gleneagles Penang Hospital berkata, wabak novel-Koronavirus yang telah memasuki Malaysia adalah dikatakan pada first stage atau first wave. Ini adalah kerana kes yang dilaporkan adalah dari kalangan mereka yang baru pulang dari Wuhan, China.
Langkah-Langkah Pencegahan Wabak Koronavirus
Maka, langkah pencegahan adalah cara terbaik buat masa ini bagi mengelakkan wabak ini terus menular dalam masyarakat setempat. Antara langkah-langkah pencegahan tersebut adalah seperti berikut:- Tindakan pencegahan awal adalah semestinya dengan pemakaian topeng muka. Mask 3layer (surgical face mask 3ply) Terutamanya bagi yang bekerja di hospital. Mereka adalah orang terdekat yang boleh dijangkiti wabak ini.
- Jauhkan anak anda dengan kanak-kanak lain yang kurang sihat atau sudah menunjukkan tanda-tanda demam flu.
- Jangan travel buat masa ini di negara-negara yang telah mempunyai masalah Koronovirus ini, dan juga negara yang berdekatan - sila lihat peta disediakan di SINI.
- Jauhi tempat yang terlalu ramai orang. Jika perlu, pakai topeng muka.
- Cuba jauhkan diri dengan seseorang yang mengalami demam selsema.
- Amalkan cara basuh tangan dengan bersih. Pastikan tangan anda bersih setiap masa dan sediakan pakaian dan makanan yang bersih untuk keluarga anda.
- Gunakan sabun selepas ke tandas. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
- Tutup mulut ketika batuk dengan tisu atau kain bersih dan pastikan basuh tangan dahulu dan gunakan sanitasi sebelum memegang anak atau mula memasak.
- Jauhi haiwan seperti burung dan sebagainya dan juga jangan mengambil segala jenis daging yang tidak dimasak dengan sempurna.
- Sentiasa pantau suhu badan dan kelainan pada diri anda
- Jaga kebersihan badan dan jauhi kawasan pelancongan.
- Ambil tahu dan baca tips-tips pencegahan kesihatan seperti yang diwarkan di media massa rasmi. Jangan mudah terpengaruh dengan berita yang tidak sahih dari media sosial.
- Dapatkan rawatan lanjut dengan pantas, jangan lengah-lengahkan pemeriksaan kesihatan samada untuk anak, ibu, bapa atau ahli keluarga yang lain.
Jelas Dr. Chen lagi walaupun tidak mengalami demam tapi mempunyai simptom seperti batuk dan selesema, individu terbabit wajar melakukan pemeriksaan kerana ia sebagai langkah pencegahan awal sebelum merebak kepada sesuatu masalah atau penyakit lain yang tidak diingini atau sebagai langkah pencegahan.
Tambahnya juga kepada yang ingin melakukan ujian koronavirus perlu mendapatkannya di hospital kerajaan sahaja. Rujuk senarai hospital di laman web KKM.
Segera dapatkan rawatan di hospital sekiranyanya simptom-simptom yang berlarutan dalam lingkungan 14 hari.
[Baca Juga] 5 Tips Penawar Penyakit Menerusi Surah dalam Al-Quran
Risiko Pada Kanak-Kanak dan Warga Emas
Setakat ini, difahamkan risiko terhadap golongan lebih dewasa dan kanak-kanak adalah kurang namun ianya bergantung kepada faktor kesihatan pesakit itu sendiri.Risiko kematian adalah lebih terutama kepada golongan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan lain. Pun begitu, jangan pula melewat-lewatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya dikesan mempunyai tanda-tanda simptom seperti flu atau demam berpanjangan, atau kesukaran bernafas dan batuk yang akan berpotensi menjurus kepada komplikasi lain yang lebih serius.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini yang artikel asalnya adalah dari Majalah Pa&Ma dapat memberikan pencerahan lebih kepada ibubapa mengenai cara pencegahan virus merbahaya ini.
terima kasih
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. semoga semua ibu bapa ambil berat kesihatan diri dan anak2. aamiin
ReplyDeleteMemang sangat menakutkan..tadi Saya ke hospital pun ssapa yang masuk je kena buat saringan dulu suhu badan..bagus macamtu..dapatlah pengalaman merasai macam mana kita ni di periksa macamtu..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.