Tetapi, saya tidaklah menjadikannya ia sebagai air rebusan untuk diminum. Cuma ikhtiar dengan menjadikan air semambu sebagai air mandian sahaja, selain menjadi bahan utama untuk tilam semambu.
Daun Semambu Sebagai Rawatan Kepada Pesakit Covid-19?
Saya bukanlah pakar perubatan untuk berkata fakta sains mengenai keberkesanan daun semambu ini untuk dijadikan rawatan demam termasuklah simpton dibawakan oleh Covid-19. Dan tiada pun kajian sains yang memperakui kelebihan daun semambu ini, apatah lagi untuk rawatan penyembuhan Covid-19.
Yang ada hanyalah kajian yang mendapati bahawa daun ini mampu membunuh dan menghalau serangga perosak. Anda boleh Google mengenai penemuan tersebut. Pokok semambu dikenali secara saintifik sebagai Azadirachta indica A Juss dari keluarga Maliaceae.
Ok.
Dijadikan Amalan atau Petua Penyembuhan dalam Masyarakat India dan Melayu
Penggunaan daun semambu ini dalam penyembuhan penyakit telah diamalkan sejak zaman berzaman oleh masyarakat India termasuklah di Malaysia. Jiran saya sendiri adalah berketurunan India dan memang ada menanam pokok ini di tanah rizab jalan taman.Ramai yang mengambil daun semambu atau daun neem ketika ada kes demam campak dan demam denggi di kawasan saya. Setakat ini, yang saya nampak, ia dijadikan amalan oleh masyarakat India dan juga Melayu. Agak kurang melihat masyarakat kaum Cina mengambil daun ini untuk tujuan perawatan demam.
Daun ini turut dikenali sebagai daun veppilai kerana persamaannya dengan daun kari yang dikenali sebagai karripulay. Aha .. kalau mencari, jangan pula tersalah pilih daun. Beza utama daun semambu dengan daun kari adalah bau. Daun kari ada bau ... tetapi tidak daun semambu ini.
Pendapat Pakar Perubatan Mengenai Kelebihan Daun Semambu
Menerusi blog DrChePuteh, ada info berkaitan daun semambu ini yang menerangkan samada ia mampu mengubati pesakit Covid-19.
Antara yang menarik perhatian saya dan yang boleh saya kongsikan di bawah ini untuk pemahaman kita semua ialah:
- Daun semambu ada sebatian Azadirachtin yang dikenalpasti membunuh dan menghalau serangga perosak dengan menjadi penghalau bertoksik, menyebabkan kemandulan, menghalang tumbesaran dan menghalang serangga dari makan tumbuhan.
- Tiada sebarang ujian klinikal atau kimia yang boleh membuktikan keberkesanan daun ini untuk rawatan koronavirus dan juga Covid-19.
- Sebatian kimia aktif yang ada dalam daun ini perlu diformulasi dengan kaedah yang tepat supaya sampai kepada sasaran dalam badan. Kalau tidak ia akan termusnah dicerna oleh asid di dalam jus gastrik di dalam perut.
- Tiada juga bukti saintifik yang kukuh untuk menyatakan daun semambu boleh meningkatkan sistem imun dalam badan dalam melawan jangkitan Covid-19.
Dr Che Puteh adalah merupakan pensyarah kanan dan penyelidik dalam bidang kajian kimia hasilan semula jadi. Beliau boleh dikatkan pakar mengenai bahan kimia dalam tumbuhan berubat ini.
Fakta dan Info Mengenai Daun Semambu
Terdapat pelbagai nama lain yang dirujuk dengan tumbuhan ini termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris).
Pokok daun semambu ini memang sangat popular dan diyakini sebagai ubat dalam masyarakat India. Pengaruh ini juga ada dalam masyarakat Melayu sejak zaman berzaman kerana mengikut sejarah awal negara, penduduk terawal di negara ini adalah penganut agama Hindu.
Pokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keagamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India.
Menurut kepercayaan, daun semambu boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga dipercayai berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit.
Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.
[Dah Baca?] Katil Istimewa Daun Semambu Untuk Rawatan Chicken-Pox/Demam Campak
Bagaimana nak apply guna daun semambu ini?
Biasanya, jika demam campak atau chicken-pox, ia dijadikan air rebusan untuk digunakan sewaktu mandi. Ada yang minum dalam kuantiti yang sedikit yang dicampurkan dengan sedikit kunyit hidup yang ditumbuk.
Anda nak tahu? Rasa daun semambu ini sangatlah pahit nak mampos .... serius! Saya pernah merasainya sekali waktu zaman muda dulu. Masa tu duduk rumah sewa, dan petua minum air rebusan ini diberikan oleh tuan tanah rumah sewa yang merupakan warga Singapura (dapat status pemastautin Malaysia).
Nak Amalkan Ke Tak Guna Daun Semambu Untuk Covid-19?
Pun begitu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tiada sebarang ujian klinikal yang boleh ditentusahkan mengenai keberkesanan dan kelebihan yang ada pada daun semambu sepertimana dipercayai oleh kebanyakkan masyarakat India dan Melayu terutama di Malaysia.Namun, tidak salah untuk ikhtiar. Cuma jangan lakukan secara melulu atau berlebih-lebihan. Berpada-padalah.
Dan lagi satu, jangan pula kerana viralnya kemungkinan daun semambu ini mampu menyembuh pesakit Covid-19, orang ramai berpusu mencari pokok daun semambu sehingga engkar kepada perintah larangan yang dikuatkuasakan.
Lagipun, jika anda tidak sebarang simptom atau tanda penyakit Covid-19 ini, maka tak perlulah nak mencari daun pokok semambu atau neem ini. Duduklah di rumah seperti diwarkan oleh pakar perubatan.
Tiba2 jadi viral daun semambu ni
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.