Uhh tiba-tiba teringat mengenai Coolblog. Dah lama tak pekena Coolblog ni. Rasanya ramai juga peminat rasa Coolblog. Aha, saya dapat tahu Coolblog ada lancarkan perisa baharu, siap buat promosi lagi untuk perkenalkan 'semarak aura merah jambu Cheesy Pinky Berry Coolblog'.
Coolblog Perkenal 3 Perisa Baharu Cheesy Pinky Berry
Buat para peminat Coolblog, sukacita saya nak umumkan yang Coolblog sudah ada siri baharu minuman mereka yang diberi nama Cheesy Pinky Berry. Ianya sudah boleh didapati mulai 14 Mac 2020 di semua 300 cawangan Coolblog di Malaysia.Siri Chessy Pinky Berry didatangkan dengan 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo.
Ianya dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700 ml.
Mungkin ada di antara anda yang perasan, yang pelancaran 3 perisa baharu siri Cheesy Pinky Berry ini telah dibuat di dalam konti radio Suria FM. Ini merupakan pertama kali Coolblog membuat pelancaran produknya menerusi konti radio.
Coolblog Pertama Kali Lancarkan Perisa Baharu Menerusi Konti Radio
Pelancaran Coolblog secara langsung di dalam konti radio tu turut dimeriahkan oleh barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya. Malah, pelakon Riena Diana yang popular dengan watak Lailer di dalam drama bersiri ‘Kampung People’ pun ada semasa majlis tersebut.Daripada nama perisa yang diketengahkan, kita dah boleh agak bahawa Coolblog cuba mengangkat keenakkan dan keistimewaan rasa buah strawberi dalam siri Cheesy Pinky Berry dalam kempen pertama tahun 2020 ini.
Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies.
Kempen Sampingan Cheesy Pinky Berry
Muzik Video Chessy Pinky Berry
Bagi menyemarakkan kan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana.Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti mereka.
Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry
Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge.Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai.
Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog - Anda boleh rujuk di akhir post ini.
Kenyataan Media
"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan Cheesy Pinky Berry sebagai taruhan pertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berry ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat berbanding siri kempen sebelum ini.
Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020. Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky.
Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog." - Cik Win Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog
Ketahui lebih lanjut mengenail perisa Coolblog dan juga segala promosi dan kempen mereka di sini:
- Instagram Coolblog - https://www.instagram.com/CoolblogMalaysia
- Facebook - https://www.facebook.com/coolblog.my
#CheesyPinkyBerry #CoolblogCPB #CoolblogMalaysia
sedapnya la kan perisa baru coolblog ni..
BalasPadamDulu dan kini memang suka Coolblog jer..susah nak terima yang lain...
BalasPadamJomm HH kita pi beli, Sis geramkan cawan love dia tu haaa hehehehe
pergi coolblog tp tak rasa yang ni..amik yg lain.heheh
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.