Kisah Makcik Kiah Viral. Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang lebih menyeluruh sebagai salah satu bantuan kepada rakyat Malaysia. Pakej ini adalah tambahbaik kepada pakej terdahulu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Interim sebelum ini.

Pengumuman pakej rangsangan yang dinamakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini adalah untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat yang berdepan saat sukar kerana penularan wabak Covid-19 selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Kisah Makcik Kiah Viral Kerana PRIHATIN, Bagaimana Pula Kak Senah Yang Jadi Surirumah?

Makcik Kiah Viral Kerana PRIHATIN
Pakej terbaru diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ini dinamakan sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM250 billion. Ia adalah satu jumlah yang sangat besar, berbanding pakej terdahulu sebanyak RM20 billion.

Menerusi PRIHATIN, ia akan memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia secara menyeluruh, dan menurut Perdana Menteri, tiada siapa pun akan tertinggal dalam pakej rangsangan terbaharu ini.

Semua maklum, akibat penularan wabak pandemik Covid-19 ini, ia telah menjejaskan banyak aspek kehidupan 'normal' rakyat Malaysia. Bukan setakat kepada kehidupan bersosial, tetapi juga kepada urusan jual-beli, mencari pendapatan dan sebagainya.

[Dah Baca?] Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Akibat Covid-19 Diumum Perdana Menteri Interim

Ramai yang terkesan termasuklah Makcik Kiah.

Siapa Makcik Kiah?

Nama ini telah menjadi viral sejurus selepas Perdana Menteri umumkan PRIHATIN secara langsung di media.


Nama Makcik Kiah telah disebut dalam pengumuman PRIHATIN oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri telah mencuri tumpuan rakyat kebanyakkan kerana menggunakan nama ini sebagai contoh kehidupan rakyat Malaysia biasa yang akan mendapat manfaat banyak dari PRIHATIN.

Makcik Kiah adalah contoh seorang rakyat Malaysia yang biasa, golongan kebanyakkan yang bukan bekerja makan gaji atau mempunyai perniagaan yang besar. Makcik Kiah dalam kehidupan kita mungkin Makcik Limah, Kak Hanum, Pakcik Raup, Bang Aji Saad, Abang Jebon, Siti Saerah .. siapa sahaja yang dulunya nampak di tepi jalan menjual kuih atau ada punca pendapatan .. tetapi semasa PKP .. lenyap tak tahu buat apa.

Ini adalah gambaran siapa Makcik Kiah ..

Latar Belakang Keluarga Makcik Kiah 

Makcik Kiah Viral Kerana PRIHATIN, Nasib Kak Senah Surirumah

  • Dia ialah seorang penjual Pisang Goreng yang tinggal di PPR Desa Tun Razak.
  • Suaminya ialah seorang pesara kerajaan yang kini bekerja sebagai pemandu Grab.
  • Anak Makcik Kiah seorang peminjam PTPTN.
  • Pendapatn isi rumah Makcik Kiah adalah bawah RM4,000/bulan.

Bantuan Makcik Kiah Dapat Menerusi PRIHATIN

Menerusi PRIHATIN, Makcik Kiah boleh mendapat manfaat sehingga RM8,000 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Apa yang diterima oleh rakyat dalam PRIHATIN COVID-19

Bantuan tunai
  1. RM1,600 – Bayaran Prihatin Nasional
  2. RM600 – Baki BSH
  3. RM500 – bantuan pesara
  4. RM500 – bantuan pemandu e-hailing
  5. RM800 – bantuan orang bujang RM800
  6. RM200 – sehingga bencana COVID-19 diatasi sekiranya suami Makcik Kiah seorang petugas RELA.
Penjimatan Tunai
  1. RM744 – 6 bulan pengecualian sewa PPR selama 6 bulan
  2. RM1800 – 6 bulan penangguhan bayaran pinjamaan kenderaan
  3. RM120 – diskaun 6 bulan bil elektrik
  4. RM1200 – penangguhan 6 bulan bayaran PTPTN
  5. RM600 – penangguhan 6 bulan bayaran kredit mikro perusahaan Pisang Goreng.

Namun, kisah atau contoh Makcik Kiah ini adalah terlalu ideal untuk menerima bantuan kerajaan menerusi PRIHATIN.


Kak Senah Cuma Surirumah Biasa, Suami Kerja Gaji Harian

Bagaimana dengan Kak Senah?

Kak Senah adalah seorang suri rumah yang tinggal di kampung, bukan menyewa tetapi duduk tinggal rumah pusaka keluarga. Kak Senah tak pandai nak berniaga secara online. Komputer pun tak pernah sentuh, almaklumlah tak belajar tinggi mana.

Suaminya pula bekerja di kedai tomyam bergaji hari. Bila dah kedai tutup kerana PKP, tiadalah punca pendapatan. Nak buat kerja lain, suaminya agak buntu sebab tak boleh nak minta atau cari kerja lain disebabkan larangan keluar rumah.

Anak pula seramai tiga orang yang masih bersekolah rendah.

Kak Senah dan suami cuma ada motorsikal. Nasib baik dah habis bayar. Jadi, tiadalah hutang. Alhamdulillah. Bil elektrik memang tak banyak mana, kurang RM80 setiap bulan.

Manfaat Diterima Kak Senah dari PRIHATIN

Sekarang, apa manfaat diterima oleh Kak Senah? Daripada PRIHATIN, jumlah bantuan yang akan diterima oleh Kak Senah dan keluarganya cuma RM1,600 bersama baki Bantuan Sara Hidup RM600. Jumlah semuanya RM2,200.

Bayaran bantuan ini akan diterima oleh beliau, hanya sekali sahaja dan dibayar dua kali. Bukan diterima oleh Kak Senah setiap bulan. Kak Senah tak merasa pun penjimatan tunai yang macam Makcik Kiah dapat.

Ini realiti.

Kena Bantu Kerajaan, Bukan Harapkan Segala Bantuan Kerajaan

Apapun, inisiatif dan tindakan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara sebaik mungkin dalam tempoh perlaksanaan PKP ini harus juga dipuji. Bukan mudah nak memenuhi segala keperluan rakyat Malaysia yang pelbagai latar belakang ini.

Kerajaan tidak mampu melaksanakan tanpa sokongan dan bantuan rakyat itu sendiri. In sha Allah, ada banyak NGO yang akan bantu golongan seperti Kak Senah walaupun beliau tidak dijadikan contoh sebenar seorang rakyat Malaysia dalam PRIHATIN.

[Dah Baca?] Cara Mohon Bantuan Kewangan Tabung Covid-19 Menerusi NADMA

Yang penting #kitajagakita .. kalau kita ada lebih, kita hulurkan pada yang kurang. Inilah masa kita perlihatkan bahawa kita tidak pentingkan diri sendiri, dan ada sumbangan walaupun kecil dalam memastikan wabak Covid-19 tidak menular lebih dasyhat.

Rujukan: SoyaCincau, RoketKini, NST Online

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wahh... well said about Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 PRIHATIN, perbandingan Makcik Kiah dan Kak Senah... another way of looking at it. AND I love the idea #kitajagakita. As for me, dok keloi jiran kiri kanan rumah... semua Ok dak?? kut2 kalau nak pucuk apa2 nak buat ulam boleh je amik kat rumah... :)

    ReplyDelete
  2. Haha rasa lawak pulak contoh tu

    ReplyDelete
  3. RM200 tu belum tentu suami makcik kiah dapat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement