Menerusi platform Involve Asia, anda boleh memilih brands tertentu untuk dipromosikan dan menerima komisen bagi setiap jualan yang terhasil. Ia samada jualan melibatkan produk mahupun perkhidmatan termasuklah pembelian tiket, tempahan hotel, langganan takaful insurans dan banyak lagi.
Buat Duit Di Rumah Secara Percuma Dengan Involve Asia
Saya antara ramai house husband yang bekerja di rumah. Saya telah melakukan kerja sampingan secara online sejak tahun 2010 lagi dan masih lagi aktif sehingga kini. Alhamdulillah, pendapatan menerusi kerja di rumah agak memuaskan.
Malah, saya pernah menerima pendapatan harian yang melebihi gaji sebulan seorang pekerja kilang yang terpaksa bangun awal pagi dan balik lewat petang. Seronok kan? Yelah, mana tak seronok apabila dalam masa sehari boleh dapat pendapatan cecah 4 angka!
Namun, seperti mana-mana kerja online yang lain, ia memerlukan masa dan kesabaran selain perlu rajin melakukan promosi. Rahsia pendapatan yang tinggi dengan kerja di rumah adalah kerajinan membuat promosi atau pengiklanan.
Kalau tak ada promosi yang dibuat, macamana nak dapatkan jualan dan komisen yang diharapkan, ye tak?
Menerusi platform Involve Asia, anda hanya perlu melakukan pendaftaran secara percuma di sini - https://invol.co/cl1jbrw
Isi butiran diri yang diminta, dan kemudian login ke laman web Involve Asia untuk bermula.
Di laman web Involve Asia, akan disenaraikan beberapa jenama mengikut kategori perniagaan, contohnya Travel, Marketplace, Fashion, Services, Finance dan Health & Beauty. Malah kategori Electronics pun ada yang membolehkan anda mempromosikan produk seperti telefon pintar, peralatan dapur, kelengkapan rumah dan sebagainya.
Komisen akan dibayar apabila cukup had keluaran yang anda boleh tetapkan, serendah RM80. Apabila had dicapai, anda boleh request untuk pengeluaran komisen diterima terus ke akaun bank anda.
Saya sudah menerima beberapa kali bayaran komisen atau pendapatan daripada Involve Asia. Ia kerja yang mudah bagi saya kerana saya mempunyai blog, facebook dan juga media sosial lain yang aktif sebagai platform untuk saya lakukan promosi secara percuma.
Di bawah ini adalah pembayaran terbaharu yang saya terima pada bulan Mac 2020. Tak lah banyak mana, tetapi alhamdulillah, ia mampu untuk membayar bil-bil yang ada. In Sha Allah, anda pun boleh dapatkan income sampingan yang lebih baik daripada saya.
Involve Asia memberikan anda salah satu cara untuk buat duit dan jana pendapatan sampingan di rumah secara percuma. Tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan. Ya, semuanya adalah FREE.
Jika anda nak tahu, bukan setakat orang kebanyakkan seperti saya dan anda sahaja yang buat duit di rumah dengan cara ini. Ada di kalangan selebriti juga mendaftar secara percuma di Involve Asia untuk menjana income sampingan.
Maka, kalau anda rasa bosan duduk di rumah dan mahu cari jalan untuk dapatkan pendapatan sampingan yang lebih, bolehlah mendaftar dengan Involve Asia ini. Klik butang pendaftaran di bawah ya ...
Apabila anda selesai dengan pendaftaran, anda akan diberikan panduan oleh pihak Involve Asia untuk langkah bermula. Jadi, fahami apa yang perlu dan boleh anda buat supaya anda dapat menjana komisen yang diinginkan.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.