Tebus 1GB Data Percuma Maxis Postpaid/Hotlink Prepaid. Seperti semua sedia maklum, kerajaan akan memberikan 1GB data percuma dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia termasuklah Maxis Sdn. Bhd. Berbeza dengan Celcom, pelanggan Maxis dan Hotlink perlu melakukan penebusan untuk mendapatkan data percuma ini.

Untuk pengguna Maxis dan Hotlink Prepaid, anda perlu menebus 1GB percuma ini setiap hari. Hanya mereka yang menebus sahaja akan diberikan 1GB data percuma yang diumumkan oleh kerajaan.

Cara Dapatkan 1GB Data Percuma Maxis/Hotlink Seperti Diumumkan Kerajaan Sepanjang Tempoh KPK

Cara Dapatkan 1GB Data Percuma Maxis/Hotlink
Menerusi pakej PRIHATIN, kerajaan mengumumkan peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan 1GB data percuma kepada rakyat. Data percuma ini adalah untuk dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (KPK) yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Maxis dan Hotlink adalah antara penyedia servis internet atau data yang akan memberikan 1GB data percuma sepanjang KPK dilaksanakan kepada semua pelanggan-pelanggannya. Namun begitu, ianya perlu dilakukan menerusi cara penebusan.

Maxis dan Hotlink tidak menyediakan 1GB percuma secara automatik.



Cara Tebus 1GB Data Percuma untuk Pelanggan Maxis dan Hotlink

Penebusan 1GB data untuk pelanggan Maxis dan Hotlink boleh dilakukan dengan mudah menerusi aplikasi Maxis yang boleh dimuat-turun secara percuma dari Google Play dan juga Apple App Store.

Pemberian 1GB data percuma ini data ini hanya boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Penggunaan di luar waktu ini akan diambil dari kuota data sedia ada.
Cara Dapatkan 1GB Data Percuma Maxis/Hotlink
Berikut adalah cara-cara untuk menebus atau mendapatkan 1GB data percuma sepanjang tempoh KPK:
  • Maxis Postpaid
    • Aplikasi MyMaxis – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Maxis Biz Postpaid
    • Aplikasi MyMaxis Biz – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Hotlink Flex Postpaid
    • Aplikasi Hotlink Flex – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Hotlink Prepaid
    • Aplikasi Hotlink RED – Klik pada banner di muka utama dan pilih “FREE 1GB / Day Pass” atau aktifkan pas di bawah tab ‘Shop’



Walaubagaimanapun, pengguna MaxisONE Prime tidak layak menerima 1GB data percuma ini kerana mereka telah memiliki data tanpa had.

Jangan lupa untuk menebus ya. Anda boleh melakukannya bermula 1 April 2020 sehingga tamatnya PKP ini. Ingat! Anda perlu menebus data percuma ini setiap hari untuk menggunakannya, ia tidak automatik.

Penebusan ini hanya boleh dibuat sekali sehari dan tidak boleh ditebus lebih awal untuk keesokan hari. Untuk pengguna talian tambahan, anda boleh mengaktifkan sendiri pas 1GB percuma ini atau diaktifkan oleh talian utama di dalam aplikasi MyMaxis.

Sebagai pesanan terakhir, data percuma ini hanya boleh digunakan dari 8 pagi hingga 6 petang sahaja dalam tempoh KPK ini ya. Luar tempoh tu, ia akan ikut pelan data asal yang anda gunakan.

Dan ini pula adalah pesanan daripada Maxis untuk semua pelanggan mereka ...

FREE 3GB for all Maxis, Maxis Business and Hotlink Postpaid customers.
To redeem, open your MyMaxis, MyMaxis Biz or Hotlink Flex app, and select the 'FREE 3GB pass' banner.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement