Keluar wang KWSP menerusi i-Lestari. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan menerusi program i-Lestari KWSP.

Program ini akan mula menerima pendaftaran dan permohonan secara email dan juga pos berdaftar mulai 1 April 2020 serta secara online mulai 1 Mei 2020. Manakala, pembayaran wang RM500 tersebut akan dibuat terus ke dalam akaun bank pencarum mulai Mei 2020.

Bagaimana Nak Memanfaatkan Pengeluaran Wang i-Lestari?

Bagaimana Nak Memanfaatkan Pengeluaran Wang i-Lestari
Ia satu berita yang melegakan banyak pihak terutama mereka yang kehilangan pendapatan semasa perintah larangan KPK dikuat-kuasakan oleh kerajaan. Namun, dari satu aspek lain, ia juga menunjukkan satu kemungkinan bahawa tempoh KPK ini akan berlanjutan lebih lama dari tempoh sedia ada yang berakhir pada 31 Mac 2020.

Walaupun kelonggaran diberikan untuk menggunakan wang simpanan KWSP sebagai kelangsungan hidup mereka yang terjejas dengan KPK serta Covid-19 ini, ada juga persoalan di kalangan mereka yang mencarum ....samada perlu atau tidak mengeluarkan wang dari akaun 2 KWSP menerusi program ini.

Al-maklumlah, simpanan dalam KWSP tu sepatutnya digunakan untuk bekal masa depan setelah tamat pekerjaan atau pencen. Jadi, perlu ada kewajaran untuk membuat permohonan pengeluaran menerusi i-Lestari ini.

Jadi, untuk maksud ini, saya ingin berkongsi satu tips yang agak baik yang boleh dimanfaatkan oleh para pencarum KWSP, seandainya mahu mengeluarkan wang simpanan akaun 2 menerusi i-Lestari.

[Pernah Baca?] Polisi Baharu Mengenai Penamaan dalam KWSP

Tips atau panduan ini telah diutarakan oleh rakan blogger yang juga seorang ikon hartanah di Malaysia iaitu Tuan Meor Zaidee atau lebih dikenali sebagai Abang Ensem (AE). Jom ikuti perkongsian beliau di bawah:


i-Lestari KWSP - Nak Keluarkan ke atau Tidak?

1. Semalam PM ada umumkan yang pencarum KWSP boleh keluar duit dari Akaun 2 mereka. Jumlahnya RM500 setiap bulan dengan tujuan untuk menampung keperluan mereka di kala wabak Covid melanda.

Itu dari sudut mikro dan dari sudut makro pula, ianya membantu ekonomi negara untuk keep on sustain dengan perbelanjaan domestik. Kalau tak paham, jangan risau sebab korang bukannya nak amik exam subjek ekonomi pun.

2. Ada yang menyokong usaha baik ini yang menunjukkan keprihatinan kerajaan dan tak kurang juga yang membahan malah melarang dari ianya dikeluarkan. Itu gua tanak amik port sebab gua tahu setiap orang pandangan dan pendapatnya berbeza bak kata peribahasa yang gua selalu belajar kat sekolah dulu, "Lain padang lain belalang". Gua just raikan je perbezaan pendapatnya.

3. Tetapi bagi gua, apa yang gua akan buat adalah :

  • Apply je i - Lestari ni walaupun ramai yang kata AE takyah keluar pun takpe sebab duit dah berlumut.
  • Bila dapat RM500, gua akan beli mana-mana kaunter saham yang dah terkurang nilai. Sebagai contoh, AirAsia (61¢) atau POS (56¢) harga semalam. Secara tak langsung kita akan membantu pasaran modal (capital market) negara kita<
  • Buat camtu secara regular selama 12 bulan. Ditakdirkan harga kaunter-kaunter tu remain bawah RM1, setidak-tidaknya gua akan ada paling kurang pun 7.5K unit saham (average harga setiap kaunter ialah 80 sen)
  • Selepas setahun diandaikan harga kaunter-kaunter tersebut kembali ke harga sebelum wabak Covid-19 iaitu dalam jajaran RM1.60, ini bermakna gua akan dapat profit dalam RM6K (RM12K jika dijual kesemua 7.5K @ RM1.60 ditolak RM6K amaun 12 bulan duit KWSP yang gua dapat)


4. Kalau gua biar je terkepam duit tu dalam Akaun 2 (terkepam sebab gua dah 2 kali buat pengeluaran beli rumah), gua mungkin akan hanya dapat dividen tahunan dalam 5% tapi kalau gua keluarkan melalui program i-Lestari ni, sekurang-kurangnya dapat la return yang lebih sikit.

Kalau gua tak bawa keluar pun, KWSP kompom akan gunakan duit tu untuk beli saham terkurang nilai di pasaran. Jadi, takde bezanya jugak. Lagi pun, masa gua belajar cikgu Rampaian Sains gua ada kata, "Kalau ikut teori fizik, setiap yang jatuh, pasti akan memantul naik balik".

5. By the way, korang jangan risau kalau tak masuk kelas saham, sebab pasaran pada masa ni banyak je kaunter bagus yang terkurang nilai. Korang buka CDS dan tanya je kaunter apa kat remisier yang korang akan dapat nanti.

Jadinya, korang rasa untung ke rugi?

- Abang Ensem -
Dah La Ensem Bijak Pulak Tu


Okeh. Sekarang anda dah baca kan? Nampak kelebihan di situ tak? Mungkin ada yang berpendapat adalah lebih baik wang simpanan itu terus disimpan tanpa diusik untuk keperluan yang lebih mendesak di masa akan datang, terutama apabila tulang empat kerat sudah tidak mampu lagi melakukan kerja bagi menampung kehidupan.

Ya, ada pro dan kontra. Ada pilihan.

[Dah Baca?] Melabur Dalam Pasaran Saham, Modal Cuma RM100 Sahaja

Program i-Lestari bukanlah satu program wajib buat semua pencarum. Selain ianya membuat terma dan syarat tertentu, ianya juga bersifat permohonan. Ini bermakna, siapa nak keluarkan .. barulah buat pendaftaran.

Dan lagi, setakat yang saya tahu, tak ada pula tempoh had untuk membuat pendaftaran ini, apatah lagi pendaftaran atau permohonan secara online hanya boleh dilakukan mulai 1 Mei 2020.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement