Harga ikan kembung murah, semurah RM1 ini menjadi tular terutama di dalam beberapa group Facebook yang kebanyakkan ahli adalah penduduk di utara semenanjung. Difahamkan, harga borong di Jeti Bisik, untuk ikan kembung dijual serendah 50 sen sekilogram!
Ikan Kembung Segar Dijual Serendah RM1 Sekilogram di Kuala Kedah
Harga ikan kembung yang murah ini adalah disebabkan jumlah tangkapan ikan ini terlalu banyak sehingga menjadi lambakan dalam pasaran. Ianya telah berlaku sejak 3 minggu lalu, di mana rata-rata peniaga ikan terutama di kawasan pendaratan ikan, jeti Kuala Kedah menjual semurah RM1-RM5 sekilogram.
Malah, ada nelayan yang menjual secara borong kepada pelanggan serendah 50 sen sekilogram di Jeti Kuala Muda.
Walaupun begitu, harga ini turun naik dalam beberapa minggu mengikut jumlah tangkapan yang didaratkan oleh nelayan, tetapi tidak melebihi RM5 sekilogram.
Jual Borong RM10 untuk setiap 3-4 Kilogram
Adakala, ada peniaga di pasar yang menjual ikan kembung segar ini secara borong, iaitu 3 - 4 kilo untuk RM10 kepada pelanggan yang berminat terutama di kalangan pengusaha kedai dan restoran makanan.Sebelum ini, harga ikan kembung di Kuala Kedah dijual antara RM7 - RM10 sekilogram, dan apabila bekalan berkurangan, ianya dijual sehingga RM12 sekilogram.
Lambakan ikan kembung yang banyak ini telah menyebabkan ramai peniaga ikan menaikkan status di laman sosial Facebook untuk menarik pelanggan. Ianya telah mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata agak terkejut dengan harga ikan yang murah.
[Dah Baca?] Asal-Usul Nama Kota Setar yang Kini Dikenali Sebagai Alor Setar
Dan, ia juga mendatangkan rasa kecewa pada pengguna yang bukan di utara Semenanjung kerana harga ikan kembung di tempat mereka masih lagi dijual antara RM7 hingga RM12 sekilogram, hatta pada ikan kembung yang bersaiz kecil.
Dengan harga ikan kembung semurah RM1 sekilogram ini, ia telah menarik golongan peniaga kecil terutama pemilik kedai makan yang menjual laksa untuk mendapatkan ikan kembung segar yang biasanya dijadikan bahan utama dalam kuah laksa.
Di tempat saya, iaitu di Parit Buntar, Perak .. ikan Kembung segar pernah dijual semurah RM3 sekilogram, namun ia sangat jarang berlaku. Biasa, harga ikan kembung yang biasa dijual adalah sekitar RM5 sekilogram mengikut saiz.
Suka makan ikan fresh apatah lagi harga murah, terasa nak borong semua..
BalasPadamMurah betul tu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.