Pun begitu, cuti umum setiap Isnin pada minggu pertama bulan Jun ini hanya terpakai sepanjang pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI; Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sahaja.
Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Diumum Sebagai Hari Kelepasan Am (Cuti Umum)
Menerusi satu kenyataan, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 yang jatuh pada hari Isnin.Ianya telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media di Facebook rasmi beliau.
Kenyataan Media Pengumuman Pindaan Tarikh Hari Keputeraan Agong XVI
Dalam kenyataan itu lagi, pihak kerajaan juga telah bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintahannya.
[Baca] Takwin dan Cuti Persekolahan 2020
Jadi, untuk semua penjawat awam termasuklah guru ... sila ambil ingatan mengenai perkara ini, dan bolehlah membuat pindaan kepada jadual cuti yang sedia-ada.
Alhamdulillah. Cuti kalau hari Sabtu selalu burn macam tu je. Kalau Ahad boleh la rehat lebih sehari
BalasPadamAlhamdulilah..untunglah mereka yang cuti berderet tu kann...dapat 3 hari..kalau Johor Ahad tu kerja/sekolah..silap-silap ada yang amik cuti hehehehe
BalasPadamsaya juga baru tahu pasal perkara ini..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.