Berita baik untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh kerajaan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Bermula 1 April 2020, para pencarum yang menepati syarat boleh mengeluarkan wang KWSP menerusi program i-Lestari KWSP.

Dalam satu sidang media berkaitan Covid-19, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan menerusi program i-Lestari ini.

7 Perkara Perlu Tahu Oleh Pencarum Sebelum Mohon i-Lestari KWSP

Perkara Perlu Tahu Oleh Pencarum Sebelum Mohon i-Lestari KWSP
Pengeluaran wang KWSP menerusi i-Lestari hanya boleh dilakukan menerusi akaun 2 para pencarum dan tertakluk kepada syarat serta pertimbangan tertentu.

Memandangkan ia satu program 'terkejut' yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk bantu golongan terjejas dengan perintah PKP serta penularan wabak Covid-19 ini, maka ada banyak persoalan yang timbul mengenai bagaimana mekanisma pengeluaran wang ini akan dilaksanakan.

Untuk info, kelonggaran untuk pencarum KWSP membuat pengeluaran daripada Akaun 2 berikutan wabak Covid-19 ini memerlukan pindaan terhadap Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6). Jadi, secara amnya, ia akan memakan tempoh masa.

Walaupun begitu, KWSP sedar akan keperluan di saat-saat yang sangat mendesak ini.

Maka, pihak KWSP telah mengeluarkan kenyataan bahawa ahli KWSP hanya boleh membuat permohonan pengeluaran menerusi kemudahani-Lestari bermula 1 April 2020. Setelah permohonan diproses dan diluluskan, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing pada atau mulai 1 Mei 2020.

Namun, diingatkan pendaftaran awal pada 1 April 2020 untuk pengeluaran KWSP akaun 2 menerusi program i-Lestari ini, hanya akan dibuat menerusi kaedah e-mel dan juga pos. Manakala, pendaftaran secara online hanya boleh dilakukan bermula 1 Mei 2020.

Perkara Perlu Tahu Mengenai Program i-Lestari KWSP

Cara nak daftar dan mohon i-Lestari KWSP Covid-19

Bilakah ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.

Apakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:
  1. Apa-apa baki simpanan dalam Akaun 2 tidak melebihi jumlah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan tertakluk kepada:
    • Baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
    • Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
  2. Pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh satu tahun iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)
  3. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui tiga saluran berikut:
  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun);atau
  2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my; atau
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)
Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli seperti mana di para 2(i).

Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?

Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:
  1. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  4. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)


Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

Pengeluaran i-Lestariini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Jumlah maksimum RM50 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Tujuan i-Lestari adalah untuk  membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Baik. Kenapa saya kongsikan perkara-perkara di atas? Ia adalah untuk membolehkan para pencarum faham mengenai mekanisma asas yang akan mengaktifkan program i-Lestari ini. Paling penting ialah keupayaan simpanan pencarum yang ada dalam akaun 2 KWSP.

Dan pengeluaran ini tidak boleh dibuat atau dipohon oleh mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun.

Cara Membuat Pendaftaran atau Permohonan i-Lestari KWSP

Perkara paling penting ialah mengenai cara permohonan i-Lestari ini akan dibuat. Ia hanya boleh dibuat secara emel dan menggunakan pos berdaftar mulai 1 April. Sistem permohonan i-Lestari secara online hanya akan beroperasi mulai 1 Mei 2020.

Untuk membuat permohonan, info di bawah ini adalah sangat penting:

Untuk email pendaftaran: ilestarimohon@epf.gov.my
Untuk alamat pengeposan pendaftaran: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, P.O Box No. 2, Jalan Sultan, 46670 Petaling Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut. Layari laman web: https://www.kwsp.gov.my/ms/
Untuk pertanyaan boleh email: ilestari@epf.gov.my

Oh ya, sebelum terlupa, mana-mana permohonan yang hendak dilakukan mestilah mengikut format surat atau email pendaftaran yang akan diberitahu kelak. Ianya adalah bertujuan melancarkan proses permohonan i-Lestari.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement