Demam. Saya boleh katakan setiap orang pernah mengalami demam. Demam bukanlah satu penyakit, ia merupakan satu tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia adalah gejala yang selalunya menandakan tubuh badan kita mempunyai jangkitan kuman atau virus.

Umumnya, seseorang itu dikatakan demam apabila suhu badannya melebihi suhu badan normal antara 36.5°C-37.2°C (suhu di mulut). Di waktu pandemik Covid-19, mereka yang demam adalah dilarang untuk keluar dari rumah atau terdedah kepada orang lain, risau ia merupakan gejala disebabkan oleh virus Covid-19.

Cara Hilangkan Panas Demam Anak dengan Ikhtiar Air, Doa dan Surah al-Hasyr


Demam boleh berlaku pada sesiapa sahaja, termasuklah kanak-kanak dan juga orang tua. Ia boleh berlaku dalam tempoh singkat mahupun panjang. Selain berpunca daripada tindak-balas badan terhadap jangkitan, demam juga boleh berlaku dek kerana penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.

Punca Berlaku Demam

Antara punca berlakunya demam adalah disebabkan jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit. Ia juga boleh berlaku apabila terdapat jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis). Demam juga boleh berlaku kerana penyakit sendi dan disebabkan ubat seperti antibiotik. Mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kanser atau barah juga sering mengalami demam.

Dalam perubatan moden, ada beberapa kaedah rawatan untuk mengatasi gejala demam ini.

Pun begitu, jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.

[Dah Baca?] Tips Panduan Elak Risiko Covid-19 pada Anak-Anak

Sekiranya ada gejala demam (kurang 38°C dan tiada komplikasi), perkara berikut boleh dilakukan di rumah:

  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  • Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan


Gejala demam jika tidak ditanggani boleh membawa mudarat yang lebih besar. Nabi S.A.W sendiri pernah bersabda dalam sebuah hadis mengenai demam.

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air."(H.R Al-Bukhari)

Hadis ini mengingatkan kita, terutama yang mengalami demam bahawasanya panas yang sedang dialaminya adalah rasa panas dari serpihan dari api neraka. Lalu mengingatkan bahawa kelak akan ada api yang lebih panas ... berkali ganda panas dari apa yang sedang dirasakan.

Dalam satu riwayat yang lain, dari Abu Jamrah Nashr bin Imraan Adh-Dhuba’I bahawa beliau meriwayatkan:

"Aku pernah duduk dalam majlis ibnu Abbas di kota Makkah, tiba tiba aku diserang demam".

Kemudian ibnu Abbas berkata: "sejukkanlah dengan air Zam-zam kerana Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkanlah ia dengan air. Atau dengan air Zam-zam" (H.R Al-Bukhari)

Sepertimana hadis yang pertama, hadis di atas juga menyatakan cara untuk meredakan rasa panas demam ialah dengan menggunakan air (atau air Zam-zam). Nyata sekali, air merupakan tips daripada Nabi S.A.W untuk mengurangkan rasa panas demam.

Tips Meredakan Panas Demam Anak Dengan Air

Sebagai ibubapa, saya kadangkala merasa risau apabila anak mengalami demam panas. Ada waktu, sampai jadi serba-salah dan buntu tidak tahu nak berbuat apa-apa untuk melegakan ketidakselesaan si anak.

Apatah lagi bila si anak sukar untuk mengambil rawatan cara moden. Diminta makan ubat punyalah susah. Jadi, kena cari cara yang lebih 'ringan' untuk atasi panas demam si anak.

"Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi".(H.R. Muslim).


Menerusi perkongsian dari Ustazah Nazirah Abd Rahim, ibubapa boleh ikhtiarkan menggunakan air atau sebaiknya air Zam-zam bersama dengan cara mengamalkan doa dan selawat Syifa serta membaca ayat 21-24 surah al-Hasyr untuk kesembuhan anak.

Caranya ialah, dengan mengambil air kemudian doakan penawar demam panas pada air dan doakan pada anak.

Usai doa, tiup pada ubun-ubun anak dan tiup pada air. Air itu dibuat air minuman dan juga air mandian pada waktu petang antara Asar-Maghrib. Sebaiknya air tersebut dibuat mandi sehingga panas badan anak hilang.

Doanya mudah. Doa yang dimaksudkan ialah dengan membaca:
  1. Surah al-Fatihah
  2. Selawat Syifa
  3. Surah al-Hasyr - ayat 21-24
  4. Doa penyejuk panas demam
  5. Doa rawatan demam

Selawat Shifa



Surah al-Hasyr (21-24)


Ayat Quran untuk Rawatan Demam

Doa Sejukkan Panas Demam

Doa Penyejuk Demam Panas

Doa untuk Rawatan Demam Panas

Doa untuk Sejukan Panas Demam

Cara di atas bukan sahaja boleh digunakan untuk demam panas. Ia juga boleh dijadikan ikhtiar penawar untuk demam campak. In Sha Allah, ia akan membantu.

Selawat, Doa dan Surah untuk Merawat Rohani


Selawat, doa dan ayat Al-Quran sememangnya kaedah merawat yang bagus, bukan setakat untuk kesembuhan fizikal tetapi juga kerohanian. Anda tentu pernah lihat ada anak yang terkena demam kadangkala meracau dan pelik tingkah-laku. Jadi, bila anak demam panas jangan ambil mudah. Sebaiknya jangan sesekali lupa untuk memberikan penawar rohani menerusi selawat, doa dan ayat suci Al-Quran, di samping mengubati dengan cara perubatan moden. Sakit rohani inilah yang ramai ibubapa sekarang ambil endah tak endah, walhal ia boleh membawa mudarat lain kepada anak.

Kita ikhtiar mana yang baik, tanpa lebih memudaratkan terutama kepada anak kecil. Mereka ini mentalnya masih muda, dan mudah tergugat dan dipengaruhi oleh perkara-perkara di luar ilmu pengetahuan manusia. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan bersama, in Sha Allah.


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya".(H.R. Bukhari dan Muslim.


3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bila demam selalunya memang paksa anak2 minum air kosong banyak. Bagi sejuk badan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudah berbagi info kesehatan. Semoga bisa diamalkan dan digunakan nanti.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya abang HH

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement